Tersentak mereka yang berada di dalam bilik gelap tersebut sebaik Althaf menendang kasar pintu bilik itu. Dengan wajah bengis Althaf meluru masuk ke dalam markas mereka.
Wajah pucat tidak berdarah yang diikat pada kerusi kayu itu diperati. Ada buih putih yang keluar dari mulut lelaki yang ditangkap itu. Nampak macam kesan racun.
"Macam mana dia boleh mati?!" Dia kepal tangan. Lelaki itu masih bernyawa ketika dia keluar dari rumah. Bila sampai, dia diberitahu bahawa lelaki tadi sudah mati.
"Aku rasa dia orang dah racun dia masa kena tendang keluar." Syafiq menjawab perlahan.
"Kau cakap kau ikut dia. Tak kan kau tak nampak?" Althaf masih mengatur nada suara. Cuba untuk bertenang. Dia tidak boleh menuduh melulu.
"Aku minta maaf, shadow." Syafiq mengaku salah.
Althaf meraup wajah. Dia pandang Khairul.
"Ghost, kau sempat soal dia apa apa?"
"Ada, tapi tak banyak. Dia cuma cakap dia kumpulan lanun. Dan dia dibuang sebab tersalah langkah. Dia sepatutnya hijacked cargo ship sahaja tapi ketua mereka ada agenda lain."
"Lanun laut mana?"
"Sabah-Filipina." ujar Fahim.
"Which group?" dia sudah banyak berhadapan dengan lanun di perairan. Macam macam jenis kumpulan sudah dia tumpaskan.
"Not sure." sampuk Adam pula.
"Wolf, ada maklumat lain? Kau tahu kenapa dia orang ada dekat darat? Lebih lebih lagi tanah lumut. Jauh berbatu dengan Sabah. Apa yang dia orang buat dekat sini?"
"Setahu aku dia orang datang hantar seseorang ke darat. Aku tak pasti siapa. Jantan ni pula kena tendang sebab dia masuk campur urusan yang tak sepatutnya." Syafiq yang digelar wolf menjawab.
Althaf duduk disofa yang tersedia. Dia silang kaki. Tangan diletakkan di atas penyandar sofa. Kepala ligat berfikir.
Apa yang lanun buat dekat darat? Sini bukan tempat dia orang. Dia gumam dalam hati.
"Ghost, aku nak kau cari someone."
"Siapa?" kini semua mata tertumpu kepada Althaf. Menanti kata selanjutnya.
"Aidil Hakimi."
*****
Selesai berkebun di mini garden yang tersedia di tepi rumah, dia duduk di gazebo sambil menikmati hot chocolate bersama brownies. Tangan ditongkatkan ke belakang. Kepala dongak memandang langit. Membiarkan angin pagi meniup wajah.
Dah hilang lenguh, dia berdiri untuk memberi makan pada ikan peliharaan Althaf. Terbantut niatnya saat satu tangan mendarat dipinggang. Kemudian dia dipeluk dari belakang. Dia tidak terkejut. Dirinya sudah mengenali empunya tangan itu.
"Nak charge energy." Althaf berbisik.
Naura tidak bergerak. Memberi ruang kepada lelaki itu. Beberapa minit begitu, pelukan dileraikan. Althaf mencantumkan jemarinya dengan jemari si isteri pula.
"I want to show you something."
Kening Naura hampir bertaut. Surprise ke?
Tanpa menyoal, dia mengekori langkah besar Althaf menaiki anak tangga ke tingkat atas.
Mereka berjalan beriringan ke satu bilik yang terletak di bahagian hujung. Agak terlindung."Close your eyes." Tiba di depan pintu, Althaf memberi arahan. Naura pejam mata seperti yang diminta.
Dia dengar pintu bilik itu sudah dibuka. Berhati hati Althaf memimpin dia jalan.
YOU ARE READING
A Tale Of Naura
عاطفية[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...