• A S L A N • 1️⃣4️⃣

1.3K 88 15
                                        

Jam menunjukkan tepat jam 11 malam. Pasukan Hazard dan Alpha sudah berada di lokasi persembunyian Red Cobra.

"Lion, dekat bahagian aku ada lebih kurang sepuluh orang," lapor Hud melalui Transportable Mobile Radio (TMR). Dia bersama Brian dan beberapa irang anggota lain sedang memerhati bahagian timur bangunan lama yang samar diterangi lampu neon.

"Dekat kami ada tujuh orang," tambah Danial dengan nada tegas.

Mata Saffaraz tajam mengawasi bangunan lama itu.

Kehadiran mereka tidak disedari oleh pihak musuh yang leka dengan urusan masing-masing.

"Hunter, macam mana? Dah dapat godam sistem jana kuasa bangunan ni?" Soal Saffaraz kepada Lee Han yang berada di bahagian belakang.

"Dah, capt," jawab Lee sambil tersenyum sinis. 'Habis lah korang.'

"Okay, dalam kiraan tiga, aku nak kau padamkan semua lampu dalam ni," arah Saffaraz. Suaranya penuh keyakinan. Dia mula mengira.

Tiga... dua... satu.

Tepat pada kiraan, seluruh bangunan lama itu bergelap. Suasana bertukar riuh sebaik sahaja lampu mula terpadam.

"Apa dah jadi ni?" Terdengar suara panik salah seorang daripada mereka.

"Que, pergi tengok kotak elektrik!" Arah Tim, orang kanan kumpulan Red Cobra. Dia berdiri dengan wajah yang mula menunjukkan tanda curiga.

Dalam kekalutan itu, pasukan Hazard dan Alpha bergerak pantas. Mereka mendekati penjaga-penjaga di bahagian luar, menembak setiap satu dengan pistol penyenyap bunyi. Langkah mereka teratur, seperti bayang-bayang yang tidak kelihatan.

Seramai dua belas anggota kini mula menapak masuk ke dalam. Namun tiba-tiba, cahaya terang dari spotlight menyuluh ke arah mereka.

"Rupanya kita ada tetamu," suara Tim bergema. Dia memandang ke sekeliling dengan senyuman sinis. Spotlight yang dinyalakan segera mencari-cari sasaran.

Pasukan Hazard dan Alpha segera mencari perlindungan di sebalik tong-tong besi yang tersusun tinggi.

"Main sembunyi-sembunyi, ya? Jangan malu. Kalau dah datang, kenalah berkenalan," sindir Tim dengan nada mencabar.

Brian mula menyumpah sebaik sahaja kedatangan mereka telah diketahui oleh pihak musuh

"Kita nak buat apa, capt?" Soal Keane kepada Saffaraz yang berada di sebelahnya.

"Bagi aku masa," jawab Saffaraz, cuba memikirkan strategi.

"Nampaknya yang datang ni pemalu," sambung Tim, berjalan perlahan ke tengah. "Tak apa, aku sudi cari kau orang sendiri." Tim memberi isyarat supaya orang-orangnya mencari keberadaan mereka.

"Cover aku," suara Danial kedengaran di TMR.

Belum seminit berlalu, bunyi tembakan pertama memecahkan suasana. Salah seorang ahli Red Cobra rebah dengan tembakan tepat di kepalanya, headshot.

"Trace dah kantoi," Saffaraz berbisik kepada ahli yang lain. Kedudukan Danial kini terdedah.

"Jangan biarkan dia terlepas!" jerit Tim kepada anak buahnya. 

Namun, Danial melepaskan tembakan terlebih dahulu. Dua musuh tumbang sebelum mereka sempat bertindak.

Pasukan Hazard mula keluar dari tempat persembunyian untuk membantu Danial. Bunyi tembakan bertalu-talu mula bergema di seluruh bangunan tinggal itu. Dalam kekacauan itu, Tim mengambil peluang melarikan diri.

"Kau ingat kau boleh lari, Tim?" Danial mengejar tanpa ragu. Dia tahu lelaki itu kunci kepada identiti ketua sebenar Red Cobra.

Hud yang memerhati situasi dari atas ingin mengekori Danial, tetapi sebutir peluru yang hampir mengenai kepalanya memaksa dia bersembunyi.

A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang