Popcorn disuap sebutir demi sebutir ke dalam mulut. Seronok dia mengunyah sambil menonton filem animasi bertajuk Frozen itu. Jarang sekali dia mahu menonton rancangan begitu. Tapi sejak dua menjak ini dia mudah tertarik dengan benda benda yang comel dan kebudak-budakkan kejadiannya. Ice chocolate yang dibancuh sendiri dihirup sedikit. Rasa sejuk tekak bila molekul molekul air itu melalui esofagusnya.
Tiba tiba tubuh Naura dirangkul seseorang dari belakang. Hampir berterabur mangkuk popcorn Naura.
"I'm sorry for last night, sweetheart." penuh husky suara itu berbisik di telinganya. Sejambak bunga rose dan sekotak coklat Ferrero Roche disuakan kepadanya. Naura menghembus nafas lega. Hampir sahaja dia membuka silat gayung sebentar tadi.
"Bila balik?" soal Naura apabila Althaf berjalan duduk di sebelahnya. Sempat dia menggomoi pipi Naura yang semakin tembam itu. Mungkin?
Tanpa amaran Althaf terus berbaring di atas riba isterinya.
"Baru je." jawabnya sambil merapatkan wajah ke perut Naura. Bauan gadis itu sentiasa mengoyahkan imannya.
"Ni bunga dengan coklat ni untuk apa? Buang tebiat?" satu Ferrero Roche dibuka dan dimasukkan ke dalam mulut.
"Tanda minta maaf sebab tinggalkan kau seorang semalam." perlahan suara Althaf menerpa gegendang telinga disebabkan lelaki itu masih memekup wajahnya di perut Naura.
"Cenggitu je? Tak ada memujuk pun. Bagi bagi terus berbaring dekat sini?" protes. Tak ada effort mengayat langsung.
"Sejak bila pula ayat manis laku untuk pujuk hati kau? Bukan kau kalau nampak makanan terus lupa semua masalah ke?"
Naura mecebik. Tapi betul la tu. Rambut suaminya diusap manja. Pipi lelaki itu dicium.
"Kau marah aku lagi ke pasal semalam?" tangan melingkar di pinggang ramping isterinya.
"No lah. For what? Dah kerja kan. Lagipun aku dah terbiasa kena tinggal seorang selama ni."
"Bunyi macam kecewa je. I'm sorry budak kecik. Itu dah memang cara kerja aku."
"No problem big boy. Aku ni isteri yang memahami kau tahu?"
"I know. That's why I don't want to lose you."
Naura senyum nipis.
"Just want you to know, Raissa datang semalam." tuturnya bersahaja.
Althaf terus duduk tegak.
"Buat apa? Dia kacau kau ke?"
"No lah. Dia datang untuk minta maaf. That's all." beritahunya.
Althaf tayang wajah tidak percaya.
"Yeye je minta maaf dia tu. Ikhlas ke? Sayang percaya dekat jemah tak semenggah tu?" Althaf menjuling mata ke atas.
"Ish mulut." perut lelaki itu dicubit. Althaf mengaduh kegelian.
"Betul... Dia dah berubah. Dia suruh sayang sampaikan maaf dia dekat habib. Lagipun dia dah tak ada dekat sini. Dia dah fly ke London."
"Oh. Baguslah." jawabnya mudah, ringkas dan padat. Dia kembali berbaring atas riba Naura.
"Malam ni kita keluar makan." ajak Althaf. Naura terus bersorak suka.
"Kita nak makan apa?" dia ingin kepastian. Maklum la tekak dia sekarang mengada. Nak makan kena ikut mood tak boleh main telan saja.
"Sayang nak makan apa?" dia juga belum pasti mahu makan di mana. Jika dia memandai sendiri nanti isterinya tidak suka pula. Biasalah, orang perempuan bukan boleh ditanya hendak makan di mana. Jawapan cliche dia tu satu dunia dah hafal.

ANDA SEDANG MEMBACA
A Tale Of Naura
Romans[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...