ZULL menunggu Rizki di pondok bas taman perumahannya. Dia duduk mencangkung sambil melihat ke arah jalan bertar. Semalam dia sudah mesej lokasi dan alamat cikgu itu kepada Rizki. Malah, dia meminta tolong Rizki mengambilnya di situ supaya mereka dapat ke rumah cikgu itu bersama-sama.
Dia sudah memberitahu waktunya semalam, tetapi Rizki tidak membalas mesejnya itu sampailah sekarang. Panggilannya juga tidak diangkat oleh Rizki. Mungkin budak itu masih lagi ego. Jadi, sekarang dia hanya perlu menunggu Rizki sahaja.
Kalau datang, mereka bergerak, kalau tak datang, dia berjalan-jalanlah di sekitar Bukit Berapi itu. Mungkin juga dia boleh memancing di sungai. Nik dan Mior pula masih belum balik dari percutian mereka. Jadi, dia terpaksalah melepak sorang-sorang di sungai itu nanti.
Mereka berjanji pada pukul 9.30 pagi, tetapi sekarang sudah pukul 10 pagi. Aduh, Rizki ini! Nasib baik dia sanggup tolong tau! Ikutkan hatinya dia nak membuta lagi tadi. Semalam selepas bangun dari tidur untuk solat Isyak, dia susah nak tidur balik.
Kemudian, tepat pukul 10.15 pagi, barulah dia nampak kereta semalam berhenti di pondok itu. Zull bercekak pinggang. Hampir 45 minit dia menunggu, makin kacak dia jadinya. Dia bukan apa, kalau terlalu kacak nanti orang lain tak laku. Ahahaha!
Dia memasuki kereta itu dan memuncungkan mulutnya. "Asal lambat. Aku tunggu kau 45 minit kau tahu tak."
"Dah pagi buta sangat kau ajak aku jumpa."
"Awal kepala lutut kau! 9.30 pagi tu kira dah pagi celik kut, kalau pukul 4 ke 5 pagi ke yalah masih buta kan. Huh! Bukannya nak minta maaf, nak jugak tegakkan benang yang basah. Apa salahnya cakap, 'maaf aku lambat, Zull yang kacak'. Sejuk sikit hati aku ni ha."
"Eh, diamlah kau! Banyak cakap pulak, orang dah datang ambik kut."
"Ni satu lagi, aku ingat semalam ada driver la yang bawa kereta kau ni, rupanya kau sendiri. Lesen mana?" pintanya seperti pak polis.
"Ah, sibuk pulak kau. Tahun depan aku ambiklah." Marahnya memandangkan had umur lesen memandu kereta ialah 17 tahun.
"Kalau macam tu, baik aku yang pandulah. Nanti kang ada polis di tengah-tengah jalan. Dahlah aku ni bekas polis, masak aku kalau kena tangkap bersama kau."
Rizki terus berpaling ke arah Zull. "Kau apa? Kau bekas polis."
"Ya, biarlah aku pandu. Kau keluar."
"Eh, kereta mahal kut ni."
"Riz, kau tu dahlah tengah viral sekarang, kau nak jadi tajuk depan berita pula ke? 'Anak datuk bandar bawa kereta tanpa lesen', 'Anak datuk bandar buat masalah lagi', 'Anak datuk bandar memalukan bapa', 'Lagi-lagi anak datuk bandar'. Ha, camtu? Kau nak ke?"
Rizki mendecis apabila mendengarnya. "Yalah, yalah."
Rizki terus keluar dan ke tempat duduk penumpang sebelah pemandu. Zull yang berada di tempat duduk sebelah pemandu itu pula bergerak ke tempat duduk pemandu. Apa susah, dia mengangkang ajelah! Senang!
Bibir Zull ukir senyuman mekar. Dapatlah dia merasa bawa kereta mahal-mahal. Muda-muda lagi dah ada kereta mahal. Itu pun masih tak bersyukur lagi budak Rizki itu, malah tak pandai berterima kasih pun dekat ayah dia. Haih!
Setelah itu, Zull memandu kereta itu dengan cermat dan berhati-hati sebab dia sedang membawa kereta orang lain. Kalau kereta sendiri beranilah dia bawa laju-laju. Mungkin dia pun patut beli kereta, kan? Tapi, duitlah menjadi masalahnya.
Duit simpanan dia sebelum ini sudah hampir habis kerana beli rumah. Duit simpanan sekarang pula, dia mahu guna untuk masa hadapan atau semasa kecemasan, contohnya seperti mengupah Lina untuk mencari maklumat bagi pihaknya.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)
FantasíaSambungan Olienpiece Siri 1. Tapi, ini musim 2 atau bahagian 2. PS: Saya dan sampai limit atau had bab, jadi terpaksa buat musim 2 atau bahagian 2. Huhuhu #1 in wira (3/7/2022) #1 in komik (4/1/2023)