Naura menggeliat kecil. Deruan nafas hangat yang meniup wajah membuatkan dia celik mata. Pagi pagi jantung dah nak melompat keluar. Jarak antara dia dan Althaf sangat dekat. Manakan tidak, tidur pun berbantalkan lengan sasa lelaki itu.
"Morning." ucapnya kepada Althaf dengan suara serak bangun tidur.
"Morning. Wake up sayang, dah nak masuk subuh." Dicium dahi licin itu. Morning kiss. Hampir lima belas minit dia sudah terjaga. Tapi melihat isterinya yang lena diulit mimpi di atas lengannya membuatkan dia masih statik di situ.
"Five minutes." halus Naura bersuara.
"No. Now. Tak baik lambatkan solat Naura." nada tegas.
Tiada tindak balas.
"Bangun, mandi sekarang Eireen Naura. Atau kau nak aku dukung humban tengah laut baru nak bangun?" diselak comforter yang menyelimuti tubuh Naura.
"Okay! Sayang mandi sekarang." dia mengalah juga. Kalau Althaf dah seru nama penuh dia tidak berani lagi untuk main main. Dia bangkit dari katil menuju bilik air. Subuh subuh dah keluar aura leftenan. Hish.
Setelah selesai bersihkan diri, mereka solat berjemaah diimamkan oleh Althaf. Habis solat, tangan diangkat memohon doa dari yang maha esa. Penuh khusyuk Althaf memanjatkan doa dan diikuti oleh Naura yang menjadi makmum di belakang.
"Aamin Ya Rabb." tutur Althaf. Begitu juga dengan Naura.
Althaf pusing ke belakang menghadap Naura. Gadis itu tunduk mencium belakang tangannya. Diusap penuh cinta kepala yang bertutup telekung putih suci itu.
"Sayang." seru Althaf tiba tiba. Tangan Naura masih dalam genggaman.
"Ya?"
"Sayang nak jadi isteri yang solehah kan hmm?"
Angguk sekali.
"Sayang tak nak habib jadi suami yang dayus kan?"
Angguk lagi. Hiba pula hatinya bila Althaf menyoal sebegitu. Dia rasa seolah gagal sebagai seorang isteri. Adakah dia ada sakitkan hati suaminya tanpa sengaja?
"Sayang ada buat salah ke dengan habib? Kalau pasal tadi, sayang minta ampun. Sayang janji tak buat lagi." Dia tunduk cium tangan Althaf sekali lagi. Memohon ampun kepada suaminya.
"Tak sayang, bukan macam tu. Pandang muka habib."
Naura angkat muka.
Althaf bangkit dari sejadah dan berjalan ke wardrobe yang berada di samping mereka. Setelah itu dia kembali duduk di atas sejadah hadapan Naura bersama satu beg kertas. Beg itu disuakan kepada Naura.
"Apa ni?" keliru.
"Bukalah."
Mata menjenguk ke dalam beg tersebut. Lalu, dia bawa keluar isi dari beg itu. Ada beberapa helai dress yang labuh dengan variasi warna. Ada yang bertemakan floral dan ada juga yang kosong. Dan setiap dress itu disatukan dengan shawl yang bersesuaian dengan dress tersebut. Cantik. Tapi
Naura kembali menatap wajah Althaf.
Tangan besar miliknya dibawa memekup pipi mulus sang isteri. Dia ukir senyuman manis kepada gadis itu.
"Habib harap, mulai saat ini. Dari hujung rambut hingga hujung kaki sayang. Untuk tatapan habib seorang sahaja. Boleh kan sayang?" lembut dia meminta. Tak nak isterinya terasa hati atau salah faham akan niatnya.
Bukan dia ingin memaksa. Dia cuma tidak mahu wanita itu menjadi tatapan ajnabi lain. Sebagai suami dia perlu membimbing isterinya ke arah yang diredhai Allah SWT.

ANDA SEDANG MEMBACA
A Tale Of Naura
Romance[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...