BAB 52

10.1K 287 52
                                    

5 BULAN KEMUDIAN.

Khairul dan Fahim masing masing tengah berebut hendak mendukung anak ketua mereka itu.

"Ish kau ni, ada dua kan? Ambik la seorang satu." Marah Fahim. Dia berusaha untuk mengambil si kembar yang berada dalam dakapan Khairul.

"Argh! tak ada tak ada. Dua dua anak aku. Kau nak pergi mintak dekat bini kau." Khairul menghalau.

"Hoi hoi! jangan nak perasan sangat. Dua dua bukan anak korang. Tua bangka tak sedar diri. Senang senang je claim anak orang jadi anak sendiri." bidas Syafiq yang sedari tadi memerhati. Semak mata betul tengok dua orang monyet tua bergaduh disebabkan budak.

"Betul tu apiq. Saya pun tak faham dengan kawan kawan awak ni."

"Mari sini sayang. Duduk dengan mama. Jangan duduk dengan pakcik pakcik kurang cerdik ni."
Attar Nufail dan Armel Nayla dirampas daripada Khairul. Anna mendukung kedua dua bayi itu.

"Apani sayang. Biarlah abang yang jaga. Sayang pergi la tolong makcik makcik bawang dekat dapur sana tu."

"Kalau budak budak ni duduk dengan korang, silap hari bulan boleh tercemar pemikiran anak anak aku ni." datang Eishan menyampuk. Attar Nufail diambil dan didukung. Sempat dia mencium pipi tembam Armel Nayla sekali yang didukung Anna.

"Ewah ewah, sedap semua orang nak claim anak masing masing ye?" Kata umi yang baru datang dari dapur.

"Sudah sudah la tu mengacau budak budak tu. Ni makanan dah siap. Mari makan." pelawa Puan Sakinah pula.

Masing masing bangkit untuk duduk di meja makan. Sesaat, semua mata tertumpu pada luar rumah apabila bunyi kipas helikopter kuat bermain di atas rumah mereka.

"Siapa pulak healing malam malam buta dekat sini ni? Apa dia ingat dia seorang saja ada heli?" bebel Khairul. Menganggu masa makan malam orang betul.

Makin lama kipas helikopter itu semakin dekat. Pasir pasir di luar rumah berterbangan menandakan helikopter itu sedang menghala ke sini.

"Siot, kita dalam drama kahbi kushi khabi gham ke ni?" Khairul berjenaka.

Semua yang berada di dalam rumah mendiamkan diri apabila tali helikopter diturunkan. Muncul satu sosok yang berbadan tegap melompat turun melalui tali itu.

Eishan, Khairul, Fahim, Syafiq yang sangat mengenali tubuh itu berjalan keluar rumah. Semakin dekat lelaki itu menghampiri semakin jelas wajah lelaki itu.

"Assalamualaikum." lelaki itu memberi salam. Beg tentera yang digalas diletakkan di tepi. Masing masing membulat mata dan memekup mulut sendiri kerana tidak percaya dengan apa yang dilihat oleh mereka.

"Tuan!"

Fahim, Khairul dan Syafiq berlari memeluk lelaki yang baru tiba itu.

"Kau menghilang ke mana bodoh?Kenapa tak balik masa berkumpul dekat padang mahsyar nanti je?" Khairul menangis dalam dakapan Althaf.

"Kau pergi mana Thaf? Puas kita orang cari. Kami rindukan kau bangang!" Kata Fahim. Dia juga mengalir air mata.

"Aku hampir nak dapat cicit tunggu kau balik kau tahu?" Syafiq bersuara.

Althaf hanya ketawa halus. Belakang rakan rakannya ditepuk perlahan.

"Aku lega tengok korang semua selamat." kata Althaf setelah mendengar segala luahan tadi.

Pelukan dilepaskan. Althaf memandang Eishan yang sedang berdiri di belakang tiga lelaki itu.

"Kau sihat?" soal Althaf kepada Eishan.

A Tale Of Naura Where stories live. Discover now