Bab 71: Langit tidak selalunya cerah

26 5 0
                                    

PADA pagi keesokannya, Dilan membuat sarapan seperti biasa. Hari ini persekolahan sudah dibuka seperti biasa. Jadi, selepas ini dia akan menggerakkan yang lain. Zull sudahpun bangun dan sedang menolongnya membuat sarapan.

Hari ini, Dilan membuat kuetiau basah. Zull pula membantu dengan membuat jus mangga tanpa gula. Tidak lama selepas itu, seorang demi seorang rakan serumah mereka turun dan ke meja makan.

Apabila melihat Joshua, Zull tersenyum kerana mahu menyapa abangnya itu. Dia berharap abangnya sudah sejuk dan tidak marahkan dia lagi.

"Abang Az nak air?" soalnya apabila melihat Joshua menarik kerusi dan melabuhkan punggung. Tetapi, abangnya tidak menjawab dan terus mencedok kuetiau ke dalam pinggannya.

Disebabkan itu, Zull menuangkan air ke dalam sebuah gelas dan meletakkannya di tepi pinggan abangnya. Tetapi, Joshua menolak air itu ke sebelah.

"Tak perlulah tolak apa yang aku bagi, aku tak letak racun pun." Kata Zull dengan wajah reda kepada abangnya.

Pada waktu itu, hanya ada Niel dan Dilan yang sedang duduk. Amir tiada di situ kerana mengikut ayahnya dan Mior ke rumah yang ayahnya baru beli beberapa bulan lepas. Rumah itu ayahnya beli untuk mereka. Gembira tidak kepalang Amir apabila mendengarnya.

Tetapi, Joshua tidak mengatakan apa-apa dan hanya mendiamkan dirinya. Kemudian, apabila dia nampak Zull duduk di kerusi meja makan, Joshua menatang pinggannya dan ke ruang tamu. Malas dia mahu melihat wajah adiknya itu. Perasaan marahnya terhadap Zull masih belum surut sampailah sekarang.

Disebabkan itu, Zull bingkas bangun. "Zull." Panggil Dilan apabila melihat Zull bangun.

Dia sangkakan Zull mahu marah dan membebel kepada Joshua, tetapi dia silap. Dia nampak Zull mengambil bekas dan memasukkan kuetiau itu ke dalam bekas.

"Aku makan di sekolah hari ni. Aku buat bekal untuk tengah hari sekali. Nanti kau ajaklah abang aku makan di sini balik. Tak apa, Dee. Aku dah biasa. Makanlah Niel, tak payah risau pasal kami." Kata Zull tenang.

"Tak, aku tak risau pun." Pantas Niel menjawab. Ada dia kisah dengan dua beradik itu?

Nak bergaduh ke atau perang saudara ke di rumah itu, dia tidak kisah, yang penting dia dapat makan masakan Dilan. Itu sudah cukup. Masakan Dilan betul-betul seperti masakan seorang ibu. Sedap sungguh!

Zull tergelak kecil apabila mendengar jawapan ringkas dan padu dari Niel itu. Ia menggeletek hatinya. Dilan pula rasa serba salah dan serba tak kena. Apa yang dia patut buat supaya dua beradik yang dahulunya rapat dan suka menyakat satu sama lain berbaik semula? Lama lagi ke Joshua mahu marahkan adiknya? Tapi, bukan Zull ke yang patut merajuk dan marah? Kenapa terbalik pula? Entahlah dia tidak faham.

Disebabkan perangai dan kelakuan Joshua yang masih dingin dengan Zull itu, dia sudah lama tidak nampak mereka bergaduh manja atau bergaduh adik-beradik. Dahulu rumah itu bising pada setiap pagi kerana mereka. Rumah itu juga bising setiap kali Zull balik ke rumah kerana Joshua selalu menerkam adiknya di depan pintu rumah. Kini, tiada lagi semua itu. Tiada.

Dia melihat Zull macam biasa; tenang dan bersahaja. Kawannya itu memang selalu tenang dan tidak tergopoh-gapah. Mungkin dia juga perlu percaya sepertimana Zull percaya hubungan itu akan pulih semula nanti.

Apabila membuka pintu pagar rumahnya dan menapak keluar, Zull juga dapat melihat salah seorang dari jiran sebelahnya keluar. Zull berpaling ke kirinya dan kemudian mengalih pandangan ke kanan kembali, lalu bersedia untuk bergerak.

"Tunggu dulu, Zull." Panggil jirannya itu.

"Kenapa?" soal Zull tanpa berpaling pun, tetapi dia dapat mendengar jirannya itu berlari seperti mengejarnya dan berhenti apabila sudah seiringan dengan langkah Zull.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now