BAB 40

6.2K 233 1
                                    

Naura menaiki kereta bersama Althaf. Toyota Vios miliknya dibiarkan di dataran Lumut begitu sahaja. Bibir mencebik. Wajah sisi sosok yang tekun memandu itu ditatap penuh gelisah.

Rahang lelaki itu sedang diketap kuat. Sejak masuk ke dalam kereta, lelaki itu hanya mendiamkan diri. Cuma hening yang menemani. Jelas kesuraman antara mereka saat ini.

"Habib marah lagi ke?" dia cuba memecahkan tembok hening antara mereka.

Banyak lagi soalan yang hendak ditanya. Seperti, bila lelaki itu balik? Kenapa tak bagi tahu dia? Macam mana boleh ada dekat situ? Namun, dia simpan dahulu. Mood lelaki itu agak dingin sejak kejadian tadi.

Althaf tidak menjawab.

Lengan sasa itu dia cuba rangkul. Kepala dilentokkan di atas bahu tegap itu.

"I'm driving now, Naura." dingin.

Dia angkat kepala. Kembali bersandar pada kerusi penumpang.

"Maaf." perlahan sahaja dia ucap. Setitik demi setitik air mata jatuh. Sungguh dia terasa hati dengan sikap itu.

Dia sendiri tidak faham kenapa lelaki itu bersikap demikian. Bukan masalah besar pun dia buat. Benda tak sengaja. Terang terang bukan salah dia. Orang lain pun mungkin boleh terlibat jika bukan dia yang melintas di situ tadi.

Mata yang terlindung di sebalik cermin mata hitam itu mengerling ke sebelah. Isterinya sedang menangis. Dia ketap gigi. Signal sebelah kiri diberi. Dia berhentikan kereta di pinggir jalan. Keluhan berat dihela perlahan. Mata dipejam seketika. Nafas ditarik dalam.

Cermin mata yang tersangkut di atas batang hidung mancung itu dibuka.

"Look at me."

Tiada balasan.

Dia mendongak dagu Naura untuk mengangkat muka dan memandangnya. Wajah yang masih dibasahi air mata dikesat. Mata mereka bersambung.

"Don't cry. Sayang tahu kan habib tak suka tengok sayang menangis."

Angguk.

Tangan gadis itu digenggam kemas.

"Listen. I'm not angry to you. I'm just worried about you. Kalau aku tak ada tadi macam mana? Dah pesan kan, hati hati. I don't want to see you hurt. Kalau apa apa jadi dekat sayang, habib akan rasa bersalah seumur hidup. Dan habib akan gagal jadi seorang suami. Sebab, habib tak mampu nak jaga isteri habib sendiri." lembut dia bertutur.

Sejujurnya kejadian tadi menimbulkan rasa tidak senang duduk dalam dirinya. Bukan sebab Naura. Tapi sebab siapa pemandu kereta tadi. Kereta itu, kereta yang sama pernah mengekori Naura ke mana mana sebelum ini. Sudah lama dia tidak nampak kereta itu. And now, ia kembali. Dengan lebih agresif.

Disebabkan itu dia terbawa bawa suasana. Sehingga isteri dia yang tidak tahu apa apa itu terkena tempias sekali.

"Bukan salah habib. Salah sayang. Sayang janji lepas ni sayang lebih hati hati. Tak akan susahkan habib."

"No. Bukan itu maksud habib sayang. You don't bother me either. Will not and never. That's my responsibility and you are my priority, little girl. Habib cuma tak nak apa apa jadi pada sayang. That's all, dear. Faham?"

"Faham. Sayang minta maaf kalau sayang dah buat habib risau. I'm okay now. All thanks to you. Thank you for saving me, my Shadow."

Belakang tangan gadis itu dikucup lembut.

"Sayang nak minta satu benda boleh?"

"Apa dia?" jangankan satu, seribu pun boleh.

"Senyum la sikit. Sayang tak suka tengok muka dingin habib macam ni. Rasa di isteri tirikan." dia buat muka sedih.

A Tale Of Naura Where stories live. Discover now