PROLOG

21.5K 585 6
                                        

Lelaki yang digelar kapten itu meneliti satu persatu wajah anggota pasukan khas laut yang sedang berbaris di depannya saat ini dengan seragam dan senjata yang lengkap.

Mereka sedang bersedia untuk menjalankan misi setelah mendapat panggilan kecemasan daripada pasukan yang berkawal di pengairan.

"Leftenan Ayden Althaf!" Mata tajam meliar mencari empunya nama.

"Saya, tuan!" Lantas dia keluar dari baris seperti berkawad dan bergerak ke arah pegawai atasannya yang baru berpindah beberapa hari yang lalu.

Seorang anggota tentera yang berbadan sasa dengan ketinggian 185 cm itu berdiri tegak dan memberi tabik hormat pada atasanya setelah diseru.

"Priority kita, selamatkan tebusan. Pastikan tiada anggota yang cedera. Berjuang sebaik mungkin dan pulang bersama kemenangan. Selamat bertugas."

"Baik, kapten!" Sekali lagi tabik diberi.

Bahu Leftenan itu ditepuk beberapa kali.

Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi kipas helikopter.

"Guys, move!"

Setelah mendapat arahan dari ketua pasukan, semua ahli pasukannya berlari menaiki KD Rajawali yang sedang menunggu mereka. Masing masing dengan pantas memanjat tali untuk menaiki helikopter tersebut.

***
2:30 AM

Mata helangnya tajam memerhati gerak geri lanun dan konco-konco yang sedang berada diatas kapal bersama tebusan di atas perairan itu melalui binocular jarak jauh.

Terdapat beberapa orang konco-konco lanun yang lengkap dengan senjata api sedang berkawal di atas kapal tersebut. Ayden Althaf menekan alat kecil yang disangkut pada telinganya. Althaf mula memberi arahan.

"Eagle, shoot to kill."

"Copy that!" Lantas penembak hendap itu menjalankan tugas yang diarahkan. Laser merah dihalakan tepat di bahagian jantung para perompak laut itu.

BANG!

BANG!

BANG!

Bunyi tembakan bergema di bawah. Para musuh tidak mengalah untuk membalas tembakan pasukan khas laut itu. Serangan demi serangan dibalas. Namun tembakan mereka tersasar memandangkan para tentera berada di atas helikopter.

Akhirnya, konco-konco yang sedang berkawal tersebut tumbang setelah diserang hendap dari atas.

"Down and take a position."

"Roger that!"

Seraya itu, Althaf melompat turun melalui tali dari helikopter bersama anggota pasukannya.

Kini seluruh kapal itu sudah dikepung oleh pasukannya.

"Wolf, Poco, Ghost ikut aku cari tebusan. Gagak, Piccolo cover kita orang. Eagle, back up dari atas."

"Baik, tuan!"

"Move!"

"Copy."

"Copy."

Langkah dibuka dengan berhati hati tanpa sebarang bunyi. Mata tajam meliar melihat kawasan kapal. Mereka perlu peka memandangkan mereka tidak tahu jumlah musuh yang masih ada di dalam kapal itu. Tiba sahaja di satu ruangan, Althaf memberi isyarat tangan tanda berhenti. Anggota lain mengangguk faham akan isyarat tersebut.

Althaf membuka pintu kebal itu perlahan lahan. Dia dengar bunyi bisikan para musuh di dalam ruangan tersebut. Dia yakin mereka semua sedang bersembunyi di situ memandangkan itu ruangan utama di atas kapal tersebut.

BOOM!

Satu bom asap dilempar ke dalam bilik musuh yang sedang berkumpul itu. Mereka tidak sempat berbuat apa apa apabila asap sudah memenuhi ruangan tersebut. Satu persatu konco-konco lanun itu jatuh penangan ubat tidur di dalam bom asap itu.

Khairul masuk ke ruangan tersebut untuk melihat keadaan para musuh.

"Clear!"

Setelah memastikan tiada lagi musuh yang aktif, mereka meneruskan misi mencari tebusan.

Langkah kaki menapak perlahan dengan posisi bersedia. Cermin mata khas tentera yang dipakai pada waktu malam itu memudahkan pasukan mereka membuat carian. Seisi kapal menjadi gelap gelita setelah berbalas tembakan sebentar tadi.

Tatkala itu, gegendang telinganya menangkap suara pertolongan daripada seseorang. Lantas dia berpaling menuju ke arah sumber suara yang berada di bilik paling hujung sambil menghalakan senapang ke bilik tersebut.

Tombol pintu ditembak berkali kali untuk memecahkan kunci. Pintu ditendang kuat. Terdapat 3 orang tebusan yang berada di dalam bilik tersebut. Althaf melangkah sesuatu di depan pintu untuk masuk ke bilik tersebut. Sempat dia menghalang ahli pasukannya daripada memijak wayar timer bom halus yang berada di situ

"Ghost, handle this."

Khairul yang digelar Ghost itu mengangguk. Lantas dia bergerak ke arah bom tersebut dan berusaha menghentikannya. Sementara itu para tebusan yang ditahan berjaya dibawa keluar dengan selamat dan diserahkan kepada pasukan TLDM yang bertugas di perairan itu.

"Mission accomplished." ujar Althaf.

Althaf menghembus nafas perlahan. Syukur tiada anggotanya yang terluka. Laut gelap dihadapan dipandang. Lega!

Dia menoleh saat seseorang menepuk bahunya. Terpancul wajah sahabatnya, Khairul. Mereka melagakan penumbuk.

"Nampaknya kita boleh sambung cuti." ujar Khairul yang tidak lekang dengan senyuman keriangan di bibirnya bersama sebelah mata yang dikenyitkan kearahnya.

Althaf hanya senyum sebaris seraya perlahan-lahan kepala dianggukkan. Bahu sahabatnya ditepuk kasar beberapa kali sebelum dia memberi isyarat untuk memanjat tali menaiki KD Rajawali.

Back to home!

A Tale Of Naura Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang