"Kau okay?" Anna menyoal Naura yang sedang menonton drama korea Descendants of The Sun sambil makan popcorn itu. Dah berapa kali diulangnya Anna pun tak tahu.
Sudah dua minggu gadis itu menginap di rumahnya. Teringat waktu gadis itu datang mengetuk pintu rumah malam malam buta dengan wajah yang dibasahi air mata. Tersedu sedu menangis. Tup tup hari ini boleh ketawa layan drama korea.
"Gila tak okay tenung muka Song Jong Ki ni. Elok betul jodoh orang." Sebutir demi sebutir popcorn disuapkan ke dalam mulut. Mata masih fokus melihat hero drama korea yang sedang gelabah berlari selepas diserkap jarang oleh kekasih masing masing. Kelakar.
Anna geleng kepala. Dah biul agaknya. Kemudian, Anna tumpang sekaki menonton drama itu bersama sepupunya. Haih. Tiba tiba teringat kekasih hati.
"Ha kau kenapa. Teringat abe Khai ke?" Naura serkap jarang. Dia tahu kekasih hati sepupunya itu sedang dalam operasi. Maknanya begitu juga dengan lelaki lagi satu. Namun dia malas hendak kisah. Sudah dalam fasa move on. Untuk kali keberapa tak tahu.
"Sikit lah" Anna melentokkan kepala di atas bahu Naura. Naura ketawa. Panahan cinta la katakan. Setelah itu kedua duanya asyik melayan drama korea tersebut.
*****
Naura dan Anna memulakan perjalanan untuk pulang ke Perak. Pagi pagi buta uminya sudah menelefon mintanya untuk pulang ke rumah. Katanya ada urusan penting. Memandangkan Anna sedang cuti sekolah, dia angkut la sekali.
Seperti memahami suasana hati, lagu Enchanted by Taylor Swift dimainkan oleh radio. Anna dan Naura saling berpandangn sesaat. Memberi isyarat. Kemudian mereka senyum busuk. Bermulalah sesi karaoke sepanjang perjalanan.
"This was the very first page
Not where the story line ends
My thoughts will echo your name, until I see you again
These are the words I held back, as I was leaving too soon
I was enchanted to meet you"Bersungguh sungguh kedua gadis itu menyanyi. Kini giliran Naura pula menyanyikan bahagian kemuncak secara solo.
"Please don't be in love with someone else.
Please don't have somebody waiting on you.
Please don't be in love with someone else.
Please don't have somebody waiting on you."Terasa relate pula lirik itu dengan hidupnya. Andai dia bisa mengutarakan itu didapan wajah lelaki tersebut. Haih..
*****
9 malam. Akhirnya sampai juga Lumut. Nak putus urat pinggang dibuatnya. Naura lihat ada satu van yang dipenuhi bunga yang pelbagai jenis di depan pagar. Bukan main banyak pasu bunga uminya keliling rumah, tak cukup lagi ke? Tidak mahu mengusutkan kepala dia berjalan ke dalam rumah.
Masuk sahaja ke dalam banglo dua tingkat itu, automatik Anna dan Naura menjadi patung cendana. Siapa pula yang pacak pelamin tengah tengah laman ni? Mereka menilik pelamin yang sudah siap elok dipasang. Cantik jugak. Simple. Tema white floral. Tapi siapa yang nak kahwin? Jangan jangan....
Mata meliar mencari si abang. Jumpa.
"Abang!"
Terhinjut bahu abangnya. Eishan mengurut dada.
"Apa adik ni?"
"Abang. Sampai hati nak kahwin tak bagi tahu adik. Nasib lah umi call suruh balik. Kalau tidak sampai ke sudah la Naura tak tahu."
Eishan cekak pinggang.
"Apa abang pulak? Abang baru balik dari operasi pagi tadi. Tengok tengok dah terpacak dekat situ. Itu pelamin kau. Kau tu yang nak bertunang tak bagi tahu abang."
YOU ARE READING
A Tale Of Naura
Romance[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...