BAB 35

8K 338 4
                                        

Mulut sekejap herot ke kiri sekejap ke kanan. Sesekali dia mengeluh perlahan. Dia memintal hujung rambut. Kaki dihayunkan. Sesekali dia bersila pula di atas sofa empuk itu.

Bosan. Sebab itu dia seperti tiada hala tuju sekarang. Dia kerling sambil mencebik melihat Althaf yang tegak duduk di meja kerja dan menghadap laptop tak ingat dunia itu. Jemari laju menari di atas keyboard. Tah apa yang dia buat tak tahu.

Magrib tadi terpacul muka lelaki itu dihadapan rumah. Lepas solat jemaah dan makan malam lelaki itu terus ke dalam bilik kerjanya ini. Disebabkan dia tak tahu nak buat apa, dia ikut sekali ke sini. Konon nak temankan suami buat kerja walaupun dah dilarang.

Sudah dipesan akan lama dan dia akan bosan. Tapi dia berdegil. Akhirnya Althaf mengalah sahaja. Sekarang kan dah mendapat. Lelaki itu punya fokus macam dah lupa dia ada isteri yang cantik duduk menunggu di situ. Sepatah ditanya sepatah dijawab.

Dalam hening begini banyak pula idea jahat menerjah minda. Dia senyum sesuatu. Mata dikecilkan. Ada la agenda yang nak dibuat. Cari gaduh best juga ni.

"Banyak lagi ke?" dia pecahkan hening antara mereka.

"Almost done. Kalau sayang dah ngantuk, masuk tidur dulu. Nanti aku datang." kesian juga dia lihat isterinya menunggu di situ dari tadi. Sudah ditegah tetap juga dengan kepala sendiri.

"Sokay, belum ngantuk lagi." dia tidak tipu. Sememangnya dia seorang yang suka berjaga. Baginya waktu sekarang masih awal. Baru pukul 10 malam. Pernah sampai ke subuh dia berjaga layan Netflix punya pasal. Takat gini no hal lah.

"Ye? Ke tak boleh tidur sebab aku tak peluk? Kalau nak aku peluk beritahu jelah." selamba dia ujar kata itu tanpa memandang isterinya.

Naura jeling. Dia tak nafikan memang sekarang lena dia takkan lelap kalau tak peluk tubuh tegap itu. Aura lelaki itu sahaja yang mampu membuaikan lenanya saat ini. Biarlah orang ada laki hahah.

"Aku nak tanya sikit nih." sengaja dia buat nada serius.

"Proceed."

Amboi cenggitu je dia balas. Ingat aku ni buddy dia dekat markas? Atau muka aku sekarang ni nampak macam anak buah yang tengah minta kebenaran menjalankan tugas? Ini yang rasa macam nak gaduh betul betul ni. Naura betulkan kotak suara.

"Kau ada kerja lain tak? Gaji kau banyak sangat ke? Macam mana boleh beli rumah ni? Lepastu kau seorang je kenapa kereta sampai dua? Lepastu kenapa suka transfer duit dekat aku banyak banyak?" saja lepaskan peluru kosong. Untuk pemanasan badan aje. Tak nak pun lebih lebih usik lelaki itu.

Bukan dia tak tahu. Keluarga mertuanya itu orang berada juga. Suaminya ini pun berkedudukan. Tambahan pula, lelaki itu satu satunya putera Puan Sakinah dan Encik Ghani. Jadi sudah terang lagi bersuluh bulan malam ini Althaf itu pewaris tunggal.

Terjeda jari yang sedang menaip. Kening hampir bertaut. Dia menghadap isterinya. Lihat wajah belagak tenang itu tahulah dia gadis itu mahu mengusik. Dia bangkit dari kerusi empuk yang dihuni dari tadi. Berjalan perlahan mendekati Naura.

Melihat riak dingin itu, Naura mengesot sedikit demi sedikit. Dia salah cakap ke? Nasib tidak menyebelahi, dia sudah berada di penghujung sofa tersebut. Althaf meletakkan kedua belah tangan mengunci pergerakan Naura. Dia pandang tajam mata isterinya.

"Kenapa nak tahu?"

"Saja. Tak nak cakap tak apa." takut takut dia jawab.

"Alang alang sayang dah tanya. Dengar baik baik." dia senyum sinis. 

"Aku. Sebenarnya." dia berkata sambil memandang tepat ke dalam anak mata yang kian mengecil itu.

Perlahan lahan dia mendekatkan bibir pada telinga Naura. Gadis itu pula sudah kejung dan telan liur. Jantung Naura sudah rancak mengepam darah. Tapi dia masih tertunggu apa kata selanjutnya yang akan dibisik ditelinga yang sudah mulai panas itu.

"Member. Vincenzo. Cassano." sepatah demi sepatah dengan penuh jelas dia memberitahu.

