iPhone yang berdering mengusik lena Naura. Dia menggeliat kecil. Telefon di capai. Ikon hijau digeser.
"Hm?" Naura bergumam. Mata masih pejam. Mengantuk.
"Bangun."
"Nak pergi mana? I'm sleepy Althaf."
"Wake up. Jom jogging."
"Hah?" Gila ke apa lelaki ini. Sudahlah dia baru balik. Penat pun masih tersisa. Boleh pulak dia buat last minute plan yang memerlukan tenaga begini.
"Lagi 10 minit aku sampai. Cepat."
"Tapi.." senyap. Althaf sudah menamatkan panggilan. Naura bebai di atas katil. Kenapa lah dia dapat kawan macam lelaki itu. Teringat akan sifat biul si Althaf, malas malas dia bergerak ke bilik air.
Untuk sesi berjogging dengan sahabat 'tercinta', Naura mengenakan legging dan jersey sahaja. Rambut diikat ekor kuda. Terserlah leher jinjangnya yang mulus itu. Topi yang dihadiahkan oleh Althaf diambil dan dipakai. Menyorokkan wajah dari sinaran UV.
Ting.
Satu notification masuk. Massage dibuka. Dia lihat Althaf menghantar satu selfie yang menggeletek hati untuk menunjukkan dia sudah berada dihadapan rumahnya. Tapi yang lebih menarik perhatian Naura adalah topi yang dipakai oleh lelaki itu. Sama dengan miliknya. Naura tersenyum. Macam tahu tahu sahaja. Sebenarnya, topi itu sepasang. Satu diberi kepadanya dan satu lagi disimpan oleh lelaki itu.
Naura keluar dari rumah. Dia melambai ke arah kereta Althaf yang elok pegun di hadapan pagar rumah sewanya. Selesai sahaja mengunci kesemua pintu dia berjalan ke arah kereta. Setelah selamat masuk ke dalam perut kereta, Audi itu meluncur laju di atas jalan.
*****
Taman Rekreasi Jaya.
Jam menunjukkan pukul 7:30 pagi. Ramai manusia tak kira lingkungan sedang asyik beriadah di taman itu. Satu gazebo yang berada berhampiran tasik dihuni. Naura duduk bersandar pada tiang setelah selesai memanaskan badan. Mata dipejam sekejap. Lima minit pun jadi la. Althaf pula masih sedang memanaskan badan.
"Hensemnya lelaki tu. Cuba kau tengok muscle dia. Elok weh." ujar seorang perempuan yang sedang berjalan disitu.
"Apa kata kau pergi try. Mana tahu single." balas perempuan seorang lagi.
Terbeliak mata Naura yang konon hendak dibuai mimpi tadi sebaik mendengar suara gedik berbisik. Nama ja berbisik tapi macam nak bagi satu taman dengar.
Dia jegil mata melihat dua perempuan yang sedang menggelitis tidak jauh dari dia dan Althaf berada. Kemudian, dia usya Althaf yang beriak selamba seperti tiada apa terjadi. Naura pandang atas bawah.
Lelaki itu pun satu. Perlu ke pakai baju yang terdedah otot ototnya itu ke sini. Tak tahu ke banyak mata gatai memandang. Nak show off pun tak bertempat. Mentang mentang body lawa.
Melihat perempuan tadi sudah membuka langkah untuk menggatal, pantas dia bangkit dari gazebo dan berdiri di sebelah Althaf. Lengan sasa itu ditampar.
"Adoi." Althaf menggosok lengan yang menjadi mangsa dera tangan kecil itu. Pedih.
"Cepat lah. Kata nak jogging. Tunggu apa lagi?"
"Eh? Asal aku pulak? Kau la yang lembab. Kerja nak membuta." Althaf bela diri. Period ke apa perempuan tu. Datang datang nak marah marah. Namun gadis itu tidak membalas. Malah sudah berlari ke hadapan. Alah kejap je nak kejar.
Althaf berlari beberapa tapak. Kini dia sudah beriringan dengan gadis itu. Tak sia sia kaki panjang.
*****
Pulang sahaja dari berjogging, Naura bersiap untuk keluar bersama Anna pula. Mereka berjanji untuk keluar shopping bersama hari ini memandangkan gadis itu pulang untuk spend time bersamanya.
