SEBELUM kejadian itu, pihak pengurusan tempat hukuman pancung sedang membersihkan tempat tontonan Raja Zach sebelum hukuman pancung itu dijalankan. Tempat itu berada lebih tinggi dari tempat tontonan yang lain dan merupakan sebuah bilik mewah yang mempunyai kerusi Raja Zach untuk duduk di situ, serta beberapa buah kerusi mewah lain untuk para pegawai tinggi istana.
Bilik itu juga disediakan kaca TV agar penontonnya dapat melihat ia dengan lebih dekat. Setelah dibersihkan, barulah Raja Zach, pengiring dan para pegawai istana yang mahu menonton bersamanya masuk ke bilik itu.
Raja Zach duduk di atas kerusi yang disediakan untuknya, lalu menyilangkan kaki serta menongkat dagu ke bahu kerusi itu. Lagaknya sangat angkuh dan sudah persis ayahnya, Raja Zuku. Dahulu, dia tidak sukakan ayahnya itu, tetapi sekarang ini dia sudah jadi sama macam ayahnya.
Yang menemani dia dalam bilik itu ialah Sarjan Imiraldi dan Koperal Xing Li. Leftenan Lemon masih di Balai Rawatan kerana sedang menunggu anak buahnya, Lime sedar. Manakala, Komander Raphinarde sedang tidur di dalam biliknya kerana dia memang tidak berminat untuk melihat orang mati.
"Cabut kuku tangannya." Kata Raja Zach kepada pengiring.
Pengiring tersebut mengangguk dan terus menghubungi penghukum yang berada di sebelah Zull menggunakan mobilika mudah alih (seperti walkie talkie) untuk mencabut kuku tangan musuhnya itu. Biar musuhnya itu merasa seksa terlebih dahulu sebelum dihukum pancung.
Oleh yang demikian, Zull yang sedang duduk melutut sedari tadi secara paksa dengan kedua-dua tangannya diikat telah ditarik kasar oleh dua orang pengendali hukuman. Zull mengikut, tetapi terkadang dia tersadung dek kerana tidak menemui keseimbangan badan. Apabila dia tersadung, pengendali itu akan terus menampak mukanya dengan kuat.
Oleh itu, Zull berjalan mengikut mereka kembali walaupun ia agak susah kerana langkah mereka agak laju, dia pula tidak boleh berlari lagi kerana telah disebat di bahagian betis tadi, jadi ia menyakitkan apabila dia mahu menggerakkan kakinya itu.
Setelah sampai ke dua palang kayu yang berdiri tegak, mereka berdua terus menarik tangan kanan dan kiri Zull untuk diikat ke tiang kayu tersebut. Setelah itu, mereka mengambil pengepit besi. Melihat dua lelaki berbadan sasa itu membawa pengepit besi dan menghampirinya, Zull beriak cuak. Apa lagi seksa yang dia akan kena kali ini?
"Korang mahu buat apa ni?" soalnya dengan suara terketar-ketar kerana perasaan takut timbul dalam dirinya.
Dia nampak kedua-dua lelaki membawa pengepit tersebut ke kuku kedua-dua jari telunjuknya.
"Tak, tak, tak, tak! Aaaaaaahhh!"
Zull menjerit sekuat hatinya apabila kukunya itu dicabut kasar oleh dua lelaki tersebut. Dua lelaki sasa tersebut hanya tergelak besar apabila melihat budak lelaki berambut afro itu meronta-ronta di situ.
Kemudian, mereka mengulangi tindakan tadi dan cuba mencabut kuku jari tengah pula. Sekali lagi, Zull menjerit dengan kuat dan merintih pada penghujungnya kerana kesakitan yang melampau.
Untuk kali ketiga, Zull menggunakan peluang itu untuk menerajang lelaki di sebelah kirinya dengan kakinya yang tidak diikat. Kaki itu sakit kerana kesakitan akibat disebat masih dirasa, tetapi dicabut kuku lagi menyakitkan. Walau bagaimanapun, kakinya tidak dapat menerajang lelaki itu pun, kerana lelaki itu dapat memegang kakinya.
Disebabkan marah, lelaki tersebut terus menghampiri Zull dan merenggut kolar baju PBSM yang sudahpun dicemari oleh darah merah dan menariknya kuat kerana geram. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia mencungkil mata budak lelaki itu, tetapi dia takut Raja Zach murka. Nanti dia pula yang menjadi mangsa hukuman pancung.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)
FantasySambungan Olienpiece Siri 1. Tapi, ini musim 2 atau bahagian 2. PS: Saya dan sampai limit atau had bab, jadi terpaksa buat musim 2 atau bahagian 2. Huhuhu #1 in wira (3/7/2022) #1 in komik (4/1/2023)