4 tahun lalu
Dhia keluar dari biliknya dengan berpakaian kemas. Dia memanjangkan lehernya memandang ke arah ruang tamu.
Tadi dia dengar seperti ada seseorang yang datang rumah. Dia cuba mengintai siapa gerangan tersebut.
Dhia mengintai di sebalik celah-celah langsir yang digantung. Dapat Dhia lihat ada seorang lelaki yang boleh dikatakan sungguh kacak yang sedang duduk bersama dengan abang sulungnya, Muiz Fahri.
Dia merenung wajah kacak lelaki tersebut. Muka yang seakan ada campuran sebab tak nampak muka Malaysian sangat. Hidung yang mancung. Bibir yang tidak terlalu tebal tapi boleh membuatkan kita khayal.
Bahagian yang terpaling penting sekali yang dapat membuatkan Dhia tidak berkelip matanya ialah mata lelaki itu. Warna mata lelaki itu adalah hazel.
Terpegun Dhia dengan warna mata lelaki itu sehingga tidak berkelip dia dibuatnya. Sungguh cantik.
Tiba-tiba, Dhia ditegur seseorang dari arah belakangnya. Cepat-cepat Dhia membetulkan cara berdirinya.
"Kau buat apa dik? Mengendap?" Tegur abang kedua Dhia iaitu Mikail Shah.
"Mana ada." Nafi Dhia dengan mencuba mengawal riak wajahnya.
"Yalah tu. Ingat aku tak nampak mata kau tu tadi tak berkelip tengok kawan along?"
"Hehe. Jangan bagitahu along tau angah?"
"Tengok lah."
"Alah angahhh.." Merayu Dhia dengan melengkungkan bibirnya ke bawah.
"Yalah." Mengalah juga Mikail.
"Angah. Adik nak tanya boleh?"
"Apa dia?" Tanya Mikail dengan wajah yang sudah berkerut seribu.
"Siapa lelaki tu?"
"Kawan along."
"Yalah. Tapi, siapa dia? Adik tak pernah nampak pun kawan along yang tu sebelum ni." Dhia cuba mengorek rahsia dari Mikail untuk mengetahui lebih lanjut tentang lelaki tampan itu.
"Tu kawan along dari KL. Ni baru pertama kali datang sini. Katanya ada projek." Jelas Mikail.
"Projek? Projek apa?"
"Mana lah aku tahu dik oi. Tapi, dengar kata dia anak orang kaya. Tak silap aku juga lah dia tu kerja sebagai pilot. Tapi, uruskan juga family business. Tempat kerja pilot dia tu bawah salah satu anak syarikat family dia." Jelas Mikail panjang.
Terangguk-angguk kepala Dhia mendengarkan semuanya tentang lelaki itu dengan teliti.
"Oh faham. Kira memang kaya juga lah dia tu. Dia pilot? Lepastu take over family business? Wow." Kagum Dhia.
"Eh kejap. Sekarang ni yang adik sibuk kenapa? Suka dengan dia?" Tanya Mikail serius.
"Mana ada. Saja nak tahu. Tak boleh?"
"Tak payah lah dik. Kau lupa kan je lah perasaan kau tu dekat dia. Buang jauh-jauh. Kau tak kenal dia siapa." Setelah berkata begitu, terus Mikail berlalu pergi meninggalkan Dhia dalam tanda tanya.
•••••
"Along. Nah air." Dhia meletakkan segelas cawan kaca di hadapan Muiz.
"Terima kasih. Rajin tiba-tiba kenapa?"
"Nak rajin pun tak boleh ke?" Soalan dibalas dengan soalan.
"Boleh. Air apa ni?" Muiz mula mencapai cawan kaca itu.
"Air milo je." Jawab Dhia.
"Sedap. Pandai dah adik, along. Umur adik dah berapa sekarang?"
"19. Asal?"

ANDA SEDANG MEMBACA
DAYYAN'S LOVER [C]
RomansaDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...