BAB 39

5.4K 205 3
                                    

Pintu kaca Starbucks itu ditolak. Suasana masih lenggang. Mungkin sebab sudah lepas waktu makan tengah hari. Jadi semua manusia lain sedang giat berkerja di tempat masing masing. Rambut yang diikat ekor kuda dibetulkan sedikit.

Disebabkan tidak ramai pelanggan, jadi mudah sahaja matanya mencari sosok yang ingin berjumpa dengannya. Lelaki berkemeja maroon itu sedang tersenyum sambil melambai ke arahnya. Langkah dibuka ke arah meja tersebut.

"Sorry lambat. Dah lama sampai?" dia tutur maaf sambil melabuhkan punggung.

"It's okay. Aku pun baru je sampai."

Kepala angguk. Lega. Takut juga lelaki itu kena sidai dengannya.

"Kau duduklah dulu. Aku pergi oder kejap. Belgium chocolate cream frappucino, right?" Haziq ingin kepastian.

"Yes, please. Don't forget, 2 scoop choco chip." Tambah Naura.

Memang kalau ke sini, itu sahaja yang selalu dia pesan. Tak sangka Haziq masih ingat. Selalu juga dia melepak dengan lelaki satu ini zaman uni dulu. Jadi tak peliklah kalau dia tahu minuman kesukaan Naura di sini.

Setelah menunggu, Haziq kembali bersama dua Belgium chocolate cream frappucino. Dan satu disuakan kepadanya.

"Terima kasih."

"Sama sama. Kau datang ni, suami tahu tak?"

Air disedut dahulu sebelum menjawab.

"Dia tak ada. Pergi operasi. Tapi aku ada la WhatsApp. Nanti dah balik dia baca la tu." terang Naura. Walaupun suaminya sedang dalam operasi, dia masih perlu memberitahu kepada lelaki itu. Dia juga ada memaklumkan kepada Eishan tentang perjumpaan ini. Tak nak timbul fitnah pula kemudian hari.

Melihat Haziq angguk Naura menyoal pula.

"Ada apa kau nak jumpa aku?" sudah lama juga dia tak nampak si Haziq ni. Last jumpa masa kenduri kahwin dulu je. Disebabkan dia dah jadi isteri orang, dia endahkan sahaja la.

"I have good news." Haziq senyum penuh makna.

Naura masih menanti.

"Kali ni aku dapat naik ship dengan kau. Kita boleh berlayar sama. Jadi kita akan tukar shift dua nanti."

"Serius la? Macam mana kau minta?" Teruja dia mendengar.

Waktu masuk kerja dulu, kecewa juga dia bila Haziq tidak satu kapal dengannya. Sedangkan mereka sudah berjanji dari belajar dulu lagi untuk kerja sama sama. Tapi tak ada rezeki. Mujur ada si Anis tu untuk berborak.

"Biasalah cable." Haziq garu hujung kening.

Naura sudah melepas tawa. Faham.

Normal ya cable begitu di Malaysia. Petik jari je settle. Tapi kadang ada keburukkannya juga. Kesian untuk orang yang memang memerlukan tapi ditindas oleh kaum cable begini. Harap lepas ni keadilan lebih diutamakan. Tidak kira pangkat atau sebagainya.

Sedar tak sedar sudah sejam mereka berborak. Rasa tak manis pula. Sudahlah dia bukan lagi single seperti dulu yang boleh goyang kaki lama lama bersembang dengan si Haziq ni. Tapi tulah, lalai pula. Lama tak berjumpa begitulah.

Dia meminta diri untuk pulang terlebih dahulu.

"Eh, dah lewat ni ziq. Aku balik dulu lah. So, see you for the next cruise."

"Sure. Take care Reen." balas Haziq dengan senyuman.

Terkocoh kocoh Naura setelah pamit untuk pulang. Cup Belgium chocolate tidak dilupa. Sempat dia capai sebelum bangkit pulang.

Haziq yang memerhati geleng kepala melihat telatah kawannya itu. Tidak berubah walaupun sudah berstatus isteri. Tidak sabar dia rasa untuk mulakan hari kerja di tempat yang sama dengan gadis itu.

A Tale Of Naura Where stories live. Discover now