Bau tomyam yang menusuk hidung menarik perhatian Naura. Dia tersengih. Novel yang dibaca ditutup dan dibiarkan di atas katil. Dapur dituju. Dia melihat maksu Aini dan Nek jah sedang memasak di dapur. Orang tua Althaf sudah balik ke Perak malam tadi. Althaf subuh subuh sudah berangkat ke lumut.
"Ha Aura. Mai makan. Maksu dah siap masak dh." Ajak nek jah.
Naura menuruni anak tangga menuju meja makan. Serba salah dia dibuatnya. Bukan dia tidak mahu menolong tapi dua orang wanita itu menghalangnya memasuki dapur semasa mereka memasak sedari tadi. Katanya surprise. Jadi dia membuat keputusan untuk membaca stok novel yang dibawa.
Di atas meja tersedia tomyam, telur dadar, dan lauk kampung. Terliur dia melihat. Dia mencedokkan nasi ke dalam pinggan lalu diberi kepada Nek Jah dan maksu Aini. Mereka memandang pintu dapur apabila satu suara memberi salam. Laju wanita itu meluru masuk dan duduk di hadapan Naura.
"Elok la hang mai mira Kami baru nak makan. Jemputlah sekali." Maksud mempelawa.
"Maksu ni macam tahu tahu je." Dia menyua pinggan kosong kepada Naura minta dicedokkan nasi. Naura yang baru mahu menyuap nasi terhenti. Dia pandang tajam ke arah mira. Tak ada tangan ke?
"Kamu takdak tangan ke? Cedok la sendiri. Makan diberi minta layanan lebih lagi?" Nek Jah membidas. Tertunduk mira menahan malu. Naura gigit bibir menahan ketawa. Manja kali dia.
Naura duduk di pangkin kayu tekun bermain telefon. Dia menoleh saat seseorang datang duduk disebelahnya.
"Aku dengar hang cuma kawan dia ja. For your infomation, aku dengan abang Ayden dah kenai lama tau." mira bersuara tiba tiba.
Berkerut dahi Naura. Siapa tanya? Dia abaikan kata kata gadis itu. Kenal lama? Terang lagi bersuluh cahaya matahari Naura lebih berusia darinya. Bukan dia tidak tahu si mira itu baru berumur 18 tahun. Terjongket sebelah bibirnya. Mengarut la seorang seorang.
"Hey pompuan bandar. Aku tak tau apa motif hang tiba tiba mai. Tapi aku nak warning hang. Abang Ayden tu aku punya."
Terhembur tawa Naura. Mira di sisi dipandang.
"Dik, belajar rajin rajin dulu baru fikir pasal cinta ye?"
"Tak payah sembang lebih la. Umur kita bukan beza jauh pun."
"Jauh atau tak, the fact is aku kenal dia sebelum kau wujud dalam perut mak kau lagi. Jadi jangan suka suka nak claim dia kau punya. Pandang kau pun dia taknak lah. Budak mentah."
Naura bangkit dari duduk. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Malas nak layan. Skrin telefon dipandang. Lambat lagi ke lelaki tu nak balik? Dia sudah bosan tinggal sendiri. 4 petang. Cuaca yang baik untuk bersiar. Ting. Seperti mentol muncul di atas kepala. Dia mengukir senyum apabila dia mendapat satu idea. Kelibat maksu dan nekjah dicari. Tiada. Mungkin belum balik dari rumah kenduri. Dia mengambil sehelai kertas dan menulis sesuatu diatasnya. Kemudian dia letak di atas meja.
Indahnya dapat berjalan di sekitar kampung. Mujur dia masih ingat jalan jalan di kampung itu. Langkah bergerak menuju pondok kecil yang disinggah bersama Althaf tempoh hari. Kata Althaf pondok itu milik papanya. Jadi dia boleh ke situ bila bila masa. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati. Betulkah apa yang dia buat sekarang ini? Althaf ada berpesan padanya jangan keluar sendiri tanpa dia.
Dia geleng kepala. Fikiran negatif diusir. Telefon dikeluarkan. Dia ingin membuat merakam pemandangan kampung ini. Tiba sahaja di pondok itu dia duduk berehat. Penat berjalan ke sini. Dia meregangkan badan sedikit. Langit dipandang. Nampaknya hujan akan turun. Dia perlu cepat pulang. Niatnya terhenti apabila mendengar suara yang datang dari belakang. Belum sempat dia menoleh melihat siapa gerangan yang datang..
