FLASHBACK
Rambut panjang beralun yang tadi diikat kini dilepaskan mengurai. Tapak kaki terus melangkah. Tangan sibuk melihat media sosial. Tanpa sengaja kakinya terlanggar sesuatu membuatkan dia tersungkur ke tanah. Malang betul nasib kau Naura.
"Kau nak mati ke?!" satu suara garau menegurnya.
Gulp!
Liur ditelan kesat. Jantung berdegup makin laju sebaik sahaja dia menoleh ke belakang.
Lelaki ini nampak tak normal. Komennya dalam hati.
Eireen Naura bingkas bangun dari duduknya. Kepala ditundukkan sedikit tanda maaf terhadap kesilapannya sebelum dia bergegas beredar dari situ. Nyilu di lutut tidak dihiraukan.
Dia mempercepatkan langkah apabila merasa seperti diikuti. Air mata yang hampir mengalir cuba ditahan. Hanya Allah sahaja yang tahu rasa takut yang menyelubungi dirinya saat ini. Sudahlah jalan itu tidak banyak dilalui oleh kereta.
Naura tersentak apabila rambutnya dicengkam dari belakang. Cengkaman yang turut mendarat dilehernya menyukarkan pernafasan saat ini. Kini matanya bertembung dengan mata tajam lelaki itu. Jelas kemarahan terserlah dalam mata itu.
"Hei bodoh, kau buta ke? Kau tak nampak ke aku tengah rehat kat situ sampai kau sepak aku?!"
Eireen Naura berusaha untuk bertenang. Soalan lelaki itu dia hiraukan saja. Tangan yang menggigil perlahan lahan cuba mencari sesuatu di dalam beg galasnya. Jumpa!
Wajah lelaki itu semakin bengis melihat Naura yang langsung tidak mengendahkan kata katanya.
"Kau tak ada mulut ke bodoh?!"
Naura pantas bertindak sebelum sempat tangan kasar lelaki itu hinggap di pipinya.
"I don't talk to idiots like you!" Pepper spray disemburkan tepat pada mata lelaki gila itu membuatkan cengkaman dilehernya terlepas. Tercungap cungap dia mencari nafas. Lelaki itu jatuh terduduk sebaik tendangan mendarat di bahagian sulitnya. Tanpa membuang masa Eireen Naura pantas berlari untuk menyelamatlan diri.
____________STRETTTTT !
Pedal brek ditekan mengejut apabila seseorang tiba tiba muncul di hadapan kereta.
Gadis itu jatuh terjelupuk di hadapan BMW i8 hitam itu.
Matanya dipejam rapat. Nasib baik tak kena langgar Naura!
"Oh, shit!"
Pintu kereta dibuka dan langkah dibawa kepada gadis tersebut.
"Are you crazy?" soalnya dengan nada serius.
Naura mendongak kepala memandang wajah gelap yang bersuara dingin itu. Tanpa membuang masa, dia bingkas bangun untuk mendapatkan lelaki tersebut.
Dahi Althaf berkerut sebaik gadis itu sudah berdiri di hadapannya. Rambut gadis itu sedikit kusut. Kesan jari yang sedikit memerah pada lehernya turut diperhati. Kenapa perempuan ni? Kena culik?
Althaf sedikit terkejut apabila Naura bertindak menyembunyikan diri di belakangnya sebaik muncul seorang lelaki yang tidak dikenali. Lengan bajunya digenggam erat jelas menunjukkan ketakutan gadis itu.
"Kau okay tak ni, siapa dia?"
Naura geleng ketakutan.
"Tolong! I don't know him. He tried to hurt me." rayu Eireen Naura. Suaranya jelas kedengaran bergetar. Air mata sudah mengalir di pipi mulusnya.
Althaf diam memerhati.
"Kau siapa? Baik kau blah dari sini. Jangan nak masuk campur. Ini urusan aku dengan betina tak guna ni!" herdik lelaki tidak siuman itu kepada Althaf.
YOU ARE READING
A Tale Of Naura
Romance[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...