HENNA, Niel dan Joshua masih terkilan apabila melihat kejadian itu iaitu kejadian Faqimora yang mendapat batu permata Air, Zull dan Dilan yang sudah ditangkap lalu terhempap ke tanah dengan serentak dan impaknya yang agak kuat.
Sebelum itu, Henna, Niel dan Joshua sedang berlawan dengan Sindrom, Charles dan Bonet yang hidup kembali. Manakala, KK (Klon Kelabu) sedang merawat Tina apabila Amir sudahpun selesai dirawat.
"Lindungi Yurina! Lindungi Yurina!" laung Dilan walaupun dia juga berada dalam kesakitan. Dia dapat rasakan bahunya sudah terkehel dek kerana dihempap dengan kuat tadi.
Niel terus mendengus. "Josh, Henna awak pergi tolong Yurina. Biar saya yang hapuskan tiga malaun ni. Pergi sekarang!" arahnya.
Joshua dan Henna mengangguk faham dan terus pergi ke arah Yurina dengan cepat dan tanpa menghiraukan Faqimora yang berada di udara dan di tengah-tengah tempat itu lagi. Mereka yakin Dilan dan Zull akan melindungi mereka.
Sindrom dan Bonet cuba mengejar Henna dan Joshua, tetapi tidak sempat kerana mereka berdua telah dikepung. Dikepung dengan Dekagon. Ya, Niel telah menyeru serangan Dekagon sekali lagi. Dia tidak pernah menyeru serangan itu sebanyak dua kali dalam satu hari kerana ia agak memenatkan serta memerlukan daya tumpuan yang tinggi.
Penat lelah yang dia rasa tadi pun belum habis lagi, tetapi dia terpaksa. Dia pasti hidungnya akan berdarah dan dia akan sakit kepala nanti, tetapi tidak mengapalah. Ini tentang hidup dan mati mereka semua.
Dilan membekukan tali yang mengikat dia dan Zull, kemudian memusnahkannya tali yang mengikatnya dan telah dibekukan tadi dengan Pedang Opak Biru. Dia nampak Zull juga membuat perkara yang sama, iaitu menggunakan Pedang Berapinya untuk menghancurkan tali yang sudah beku tersebut.
Tika itu, Dilan sedang memegang Pedang Opak Biru di tangan kirinya kerana tangan kanannya sudah terseliuh. Kemudian, tanpa membuang masa dia meletakkan pedangnya ke bawah untuk sebentar, lalu memegang atas bahu kanan dengan kuat menggunakan tangan kiri. Lalu,
1, 2, 3! Pak!
Dilan membetulkan semula bahunya yang terkehel tadi dan mengaduh kecil walaupun sebenarnya ia amat menyakitkan, tetapi dia perlu menahannya. Dia sempat melakukan semua itu kerana dia nampak Faqimora masih ralit berada di atas.
Kemudian, dia nampak beberapa anak panah ditujukan kepada Faqimora di udara. Maknanya, Zull sudah memulakan serangannya semula. Zull sangat tangkas dan lincah, sampaikan dia sendiri tidak dapat mengejar momentum itu.
Zull tidak lagi menggunakan sayap berapi itu. Sebenarnya, Zull cukup marah apabila melihat Faqimora menggunakan sayap berapi itu tadi. Mesti Faqimora menyerapnya semasa memegang tangan dia tadi. Tch!
Kalau kuasa itu dapat diserapnya, tidak mustahil kuasa api, kuasa terbang Dilan dan kuasa ais dapat diserap olehnya sewaktu mereka berdua kalut berlawan pedang dengannya tadi. Sukar dijangka betul lawan mereka pada kali ini.
"Mina! Mina!"
Zull masih lagi melemparkan anak panah kepada Faqimora, tetapi disamping itu dia juga cuba menghubungi Mina melalui kuasa telepati Mina itu. Manalah tahu dapat, kan.
"Ya?" sahut Mina.
Yes! Zull bersorak di dalam hatinya apabila Mina menyahut.
"Kenapa?" soal Mina ingin tahu. Dia dalam perjalanan ke padang tika itu.
"Mina, kau dapat hubungi diorang semua sekali?"
"Maksud kau?"
"Semua geng kita, TBM dan NS."
"Aku akan cuba. Setakat ini, aku hanya praktis kuasa itu dengan NS dan Khai saja, sebab Khai ahli kumpulan latihan aku."
"Tapi, tadi kau dapat hubungi aku, kan."
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)
FantasySambungan Olienpiece Siri 1. Tapi, ini musim 2 atau bahagian 2. PS: Saya dan sampai limit atau had bab, jadi terpaksa buat musim 2 atau bahagian 2. Huhuhu #1 in wira (3/7/2022) #1 in komik (4/1/2023)