PAK
Naura jatuh terjelupuk di atas tanah. Kepalanya berdenyut akibat dipukul oleh sesuatu yang keras. Siapa? Dia geleng kepala berkali kali. Dia tidak boleh hilang kesedaran. Dia perlu lihat siapa lelaki itu. Namun kepalanya terasa sangat berat. Mata samar samar melihat lelaki yang berlalu pergi. Setelah itu perlahan mata terpejam. Dia hilang kesedaran sepenuhnya.
*****
Setelah mematikan enjin kereta. Althaf berlari meredah hujan ke tangga rumah. Baru sahaja dia mahu memberi salam, wajah maksu aini sudah terpancul di depan pintu. Dia kerut dahi melihat wajah gelisah ibu saudaranya itu.
"Kenapa maksu?" Dia kuatkan suara untuk bertanya memandang hujan turun dengan lebat saat ini.
Maksu aini bergegas mendapatkan dirinya.
"Eloklah hang dah balik. Maksu baru nak keluar cari Aura."
Jantung Althaf mengepam laju. Gadis itu tiada dirumah?
"Dia pergi mana maksu?"
"Maksu taktau. Dia tulis kat surat ni kata nak ronda kampung. Tapi sampai sekarang tak balik lagi. Puas maksu call tapi telefon dia mati."
Althaf pejam mata. Rambut diraup kasar. Kemana gadis itu pergi? Sudahlah saat ini hujan sedang deras. Dia pasti gadis itu sedang ketakutan sekarang.
"Takpa maksu masuk dulu. Biar along cari."
Maksu Aini mengangguk. Kemudian Althaf kembali ke kereta. Uniform kerja yang sudah basah dibiarkan. Dia perlu mencari gadis itu segera.
*****
Naura memegang kepala yang berdenyut. Dapat dia rasakan air yang menimpa dirinya. Mata dibuka perlahan lahan. Hari sudah gelap. Syukurlah dia tidak dibawa ke tempat lain. Dia bangkit dari baring. Cecair merah yang sudah kering di dahi dipegang.
Tubuh Naura menggigil hebat saat dia sedar hujan disekelilingnya. Dia memeluk lutut. Tangan dibawa menutup telinga. Mata di pejam rapat. Guruh yang bersambung di langit menambahkan ketakutkan dalam diri.
Air mata deras mengalir bersama air hujan. Dada terasa sesak. Peristiwa hitam kembali menghantui dirinya. Mulut tidak henti henti memanggil orang yang dia sayang."Abang tolong. Adik takut. Umi, abah. Adik nak balik."
Althaf meliarkan mata melihat ke arah luar tingkap. Dia sudah melalui seluruh kampung tapi tiada kelibat Naura. Kemana gadis itu pergi? Otak ligat berfikir. Pondok? Ya pondok papanya. Dia yakin gadis itu ada di sana. Pedal minyak ditekan rapat. Audi miliknya meluncur laju.
Dia melepas nafas lega apabila melihat gadis itu di pondok tersebut. Pantas dia keluar dari kereta. Hampir terhenti jantungnya melihat keadaan gadis itu. Dia berlari laju ke arah Naura yang sudah teresak dalam tangisan dengan mata yang terpejam. Uniform yang dipakai dibuka. Dia menyarungkan tubuh gadis itu dengan uniform miliknya. Kedua bahu gadis itu dipegang. Terkesima dia apabila Naura tiba tiba meronta ronta.
"Lepas! Lepaskan aku. Aku nak balik!"
Makin hebat gadis itu menangis.
"Hey hey! It's me. Naura open your eyes!"
"Lepaskan aku!" Naura memukul mukul dirinya. Gadis itu seperti hilang kawalan.
Lantas Althaf menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukan. Naura meronta minta dilepaskan. Dia mengunci kedua dua tangan gadis itu. Belakang gadis itu diusap perlahan agar bertenang.
"Shhhh.... Don't cry. I'm here. Kau dah selamat." Althaf membaca doa perlahan di telinga Naura. Dia patut datang lebih awal. Dia tidak patut membiarkan gadis ini seorang diri.
Dapat dia rasakan tubuh yang menggigil tadi beransur tenang semula. Belakang rambut gadis itu diusap lembut. Althaf tunduk memandang gadis itu. Dia sudah tidak sadarkan diri. Althaf mencempung gadis itu ke dalam kereta. Dia perlu balik dengan cepat.
*****
Tuala basah diperah lalu diletakkan di atas dahi Naura. Althaf memandang wajah pucat lesi gadis itu. Sudah seharian gadis itu tidak sedarkan diri. Matanya terhenti pada luka di dahi. Bagaimana dia boleh terluka?
"I'm sorry my soul."
![](https://img.wattpad.com/cover/341041713-288-k271766.jpg)
YOU ARE READING
A Tale Of Naura
Romance[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...