...sambungan Bab 76

20 8 0
                                    

...

ESOKNYA, Rizqi menuruni tangga untuk ke meja makan, selepas pukul 8 nanti, dia akan keluar melepak dengan Zull. Saat dia semakin dekat dengan meja makan, barulah dia perasan yang Zull sudahpun ada di situ dan sedang makan sarapan dengan ibunya. Papanya mesti sudah pergi kerja.

"Zull!? Ka-kau dah sampai? Dan kau siap makan di rumah aku!"

"Yo! Ala, salah ke, Riz? Dah mak kau ajak aku makan sarapan, aku makanlah. Kalau tak makan, nanti kecik hati pulak dia."

"Ya, Riz. Biarlah Zull makan sarapan. Kesian dia sebab tak ada sesiapa di rumah dia sekarang ni." Sampuk ibunya, Iftah.

"Um, betul Riz. Kesian aku kan."

Zull mengangguk sambil membuat wajah kasihan kepada Rizqi. Rizqi terus mengecilkan kelopak matanya dan membiarkan hal itu ke tepi. Malaslah dia layan budak senget itu. Jadi, dia menarik kerusi berhadapan dengan Zull dan mula mencedok nasi lemak ke pinggannya.

"Mama yang masak ke Yatie (orang gaji)?" soalnya kepada Iftah.

"Mama, Yatie tolong mama siapkan barang-barang nasi lemak aje. Macam tahu-tahu saja ada tetamu nak datang, kan."

"Tu la pasal, auntie. Rezeki saya hari ni dapat merasa air tangan kaki auntie." Sahut Zull gembira.

"Eh, air tangan aje, mana ada kaki."

"Kaki tanganlah sebab auntie guna kaki untuk bergerak. Kesian kaki, dia pun bekerja keras juga. Tak gitu, Riz."

"Hm." Rizqi hanya berdeham ringan kerana malas melayan Zull.

"Nak lepak mana lepas ni?" soal Iftah ingin tahu.

"Di sungai dulu, nak ajar si Rizqi ni memancing. Biar dia tahu sikit betapa susahnya nak dapat ikan, gituh."

"Eh, tak payah ajar pun tak apa, aku pandai memancinglah."

"Ya-yalah tu. Auntie tak pergi majlis anak TS Mazhe ke?"

"Tengahari sikit kut dengan uncle. Kami naik flight. Dalam pukul 10 nanti, uncle balik sini dan kami terus ke lapangan terbang. Zull tak ke sana ke? Setahu auntie Zull satu kelas dengan diorang kan."

"Ah...Um, saya sibuk. Ehehehe."

"Sibuk, tapi sempat lepak." Celah Rizqi pelik. Dia memang tak ke sana sebab dia bukannya rapat pun dengan Khai atau Ayumi.

"Shhhh! You janganlah menyampuk masa orang-orang tua tengah bercakap. Makan makanan you tu. Sibuklah juga semalam, hari ni lepas lepak kena pergi balai. Ada urusan sikit di sana. Makan auntie, buatlah macam rumah sendiri."

"Memang rumah kami pun." Laju Rizqi mencantas kata-kata Zull.

Zull hanya tersengih-sengih seperti emoji. Tapi, dia memang mahu ke balai polis pun selepas ini. Ada sesuatu yang dia perlu uruskan. Jadi, dia tidak menipulah kan. Sebenarnya, dia yang mahu ke sana, kalau tidak dia memang akan ada masa terluang. Tapi, tulah...

...

SESI akad nikah pada pukul 10 pagi di kediaman keluarga Ayumi berjalan dengan lancar. Dengan sekali lafaz, Ayumi dan Khai sudahpun sah menjadi suami isteri. Kelihatan Nek Chu bercucuran air mata apabila melihat cucu kesayangannya menikah dengan wanita terbaik serta layak yang Khai pernah bawa balik ke rumah.

Air mata Mazhe juga hampir bergenang tadi, tapi dia cepat-cepat menghilangkannya kerana tidak mahu Khai turut sedih. Begitu jugalah yang berlaku kepada Roy Azrai dan ibu bapa Ayumi. Bukan mereka sahaja yang terkesan dari segi emosi, Ayuri juga sama. Dia menangis teresak-esak di situ apabila melihat Khai akhirnya bernikah. Jason atau Izz yang melihat hal itu hanya tergelak kecil. Kelakar pula melihat Ayuri menangis tak ingat dunia itu.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now