MERAH menapak di atas puncak gunung tersebut dan dapat melihat Amir yang sedang memegang bendera tidak jauh dari situ. Bibir Amir ukir senyum. Jadi, Merah orang pertama sampai di sini ya? Fikirnya.
Tanpa membuang masa, Merah terus berlari ke arah Amir kerana mahu merampas bendera itu, tetapi dia membrek di pertengahan jalan apabila kelibat Kelabu mula muncul disebalik cahaya teleportasi. Macam mana? Huh, nampaknya kuasa tangan bayang Ungu sudah berjaya dikalahkan oleh mereka.
Ya, Oren telah berjaya mengacau tumpuan Ungu sehingga menyebabkan Ungu meracau-racau di bawah.
"Awak ingat apa yang saya ajar?" duga Merah kepada Kelabu. Kelabu mengangguk faham.
"Baik, saya akan buat serangan sekarang dan dapatkan bendera itu!" Laungnya sambil melemparkan batu-batu kerikil kepada Kelabu.
"Saya yang akan ambil bendera itu!" Balas Kelabu dan menyeru pelindung kristal untuk melindungi diri dan Amir yang berada di belakangnya.
Giliran dia pula untuk membuat serangan. Kelabu menyeru kristal mencapah di kaki Merah agar ia menghentikan pergerakan Merah, tetapi tidak berjaya apabila Merah melompat ke belakang sebanyak dua kali.
Seterusnya, Merah menyeru kuasa gempanya pula kepada Kelabu. Kelabu terumbang-ambing di atas tanah apabila tanah yang dipijaknya bergerak-gerak. Kemudian, secara tiba-tiba sahaja suatu lubang tercipta di bawahnya. Oleh itu, Kelabu terus terjatuh ke bawah.
"Aaaaaaa~aaah."
Kedebuk! Bunyi Kelabu jatuh ke bawah kedengaran. Merah terus menutup mulutnya. Alamak! Dia terlalu seriuslah pula berlawan dengan tunangnya. Tapi, kalau dia berlawan dia memang akan 'all out', tidak kiralah siapa lawannya itu. Aduh! Disebabkan risau, Merah berlari ke arah lubang itu dan menjenguk ke bawah.
"Kelabu, awak okey?" soalnya. Tetapi, Kelabu tidak menjawabnya kerana sudahpun pengsan. "Maaf." Katanya dan terus berpaling ke arah Amir semula atau kepada tujuan utamanya iaitu mendapatkan bendera.
"Lempar bendera itu kepada aku, Amir kalau kau tak nak kena pukul." Arahnya tegas.
"Heh! Kau ingat semudah itu ke perlawanan ini? Lawan aku dulu, kalau aku kalah, kau boleh ambil bendera ini. Kalau kau yang kalah, maka bendera ini tidak akan menjadi milik kau." Kata Amir dengan nada menyindir.
"Kau sedarkan yang aku mempunyai kuasa."
"Jadi?"
"Kau tidak mempunyai kuasa, jadi aku akan menang dengan mudah."
"Haha! Buktikan." Amir terus membuka buah silatnya di hadapan Merah dan mengajak Merah untuk masuk 'gelanggang'.
Disebabkan telah dicabar, maka Merah terus berlari ke arah Amir. Amir juga begitu, dia berlari dan menunduk apabila melihat Merah melemparkan rekahan tanah ke arahnya. Dia berjaya mengelak setiap kali Merah menyeru kuasa tanahnya itu.
Ia telah membuatkan Merah kegeraman kerana dia berlawan dengan seseorang yang tidak mempunyai kuasa, tetapi dia tidak dapat mengalahkan orang itu pun. Cis! Yang menjadikan dia lebih geram ialah apabila melihat Amir menyembunyikan bendera tadi ke dalam poket bajunya.
Hash yang melihat kelincahan Amir itu tersenyum. Seni pertahanan diri Amir lebih baik daripada sebahagian anak-anak buahnya di Olienpiece. Mungkin Amir boleh menjadi Naga Api dan menggantikan budak bermasalah itu (Zull).
Dia dapat melihat perlawanan itu dengan berada lebih tinggi berbanding puncak gunung tersebut. Dia menggunakan kuasa tanahnya untuk bergerak ke mana sahaja dia suka dengan menjadikan tanah itu seperti peluncur.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)
FantasySambungan Olienpiece Siri 1. Tapi, ini musim 2 atau bahagian 2. PS: Saya dan sampai limit atau had bab, jadi terpaksa buat musim 2 atau bahagian 2. Huhuhu #1 in wira (3/7/2022) #1 in komik (4/1/2023)