DEAREST HABIB

6K 201 21
                                    

Ayden Althaf,

Assalamualaikum penghulu syurga sayang.

Tak lama lagi sayang dah nak melahirkan. Sayang tak tahu nak cakap macam mana. Perasaan sayang bercampur baur. Sayang rasa happy sangat anak kita bakal menjenguk dunia tak lama lagi. Then, you will be papa and i will be mama. How cute right? But at the same time, I'm scared. Macam mana kalau Allah ambil sayang masa tu? Tanpa sempat sayang berkongsi kegembiraan ni bersama habib. Tanpa sempat melihat betapa bahagianya habib memangku anak anak kita suatu hari nanti.

Jadi, sayang tulis surat ni untuk habib sebagai persediaan terhadap sebarang kemungkinan. Macam wasiat yang selalu ditulis oleh seorang tentera sebelum pergi operasi. Haha. Tapi, jauh di sudut hati sayang, I hope you will never find this letter nor read it. Because, hopefully I will still be with you that time. And forever. Cuma... Tiada siapa yang tahu apa bakal terjadi di waktu hadapan bukan? Like what you always said 'kita hanya mampu merancang tapi DIA yang tentukan.'

Habib. Kembar kita menjadi penguat untuk sayang sepanjang ketiadaan habib di sisi. Habib jangan risau. Sepanjang kehamilan sayang, twins kita baik sangat. Dengar cakap. Patuh macam papa dia. Sayang gembira sangat Allah tumpangkan malaikat kecil dalam rahim sayang. Walaupun sayang tak pasti sempat ke sayang lihat mereka membesar depan mata sendiri tapi pergerakan yang sayang rasa sepanjang proses membesar mereka cukup menyentuh naluri seorang ibu.

Habib. Terima kasih sebab sudi bimbing sayang. Terima kasih sebab sudi terima sayang jadi bidadari dalam hidup habib. Terima kasih tak terhingga juga sebab hadir dalam hidup sorang Naura. Terima kasih sebab setia menunggu dan mencari seorang Naura kembali. Halalkan makan minum sayang selama ni. Minta maaf kalau sepanjang sayang hidup, sayang banyak habiskan duit habib beli makanan. Insha'Allah Allah akan murahkan habib lagi lepas ni. Sayang bersyukur yang tak terhingga kerana seorang Ayden Althaf adalah cinta pertama dan cinta terakhir bagi Eireen Naura. I'm so lucky!! I'm married my crush!

Habib. Sayang nak minta maaf pada habib. Maafkan sayang atas segala dosa yang pernah sayang lakukan terhadap habib sama ada sengaja ataupun tidak. Sayang tak tahu sama ada sayang selamat atau tidak waktu melahirkan anak kita nanti. Sayang takut. Takut tak dapat nak tunaikan janji terakhir sayang untuk habib. Sayang takut kalau sayang tak selamat, sayang tak sempat nak jumpa habib, minta maaf pada habib. Well, mungkin waktu habib balik nanti, sayang dah pergi? Sayang dah berlayar ke laut yang lebih jauh dari habib dan tak akan kembali lagi? Ajal tu kan rahsia tuhan. Andai sudah tiba masanya Naura pergi nanti, sayang tak nak mati sebagai isteri derhaka. Jadi, tolong maafkan sayang ye? Thank you Althaf.

Andai sayang menghembuskan nafas terakhir di meja pembedahan nanti, habib tolong maafkan sayang kerana pergi tanpa izin habib. If you receive the news of my death when you return later, Habib jangan menangis tau? Habib kan kuat. Leftenan Komander mana boleh menangis. Nanti tak macho. Malu dekat buddy buddy di pangkalan nanti. Tak nak sedih lama lama okay? Tak elok. Habib kena ikhlas. Habib kena kuat untuk family kecil kita. Okay? Ini amanah sayang tau! No tears!!

Habib tahu? Waktu abang cakap habib hilang, sayang tak tahu nak buat apa. Sayang rasa dunia ni kosong dan gelap. Habib adalah lelaki yang sentiasa menjadi penguat sayang. Hilangnya bayang seorang Althaf maka matilah jiwa seorang Naura. Tapi. Sayang pegang teguh pada janji habib untuk kembali. Dan sayang percaya habib akan pulang suatu hari nanti. Hari hari sayang panjatkan doa kepada yang maha Esa untuk kembali kan suami sayang. Selamatkan suami sayang. Lindungi suami sayang. Tapi habib masih tiada khabar. It's okay. Ambil la masa berapa lama habib nak. Sayang akan tunggu habib sampai hujung nyawa sayang. Kembalilah Ayden Althaf. Walau hanya sebagai jasad yang dibaluti bendera. Kembalilah ke pangkuan keluarga kecil kita.

Jikalau habib selamat dan berjaya melangkah pulang ke tanah air semula, sayang la insan yang paling gembira untuk habib. Then, I will hug you tightly. Because I miss you so bad Althaf. And, I will say to you :  "Congratulations for making the country proud with your struggle dear! Sayang bangga dengan perjuangan habib. You're the best Leftenan ever!!"
   
So, habib. Seandainya Allah benar benar mengambil sayang kembali ke sisi-Nya, sayang minta maaf sebab sayang terpaksa lepaskan tanggungjawab ni pada habib seorang diri. Tapi sayang tahu habib mampu dan kuat untuk tempuhi ujian ini. Habib jangan benci anak anak kita ya? Bukan salah diorang. Allah dah tentukan takdir hidup Naura macam tu. Sebagai seorang ibu, sayang tetap akan memilih untuk selamatkan anak anak berbanding diri sendiri tak kira apa pun yang terjadi. So, please.  Jaga dan didiklah anak anak kita sebaik mungkin. Walaupun mereka kurang kasih sayang daripada seorang ibu. Tapi jangan biar mereka kurang kasih sayang daripada seorang ayah. Maka, pulanglah Ayden Althaf. Pulang...

Lastly, I'm sorry again if I really can't keep my word for you, my shadow. Don't worry. Sayang tetap akan tunggu habib, cuma kalini sayang akan tunggu habib dan anak anak kita di pintu syurga. Sebagai bidadari syurga seorang Ayden Althaf. Apapun yang bakal terjadi nanti, habib kena redha dan ikhlas dengan takdir Allah. Ingatlah, sayang melahirkan di dunia tetapi berpantang di syurga.

Kalau habib rindu sayang, pandanglah langit. Pandanglah matahari terbenam dan lautan yang sentiasa menghiasi dunia. Insha'Allah, I will be there. For you...

Sampai sini sahaja luahan daripada seorang bidadari syurga milik perwira negara. Sampai jumpa di syurga nanti. Sayang tunggu habib dan keluarga kecil kita di sana. Naura sayang habib. Terima kasih untuk semuanya. Assalamualaikum...

                                                             -EN
    

A Tale Of Naura Where stories live. Discover now