...sambungan Bab 70

22 4 0
                                    

...

PADA MALAM itu, Datin Mariah menunggu Mior dan suaminya, Dato' Nurahim di atas sofa ruang tamu. Dia duduk di atas sofa dengan kakinya yang bersilang. Anginnya tidak begitu baik kerana hari ini kerana peguamnya memberikan dia notis bahawa tanah itu sudah bertukar milik kepada Encik Kamar, ayah Nik semula. Macam mana ia boleh berlaku?

Peguamnya memberitahu bahawa dia sendiri yang menandatangani surat tukar pemilikan tanah. Tidak mungkin dia akan membuatnya dengan sendiri memandangkan sangat susah untuk dia mendapatkan tanah itu. Bayaran RM40K itu sudah banyaklah untuk tanah kampung seperti itu. Bentak hatinya.

Ish! Ini mesti kerja Mior kerana beberapa hari yang lepas hanya Mior sahaja yang memberikan dia surat untuk ditandatangani. Dia tidak membacanya kerana dia percayakan Mior, malah Mior memberitahu surat itu adalah surat pertukaran sekolah dan Mior memberinya semasa dia sedang sibuk dengan urusan lain. Pandai pula anaknya itu!

Tidak lama selepas itu, pintu rumah itu dibuka selepas bunyi memasukkan nombor pin rumah kedengaran. Mariah terus menoleh dan dapat melihat Mior bersama-sama dengan suaminya sedang tersenyum gembira.

"Seronok?" duga Mariah dengan wajah sebal.

"Um, ya. Kenapa mama duduk di ruang tamu?" soal Mior kerana pelik melihat mamanya di situ.

Selalunya pada waktu begini, mamanya masih di luar kerana bersama kawan-kawannya. Hari Jumaat ialah hari cuti mamanya dan mamanya lebih suka meluangkan masa bersama-sama kawan-kawannya; sama ada ke spa atau ke tempat yoga. Esok atau pada hari Sabtu, barulah mamanya meluangkan masa bersama-sama dia atau ayahnya. Tetapi, bukan selalulah.

"Salah ke mama duduk di sini?" Mariah melontarkan soalan semula.

"Tak salah pun, cuma peliklah. Selalunya sayang berada di luar dengan kawan-kawan. Tak keluar ke?" celah suaminya, Nurahim.

"Memang saya berada di luar tadi, tapi selepas itu saya bergegas balik ke sini sebab saya baru dapat tahu yang tanah itu ditukar nama kepada Kamar semula. Ini kerja Mior, kan?"

Mior menelan air liur. Nampaknya, Zull benar-benar memberikan surat pertukaran pemilikkan tanah kepadanya tempoh hari. Memang dia sudah merancangkannya dengan Zull, tetapi dia tidak tahu bilakah rancangan itu akan berlangsung kerana Zull tidak mahu memberitahu butiran kepadanya memandangkan Zull mahu dia berlagak seperti biasa. Pokoknya, dia tidak menipu mamanyalah. Kan?

"Bukan, Mior hanya bagi surat yang Zull bagi kepada Mior sahaja. Zull kata itu surat pertukaran sekolah. Mama, tak baiklah tuduh-tuduh Mior macam ni." Ujarnya. Benar, Zull memang mengatakan itu surat pertukaran sekolah sahaja kepadanya.

"Huh......Budak tak guna tu."

"Mama nak buat apa dengan Zull?"

"Kamu tak perlu risau, bukan masalah kamu."

"Memang akan jadi masalah Mior sebab Zull kawan Mior."

"...Kejap! Kejap! Kamu cakap apa tadi, Mariah. Surat pertukaran hak milik tanah? Kamu beli tanah dari Kamar? Ayah Nik?" sampuk Nurahim kerana dia tidak tahu menahu tentang perkara ini.

Mariah mendiamkan dirinya. Kalau boleh, dia tidak mahu suaminya tahu perkara ini. Silap dia kerana bersemuka dengan Mior macam ini. Sepatutnya, dia berbincang dengan anaknya di bilik sahaja. Ini mungkin disebabkan perasaan marah dan geramnya sampai dia lupa dengan kehadiran suaminya itu.

"Ya. Ayah, mama beli tanah keluarga Nik dengan harga 40K sahaja dan mama tipu ayah Nik dengan mengatakan surat itu dari syarikat cetakan dan iklan. Ayah Nik minta tolong mama untuk buat banner dan iklan untuk promosikan restoren makan keluarga Nik, tapi mama dah tipu ayah Nik. Ayah Nik pula sudah tidak dapat membaca, jadi dia tidak tahu pun kandungan surat tu." Jelas Mior kepada ayahnya, biar ayahnya itu tahu perbuatan mamanya di belakang ayah. Mariah terus mendecis apabila mendengar anaknya menerangkan semua perkara itu kepada suaminya.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now