Naura mendekati bilik orang tuanya. Waktu waktu begini pasti umi dan abah baru selesai menunaikan solat isya' berjemaah. Pintu bilik diketuk dahulu sebelum tombol dipulas.
"Umi, abah, boleh adik masuk?" dia meminta izin terlebih dahulu.
"Boleh sayang." jawab umi dari dalam bilik.
"Kenapa Naura? Kamu nak makan apa apa ke?" umi menarik lengan Naura untuk duduk di birai katil.
Naura menggeleng.
"Adik ada benda nak cakap dengan umi dan abah."
"Apa dia tu nak? Kenapa serius saje bunyinya?" abah yang masih berzikir di sejadah terus bangkit dan duduk di sebelahnya. Apabila kedua orang tuanya sudah duduk di birai katil, Naura bangkit dan melutut di hadapan kedua orang tuanya itu. Walaupun agak sukar kerana terhalang dengan perut yang membukit itu, dia tetap gagahkan jua.
"Eh, kenapa melutut dekat bawah sayang. Tak elok. Mari duduk atas." umi panik melihat tindakan anak bongsunya.
"Tak apa umi. Naura nak duduk macam ni." dia berkeras untuk melutut. Kedua belah tangan orang tuanya digenggam penuh kasih sayang. Naura menarik nafas dalam dalam. Wajah lembut kedua orang tuanya ditatap.
"Umi, abah. Terima kasih sebab sudi jaga Naura dan baby sepanjang ketiadaan Althaf di sisi. Terima kasih sebab tatang Naura bagai minyak yang penuh. Terima kasih sebab curahkan kasih sayang tak terhingga pada Naura sejak lahir hingga sekarang. Terima kasih sebab banyak berkorban harta dan tenaga untuk besarkan Naura. Naura tak tahu macam mana nak balas jasa baik umi dan abah."
Sesaat, wajah umi dan abah terus berubah mendung. Mereka membalas genggaman Naura erat. Cecair jernih sudah meleleh laju di pipi mulusnya.
"Naura minta maaf atas semua salah silap dan dosa dosa Naura sama ada sedar atau tak. Naura minta maaf kalau pernah terguriskan hati umi dan abah. Sumpah, Naura tak berniat."
"Naura, apa kamu cakap ni? Kamu tu anak umi dengan abah. Mestilah kami akan jaga kamu. Umi dan abah tak pernah simpan apa apa pada kamu. Kamu anak yang baik sayang. Kamu anak yang taat, solehah. Umi dan abah beruntung dipinjamkan puteri sebaik kamu dalam hidup kami nak." kata Puan Khadeeja bersama tangisan.
"Umi dan abah pun nak minta maaf pada kamu kalau kami gagal jadi orang tua yang baik untuk kamu. Kami cuba untuk jadi yang terbaik dan cukupkan keperluan kamu. Andai kami kurang, maafkan umi dan abah nak." kata abah menahan sebak.
Naura menggeleng laju. Dia terus bangkit dan mendakap kedua orang tuanya.
"Tak bah. Umi dengan abah adalah anugerah terindah yang Allah kurniakan pada Naura. Umi dan abah adalah harta Naura yang tiada gantinya. Naura bersyukur dilahirkan sebagai puteri umi dan abah."
"Kamu anak yang kuat dan tabah sayang. Dari kecil kamu tak pernah menyusahkan kami. Kamu pandai berdikari. Kamu kuat hadap segala dugaan yang Allah beri sendiri."
"Doakan Naura umi, abah. Doakan Naura juga mampu untuk tabah dengan dugaan yang Allah beri pada Naura kali ini. Doakan Naura mampu jadi isteri dan ibu yang kuat dan tabah untuk keluarga Naura."
"Umi sentiasa doakan anak anak umi sayang."
Naura sudah tersedu-sedan dalam tangisannya. Semoga Allah mempertemukan urusannya kali ini juga.
*****
Jam loceng di sisi katil diambil. 7.00 pagi. Hari ini dia ada appointment di klinik kandungan. Eishan yang akan menghantarnya seperti selalu. Naura bangkit dari baring dan bersandar di kepala katil perlahan lahan. Uniform kerja yang dipakai oleh Althaf kali terakhir kira kira 8 bulan yang lalu itu dia cium. Sekalipun dia tidak pernah meninggalkan uniform itu. Hanya itu satu satunya cara dia melepaskan rindu pada Althaf.
YOU ARE READING
A Tale Of Naura
Romance[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...