"Kita nak pergi mana?" mereka sedang berjalan di pinggir pantai dengan jemari yang bertaut.
"Rahsia."
"Ala, bagi tahu lah. Kita nak pergi candle light dinner ke?"
"Agak agaklah candle light dinner pian pian ni sayang oi. Diam. Ikut aje."
"Hish. Yelah."
Naura cebik bibir. Malas nak panjang cerita, kaki melangkah sahaja tanpa tahu hala tuju. Sehinggalah mereka tiba di satu tempat, di pinggir pantai. Agak jauh dari orang ramai dan dia sendiri belum pernah berjalan jalan di sini.
"Kita nak buat apa kat sini? Tak kan nak mandi kot dengan baju macam ni?" jangan buat hal lah tiba tiba ajak terjun laut sekali lagi. Dengan dress ni, memang taklah. Bukan boleh kira perangai random suaminya ini.
Yang bermain dalam minda dari tadi, mungkin suaminya akan ajak dia candle light dinner. Yelah pakai cantik cantik kan. Tapi macam lain agenda lelaki itu.
"I have a surprise for you." beritahu Althaf.
"Really? What is that?" excited dia mendengar.
"Five steps forward."
Naura patuh arahan.
Satu tapak.
Dua.
Tiga.
Empat dan.
Lima.
Cukup sahaja lima tapak, dia sudah tidak mampu berkata kata. Tangan dibawa memekup mulut akibat terharu. Matanya mula memanas. Dia kalih memandang Althaf yang sudah tersenyum padanya.
Dihadapannya saat ini tersedia sehelai picnic blanket yang lebar, berserta hiasan bergantung yang bertuliskan Happy Birthday yang sangat aesthetic.
Kemudian, ada juga papan tulis kecil yang ditulis 'Happy Birthday My Soul' dengan kapur putih dan diletakkan di penjuru blanket tersebut. Di sisi blanket itu juga, ada banyak belon belon yang berkonsepkan warna black & gold serta satu khemah kecil yang kemas.
Di atas blanket itu pula, tersedia satu meja jepun yang bersaiz comel. Ada dua batang lilin yang panjang terletak elok diatasnya. Di atas meja tersebut juga terdapat dua slice indulgence kek, spaghetti bolognese, ice green tea serta beg kertas yang berisi McDonald's dan hiasan yang sangat romantik. .
"Happy birthday, dear." tutur Althaf tiba tiba sambil menghulurkan sejambak pink roses kepadanya.
Naura terkedu. Dia sambut huluran bunga tersebut.
"Habib buat semua ni? For me?" terharu.
"Of course, dear. Siapa lagi kalau bukan suami handsome sayang ni. And, I'm sorry for being late to fulfill permintaan ni ."
"Permintaan?" otak mula memproses.
"Remember Nek Jah house's?"
Oh Ya! Dia ingat. Tempoh hari sebelum Althaf kembali ke pangkalan dia ada menunjukkan sesuatu kepada lelaki itu. Dia menunjuk satu video tiktok dimana sepasang kekasih sedang berkelah di tepi pantai. Seperti sekarang. Tapi ini version lebih romantik!
"I remember! Awwww... Thank you so much habib! I appreciate." dia memeluk Althaf seerat mungkin.
"Disebabkan esok hari terakhir kita kat sini, jadi habib plan nak celebrate awal sehari. Sayang okay kan?" Ikutkan esok baru merupakan hari lahir Naura yang ke-25. Tapi mereka akan pulang semula ke Lumut esok hari. Alang alang dah kat tempat cantik, apa salahnya awalkan sehari idok?
![](https://img.wattpad.com/cover/341041713-288-k271766.jpg)
YOU ARE READING
A Tale Of Naura
Romance[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...