Pintu rumah teres setingkat milik Althaf dibuka.
"Jemput masuk, tuan. Maaf, rumah saya biasa biasa je. Maklumlah bujang." pelawa Althaf.
Eishan Nazeem menurut.
"Kenapa tak tinggal dalam kem?"
"Saya memang duduk sana tuan, esok saya balik. Kadang kadang saja balik singgah rumah ni. Risau jugak kalau ditinggal lama lama tak berpenghuni."
Eishan Nazeem sekadar angguk.
"Sorry tuan, saya tertinggal laporan tu tadi. Menyusahkan tuan pula nak kena datang sini."
"Tak apa. Saya pun dah habis waktu kerja."
"Tuan duduklah dulu, buat macam rumah sendiri. Saya pergi ambik fail tu kejap." Althaf menunduk sedikit seraya menuju ke bilik kerjanya.
Laci dibuka. Dokumen yang dikehendaki dicapai. Belum sempat dia berpatah ke arah pintu, seseorang telah membukanya dari luar. Serta merta wajah Eishan Nazeem muncul di balik pintu.
"Maaf. Saya dari toilet tadi, saja jalan jalan tengok rumah ni. Cantik. Kemas pula tu." Eishan memuji.
'Jalan jalan'. Ayden Althaf tergelak kecil mendengar penjelasan atasannya.
"Biasa ja tuan. Terima kasih. Kalau tuan nak jalan jalan dalam office saya ni sekali, sila lah. Saya nak ke dapur." Althaf memberi isyarat tangan seperti mempelawa masuk ke dalam bilik kerjanya itu.
"Tuan nak minum apa?"
"Nescafe boleh?"
"Boleh tuan. Tunggu sekejap ya."
Eishan Nazeem angguk dan senyum sebaris.
Sedang matanya melilau melihat ruang kerja itu, tiba tiba sesuatu menarik perhatiannya.
Bingkai gambar yang terletak diatas meja kerja Althaf diambil dan dibelek. Keningnya bercantum sebaik melihat wajah yang terdapat dalam gambar itu. Gambar seorang budak perempuan lingkungan 12 tahun yang agak montel dan berambut pendek paras bahu.
Naura. Dia yakin itu gambar adiknya sewaktu kecil. Gigi diketap menahan amarah. Tangan dikepal kuat. Siapa sebenarnya lelaki ini?
Pintu dikuak oleh Althaf. Entah kenapa suasana di dalam bilik ini menjadi dingin serta merta sebaik sahaja dia melangkah masuk.
Dulang air yang dibawa diletakkan di atas meja kopi dihadapan sofa. Dia menoleh ke arah Eishan Nazeem.
"Jemput minum, tuan." pelawa Althaf mesra.
Kelihatan wajah tidak beriak itu sudah memerah seperti menahan amarah besar. Pandangan matanya tajam seolah bila bila masa boleh membunuh mangsanya.
"Ada ap..."
Dia baru ingin membuka mulut namun sekelip mata Eishan Nazeem telah melayangkan satu tumbukan di wajah tampannya. Althaf terkesima.
Kolar uniformnya dicengkam. Althaf cekap menghalang tangan atasanya sebelum satu lagi tumbukan hinggap di wajahnya. Tiada niat untuk melawan, hanya sekadar mempertahankan diri.
Seraya itu, Eishan Nazeem bertindak mendorong tubuh kekar lelaki itu pada dinding lalu mengunci pergerakan Althaf.
"Siapa kau?!" jerkah Eishan Nazeem.
"Kenapa ni, tuan?"
Bingkai gambar tadi dilayangkan dihadapan wajahnya. Althaf mengerutkan dahi. Dia masih tidak faham apa yang terjadi. Kenapa dengan gambar itu?
"Saya tak faham tuan. Apa maksud tuan saya siapa?" Althaf menayang wajah buntu.
"Jangan pura pura bodoh!"
Satu lagi tumbukan hinggap, tapi kali ini di perutnya pula. Wajah Althaf berkerut menahan kesakitan. Dia tidak sempat menepis serangan tadi.
"Tuan." seru Althaf yang masih merasa senak di perut.
Eishan Nazeem melepaskan cengkaman. Eishan mengeluh. Rambutnya diraup kasar kebelakang. Dia membongkokkan sedikit badan untuk separas dengan lelaki tersebut.
"Explain. Kenapa gambar adik aku boleh ada dekat sini? Kau siapa?!"
Pantas Althaf mengangkat kepala. Wajah Eishan dipandang lama sebaik mendengar pertanyaan itu.
Bingkai gambar dicapai dan dibuka. Lalu sekeping gambar didalamnya dikeluarkan. Althaf bangkit berdiri. Nafas ditarik dalam.
"Betul dia adik tuan?" Althaf ingin kepastian. Walaupun dia memang yakin tentang status mereka.
Melihat wajah dingin atasanya itu bermakna dia benar.
Ayden Althaf tergelak kecil. Rancangannya menjadi. Darah di hujung bibir dikesat.
"Ini sahabat kecil aku."
Lipatan gambar dibuka lalu diberikan pada Eishan. Ternyata, Naura tidak bersendirian di dalam gambar itu. Ada seorang budak lelaki lingkungan remaja bersamanya. Dan dia pernah lihat budak lelaki itu.
"That's me, Eishan." Althaf bersuara.
Mata Eishan Nazeem dingin menatap mata milik Althaf. Dahi berkerut.
SEBELUM KEJADIAN
Althaf pejam mata erat. Lengan sasanya diletakkan atas dahi menghalang cahaya lampu menusuk mata. Pintu bilik diketuk.
"Masuk."
Dia celik sebelah mata untuk melihat siapa gerangan yang datang menemuinya.
Khairul. Dia pejam mata kembali.
"Nak apa?"
"Kau kenapa tiba tiba blah tadi?"
Diam.
"Hoi biul! aku tanya ni. Kau dengar ke tidak?"
"That's her."
"Apa dia?"
"Aku dah jumpa dia, Leftenan Muda Khairul Ashraf." perli Althaf.
Khairul terkejut.
"Sumpah? Kat mana? Bila? Macam mana? Kau yakin tu dia?" bertubi tubi soalan dia lemparkan.
Althaf membuka mata. Dia membetulkan duduknya. Anak matanya mengecil memandang Khairul, tajam.
"Tak sekarang ni, dia aku punya. Kau yang excited lebih asal?"
Khairul menggosok belakang lehernya. Betul juga tu.
"Perempuan tadi, adik kapten Eishan."
Hampir jatuh rahang Khairul mendengar penyataan itu.
"Kau biar betul." tidak percaya.
"80/20. Macam yang kau cakap dulu, bukan dia seorang nama Naura dalam dunia ni. Then, aku terima kenyataan tu. Tapi yang buat aku yakin sekarang sebab Kapten. Tak logik la kalau sampai nama abang pon boleh sama kan? Coincidence? Hah! Impossible. Hati aku kuat mengatakan ini semua bukan kebetulan biasa."
"Habis itu, kau nak buat apa sekarang?"
"I have my own way."
Khairul diam. Kalau betul apa yang diduga oleh Althaf. Sungguh dunia ini kecil. Setiap pelusuk dicari selama ini ternyata yang dicari sudah lama bermain di depan mata.
YOU ARE READING
A Tale Of Naura
Romansa[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...