BAB 16

7.9K 311 14
                                    

Althaf membawa masuk barang milik Naura ke dalam bilik tidurnya. Gadis itu hanya membuntuti dari belakang. Mata meliar melihat seisi kamar. Simple but elegant. Satu kata yang mampu dia simpulkan tentang kamar sahabatnya. Sesuai dengan aura lelaki itu.

"Ni bilik aku. Kau tidur dalam ni. Sejukkan badan lepastu mandi."

Althaf memulakan bicara.

"Habis tu kau?" Serba salah dia dibuatnya. Kalau bilik lelaki itu diguna olehnya bagaimana dengan lelaki tersebut?

"Aku tidur dekat ruang tamu."

"Tak apa ke? Sorry aku susahkan kau."

"Tak ada susahkan apa pun Naura. Aku lelaki. Tidur dalam kereta pun tak jadi masalah. Selesakan je diri kau. Pandai pandai la aku hidup." kata Althaf sambil berlalu ke almari yang tidak jauh dari tempatnya berada.

Naura pula berdiri di tepi single bed dan memerhati Althaf yang sedang mengambil toto, selimut dan bantal dari dalam almari.

"Jangan tidur lambat. Kibas dulu katil sebelum tidur. Kalau panas buka tingkap tapi jangan luas luas. Kang nyamuk tak masuk jembalang yang masuk. Apa apa panggil. Aku ada kat depan. Kunci pintu ni."

Althaf membuka langkah keluar dari bilik tersebut dan berdiri di depan pintu. Naura bergerak ke arah pintu untuk menguncinya seperti yang diarah oleh lelaki tadi. Setelah memastikan gadis itu sudah mengunci pintu bilik dia bergerak ke ruang tamu.

Dia menghampar toto tadi ke lantai. Bantal diletakkan. Dia berbaring di atas toto. Baru gaya hendak terlelap telefonnya menjerit minta diangkat. Dia meraba raba mencari sumber suara. Sayang mahu mencelik mata. Malas malas dia mengangkat panggilan.

"Tolong, maruah aku dinodai."

Kedengan suara merengek di hujung talian. Dia jauhkan telefon dari telinga. Tenung sesaat. Kemudian dia mendengus kasar. Jantan tak guna!

"Shadow kau dengar tak aku cakap ni?"

"Kau nak apa tengah malam buta ni bebal?!"

Althaf memandang jam di dinding. 2:00 pagi. Lelaki ini memang sengaja menguji kesabarannya. Siaplah dia jika bercakap benda yang tidak penting.

"Maruah aku tercalar shadow, huhu."

"Hoi bodoh, jantan mana yang terliur tengok kau?"

"Bukanlah babi!"

"Then? You better not be silly. Aku mengantuk ni bengap!"

"Petang tadi, aku jumpa Anna kat supermarket lepastu....."

Tutt....

"Hello?! Thaf?!"

Khairul memandang skrin telefon yang sudah gelap. Terkedu dia dibuatnya. Berani lelaki itu menamatkan panggilan daripanya? Dan dia belum sempat memulakan cerita lagi? Tak guna punya kawan. Tak apa. Ada ubi ada batas ada hari aku ambil kapal langgar kau. Biar mati katak sebab menyakiti hati suci aku ni!

Althaf kembali untuk melelapkan mata. Sakit hati dengan Khairul bebal masih terasa. Gila ke apa telefon pagi pagi buta semata mata nak bercerita pasal crush? Buang buang masa dia nak melayan. Tidur lagi bagus.

Naura merenung siling. Kepala ligat berfikir. Nak bagi tahu ke tak nak? Dia bergolek di atas katil. Kemudian bangkit mundar mandir di tepi katil pula. Dia memandang telefon dan pintu silih berganti. Apa yang perlu dia buat? Telefon dicapai. Ruangan chat Althaf dibuka. Laju jari jemari menari di atas papan kekunci. Butang send ditekan

Ting!

Althaf meraup rambut ke belakang. Apa lagi mamat tu nak? Kalau ada depan mata ni memang dia tembak lelaki itu. Notification dipandang dari luar. Althaf pantas bangkit dari baring melihat nama yang tertera.

A Tale Of Naura Where stories live. Discover now