Naura dan Anna berjalan sambil berganding tangan di dalam mall besar itu. Kaki melangkah ke dalam setiap kedai yang dilalui. Dan sudah tentu mereka tidak akan keluar dengan tangan kosong dari setiap kedai tersebut. Tangan sudah dipenuhi dengan pelbagai beg kertas berjenama. Woman behavior.
"Babe, aku nak pergi ladies kejap."
Tatkala itu Naura melihat ada satu kerusi menunggu berdekatan dengan toilet itu. Boleh la dia berehat sementara menunggu Anna. Penat kaki mengukur seluruh bangunan mall besar itu. Daripada tadi tidak berhenti.
"Okay, aku tunggu kau dekat sana." Naura menunjuk ke arah kerusi itu. Anna mengangguk faham.
Dia meletakkan beg kertas berjenama itu diatas kerusi tersebut.
PAK.
Kedengaran seperti sesuatu jatuh berhampirannya dia tunduk ke bawah.
Purse. Siapa punya? Dia berdesis sendiri. Purse Charles and Keith putih itu diambil. Mata melilau mencari pemilik dompet tersebut.
"Cik?!" Suara dinaikkan satu oktaf untuk memanggil seseorang yang tidak jauh daripadanya. Gadis yang memakai dress merah bersama bawal hitam itu menoleh apabila diseru. Melihat gadis itu berhenti dari melangkah, Naura berjalan kearahnya pula. Dompet yang dikutip tadi dihulurkan.
"Cik terjatuhkan purse ni tadi." sopan dia memberitahu. Gadis itu terkejut sesaat. Kemudian dia menerima huluran.
"Thank you." lembut gadis itu mengucapkan terima kasih kepadanya. Naura menguntum senyum. Cantik dan lembut orangnya.
Gadis itu senyum sebaris sebelum beredar pergi."Siapa tu?" Terhinjut sedikit bahu Naura.
"Tak ada siapa. Jom balik. Aku dah penat dah." dia raih tangan Anna. Setelah itu mereka berjalan keluar dari mall tersebut dan pulang ke rumah sewa Naura. Anna akan menginap di sana bersamanya.
*****
Kereta Toyota Vios merahnya elok diparkir di bawah garaj. Anna mengambil barang barang yang dibeli tadi dari bahagian belakang.
"Anna!"
"Ya!" Anna menyahut panggilan Naura yang sudah berada di dalam rumah. Setelah memastikan tiada lagi barang yang tertinggal dia membuka heels dan masuk ke dalam.
"Naura, kenapa?" Anna bergegas ke arah sepupunya yang terjelupuk di tepi sofa ruang tamu. Mata beralih melihat tempat yang dipandang gadis itu.
Terbuntang matanya melihat serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai. Spontan dia menutup mulut apabila melihat dua ekor bangkai tikus yang berlumuran darah terletak elok di tengah ruang tamu itu.
"Angkara kucing ke ni?" Anna masih cuba bersangka baik.
"B-bukan k-kucing." terketar ketar gadis itu bersuara.
"Habis tu?" Dia mula tidak sedap hati.
"T-tadi masa aku nak m-masuk, pintu tak b-berkunci. Aku i-ingat abang Eishan ada kat dalam. Tapi bila masuk...." Dia tidak sanggup menghabiskan kata. Memang betul abangnya ada memaklumkan yang dia akan datang berkunjung hari ini.
Anna memeluk tubuh Naura yang terketar itu.
"Kenapa tak tutup pintu?" Terjerit dua gadis itu. Mata dipejam. Takut.
Eishan Nazeem bergegas kearah adiknya yang ketakutan. Tubuh gadis itu dipeluk. Naura membuka mata apabila halwa telinga mengenali empunya suara.
"Hey, precious. Kenapa ni?"
"Abangg..." Dia menangis di dalam pelukan abangnya.
"Apa yang jadi?" Soal suara lain.
Naura meleraikan pelukan mendengar suara tersebut. Dihadapannya saat ini ada dua orang lagi selain abangnya. Althaf dan Khairul. Kini tiga pasang mata itu tidak lepas dari memandang situasi yang berada di ruang tamu itu.
YOU ARE READING
A Tale Of Naura
Romance[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...