Naura diam di birai katil. Dia memandang inai merah di jari. Gugup. Tersangat gugup. Hari ini adalah hari bersejarah dalam hidupnya. Majlis akad nikah akan berlangsung tak lama lagi. Dia berharap semuanya berjalan dengan lancar.
Anna yang sedang memakaikan veil pada Naura tersenyum. Gadis itu nampak semakin berseri dengan warna putih. Dah macam minah omputeh. Betul cakap Althaf, putih adalah warna Naura.
"Cantiknya kau Naura. Cousin siapa ni?" puji Anna.
Naura pula hanya senyum kekok.
"Aku nervous la Anna. Aku rasa macam mimpi. Lelaki yang aku taruh harapan selama 16 tahun ini akan jadi suami aku. Bertahun kami hidup sebagai kawan baik. Aku awkward."
Anna mengusap belakang Naura. Menenangkan kegelisahan gadis itu.
"Apa cakap macam tu. Ini namanya takdir. Okay apa. Kau kan memang nakkan dia dari dulu. And now your dream come true, cinte."
Naura mengatur nafas.
Ketukan di pintu menyentakkan tubuh Naura dan Anna. Anna segera membuka pintu untuk abang sepupunya.
Eishan Nazeem masuk ke dalam bilik pengantin itu. Dia mengatur langkah kepada adiknya. Seraya itu, Anna meminta diri untuk keluar supaya dua beradik itu dapat berbual dengan selesa.
"Cantiknya adik abang ni." Dia tatap wajah jelita adik perempuannya.
Jemari si adik digenggam. Naura pandang anak mata abangnya. Sayu sahaja mata itu memandangnya.
"Cepatnya masa berlalu. Dah besar adik abang ni. Tak lama lagi adik dah nak jadi isteri orang. Tak puas abang melayan manja adik ni."
Kepala adiknya yang berlapik tudung itu diusap lembut. Pantas betul masa berlalu. Eishan sebak. Dulu, adiknya ini tidak suka bercakap pasal lelaki selain Althaf. Apatah lagi topik kahwin. Bercinta pun tak nak. Alih alih sekarang, berjodoh dengan kawan baik sendiri.
"Be a good wife, precious. Jadi isteri yang taat pada suami. Jangan melawan cakap dia. Jaga nama baik suami. Okay?"
Naura angguk tanda faham. Kemudian dia ukir senyum untuk ceriakan suasana.
"Abang jangan la buat drama air mata. Nanti comot makeup adik. Kang bertukar jadi pontianak harum sundal malam pulak. Lari tak cukup tanah si Thaf nanti."
Eishan bantai ketawa. Dahi adiknya dicium sekilas. Lepas ni dah tak boleh dah. Akan jadi milik orang lain.
*****
Suasana di dalam masjid penuh dengan debaran menanti kedatangan pengantin lelaki. Naura duduk bersimpuh di atas bantal yang dikhaskan untuk pengantin perempuan itu. Bakal suaminya agak lambat dari waktu yang ditetapkan. Ini yang buatkan Naura rasa nak meraung ni. Tak kan lari kot.
"Pengantin lelaki dah sampai!" jerit Fahim dari luar masjid.
Semua mata tertumpu di pintu masjid melihat Fahim dan rombongan lelaki melangkah masuk ke dalam. Pengantin lelaki segak bersongkok hitam dengan baju melayu berwarna putih bersih dan bersamping sedondon dengan Naura.
"Maaf, jalan jammed tadi. Perkara baik memang banyak cabaran. Mungkin pemandu single pakat keluar untuk sabotaj sebab tak puas hati. Orang single memang kuat cemburu." Khairul dan biul berpisah tiada.
Mendengar itu seisi masjid mengoyak senyum dibibir masing masing. Naura pula tersenyum lega. Nasib baik jadi kahwin.
Senyuman manis diberikan kepada bakal isteri yang asyik memandang langkahnya. Seolah cuba untuk menenangkan gadis itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
A Tale Of Naura
Romantik[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...