Dia menjarakkan tubuh. Kemudian dia berdiri tegak dengan tangan yang disilangkan. Muka tak payah cakap. Memang tunggu masa nak pecah tawa sahaja. Tambah pula dengan Naura yang sudah ternganga di sofa itu. Nak sangat cari gaduh. Ingat dia je tahu nak mengusik.

Ya tuhan. Derhaka ka dia kalau dicepuk Althaf habis habisan saat ini. Mati mati dia ingat sudah salah sasaran sehingga membuatkan lelaki itu naik hantu. Rupanya dia yang akan naik hantu sekarang.

Dia bangun dan merenung tajam kepada lelaki yang sedang terkekeh itu. Tak apa malam ni dia kena. Tahulah nanti dia balas balik.

"Why little girl? Are you scared?"

Rasa nak tabik dada sendiri. I win!

Naura jongket sebelah bibir.

"Tidur luar malam ni." setelah itu dia pergi meninggalkan Althaf yang sudah terkebil di situ. Pintu ditutup kuat. Merajuk.

Althaf gabra dengan tindakan itu.

Tidur luar? Apeni tak nak. Tak nak.

                           *****

Naura menghenyak punggung kasar ke atas katil bersaiz king itu. Geram betul dia. Dia toleh memandang pintu yang tertutup rapat. Ketukan yang bertalu di situ dia endahkan. Padan muka. Ketuk la sampai subuh. Tidur luar diam diam.

"Sayang, buka la pintu ni. I'm sorry. " dia memujuk. Tapi tiada balasan.

Althaf garu kepala. Betul betul kena tidur luar ke ni? Tak nak !! Dia nak peluk tubuh genit itu. Mana boleh tidur luar. Haih. Mengalah je lah. Tak nampak cahaya kemenangan dah.

Dia membuat keputusan untuk kembali ke bilik kerjanya sahaja. Nampak gaya situ lah yang bakal dijadikan tempat tidur malam ni. Bukan tak ada bilik lain. Saja. Boleh siapkan kerja yang tertangguh tadi sekali.

Entah bila dia terlelap di atas kerusi itu dia tak tahu. Rasanya macam tengah menghadap laptop tadi. Suara hujan menimpa bumi yang menjagakan lenanya. Dia berjalan ke arah tingkap. Langsir diselak. Di luar sedang hujan. Lebat!

Dia tersedar sesuatu. Ya Allah! Isteri aku!

Dia bergegas mencari kunci pendua di dalam laci. Seraya itu dia berlari ke tingkat atas.

Naura sudah menggigil. Dia menyelebungi seluruh tubuh dengan selimut. Dia terlalu takut untuk ke mana mana. Mata dipejam rapat. Tapak tangan menutup kedua belah telinga. Saat ini dia rasa berdosa sudah membiarkan Althaf tidur di luar. Dia berharap lelaki itu sedar dan datang kepadanya.

Tergesa gesa dia mencucuk kunci untuk membuka pintu. Tombol dipulas. Hanya Naura di minda. Dia berharap isterinya baik baik sahaja. Dia tidak tahu sudah berapa lama hujan turun di luar sana.

Dia menolak pintu kasar.

"Sayang!" separa menjerit. Risau.

Naura melompat bangkit dari baring sebaik Althaf membuka pintu. Selimut masih digenggam erat. Dengan pandangan kabur dia lihat Althaf berlari ke arahnya. Air mata sudah meleleh.

Dia henyak katil. Tubuh genit yang menggigil di dalam selimut itu didakap erat. Tubuh gadis itu sejuk. Dielus lembut rambut beralun itu sehingga belakang gadis itu. Memujuk. Dieratkan pelukan apabila tangisan makin pecah. Dapat dia rasakan esakan isterinya.

"Shhh. Stop crying. Don't scared. Aku ada ni, sayang."

Dicium kepala isterinya itu lama. Berkongsi kekuatan.

Merasakan tubuh menggigil tadi semakin pulih dan tenang, dia membaringkan isterinya yang nyata sudah terlelap dek kerana menangis. Air mata yang masih basah di pipi di kesat lembut. Dia menarik selimut menyelimuti tubuh Naura sehingga paras bahu. Kemudian dia baring disebelah sang isteri.

Dia tarik Naura ke dalam dakapan. Rapat sehingga dapat dia rasakan hela nafas yang panas milik Naura. Dia peluk erat. Bahu gadis itu ditepuk perlahan membuai lena.

"I'm sorry." dengan mata terpejam Naura tutur maaf. Sayup sahaja suara tersebut. Namun dengan jarak sedekat ini kata itu mampu didengari Althaf. Tangan Naura melingkari pinggangnya. Membalas pelukan. Naura rasa tenang dan selamat. Hujan di luar juga sudah makin reda.

"You're mine, precious. Forever." perlahan dia berbisik. Sekadar untuk didengari halwa telinga sendiri.

A Tale Of Naura Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang