KHAI dan Roy Azrai tidur di rumah ibu bapa Ayumi kerana mereka sekeluarga mahu mengenali Khai dengan lebih mendalam. Manakala, TS Mazhe, Alif, Zull, Nek Chu, Ayuri dan Mina pula tidur di hotel sama yang telah ditempah oleh Khai pada sebelum ini.
Mereka hanya perlu menambah dua bilik sahaja lagi yakni bilik untuk Alif dan Nek Chu. TS Mazhe akan berkongsi bilik dengan Zull selepas Zull mendesaknya untuk tidur dalam satu bilik dengan dia menggunakan alasan untuk mengelakkan pembaziran.
Yalah, bilik itu pun mempunyai dua katil berasingan dan sepatutnya Zull dan Khai yang menggunakan bilik itu. Tetapi, memandangkan Khai tidur di rumah Ayumi pada hari itu, maka Zull mengajak ayah Khai tidur satu bilik dengannya. Lagipun, ada sesuatu yang dia perlu lakukan. Hehehe! Zull tersenyum sendiri. Ayuri dan Mina pula tidur satu bilik.
Mazhe sedang melihat I-tab di kerusi meja yang terdapat dalam bilik tersebut. Dia sedang melihat e-mail yang para ketua bahagian hantar kepadanya tadi. Dia memang sedang cuti, tetapi cuti dari bermesyuarat dan kerja-kerja yang dia perlu bersemuka dengan orang walaupun secara atas talian sahaja. Kerjanya yang lain masih lagi berjalan.
Mana mungkin dia berhenti membuat kerja-kerja itu. Kalau tidak, apa yang dia mahu buat? Bosan dia nanti. Sudahlah dia satu bilik dengan adik kepada Joshua. Dia mengeluh di meja tersebut. Zull sedang mandi pada ketika itu. Selepas siap mandi, Zull membuka pintu bilik air dan menjenguk kepalanya ke arah TS Mazhe yang sedang khusyuk membuat kerjanya.
"Pak cik, buat apa tu?" tegurnya dengan tersengih-sengih.
Tetapi, Mazhe hanya mendiamkan dirinya dan tidak membalas apa-apa. Disebabkan tidak dilayan Zull keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambut dengan tuala. Pada waktu itu, dia memakai t-shirt lengan tiga suku yang berwarna hitam dan seluar pendek bawah lutut. Kemudian, dia menghempaskan badan ke katil.
"Bosanlah pak cik. Pak cik ada apa-apa idea untuk hilangkan bosan ke?" soalnya dengan wajah bosan sambil merenung siling bilik.
Yalah, kalau diikutkan masanya selalu dipenuhi dengan kerja atau berjalan-jalan di luar. Berada di dalam bilik pada waktu petang kurang digemarinya kerana dia sudah terbiasa keluar dan merayau-rayau. Kalau dulu, mungkinlah dia lebih suka terperuk dalam bilik.
"Pak cik, kenapa ek manusia ni boleh buat jahat dekat orang? Diorang tak rasa serba-salah ke?" soalnya lagi. Namun, masih tidak dilayan.
"Pak cik, pak cik dengar ke tak ni? Pak cik pekak ke? Saya tanya ni pak cik. Tak ada tindak balas pun."
Kali ini, Mazhe mengangkat muka dan berpaling ke arah Zull dengan wajah sedikit sebal. Tak nampak ke dia sedang khusyuk buat kerja. Tapi, manalah Zull tahu dia sedang bekerja, tadi kan dia kata dia cuti. Zull tersenyum gembira apabila Mazhe memberi tindak balas walaupun sedikit.
"Pak cik, jom kita keluar." Ajaknya.
"Saya sedang buat kerja ni."
"Hah kerja!? Tadi cakap cuti. Saya silap dengar ke pak cik?"
"...Saya cuti dari jumpa orang je."
"Laa, dah kalau cuti, cutilah betul-betul. Bukan cuti kalau 'celup-celup' dengan kerja. Apa pak cik ni. Pak cik kan susah nak cuti, jomlah keluar jalan-jalan sekejap, tengok pemandangan ke. Dah alang-alang berada di sini pak cik. Jomlah."
"Boleh kamu diam. Saya tak boleh tinggalkan kerja saya ni walaupun sekejap."
"Alaaaa....Ha! Pak cik tak nak mandi ke? Mandilah pak cik, itu baju pagi tadi kan?"
"Kejap lagi saya mandi."
"Mana boleh kejap-kejap, pak cik pergi mandi sekarang." Katanya tegas, walaupun niatnya hanyalah mahu bergurau dengan Mazhe.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)
काल्पनिकSambungan Olienpiece Siri 1. Tapi, ini musim 2 atau bahagian 2. PS: Saya dan sampai limit atau had bab, jadi terpaksa buat musim 2 atau bahagian 2. Huhuhu #1 in wira (3/7/2022) #1 in komik (4/1/2023)