Tangan meraba raba mencari iPhone miliknya. Kelopak mata dibuka sebelah untuk menjenguk skrin telefon. 6:00 pagi. Dia pejam semula. Wait a minute. Dia gosok gosok mata sebelum memandang skrin telefon kembali. 14 hari bulan? Sepantas kilat dia bangkit dari baring dan duduk tegak. 14 hari bulan! Yihaa!
Selimut diselak, Althaf turun dari katil dan bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri dan menunaikan solat subuh. Selesai solat subuh, dia capai uniform tentera yang disangkut pada hanger. Perfume Sauvage dior disembur pada pergelangan tangan dan leher. Rambut disikat rapi. Jam tangan Rolex dipakai. I am ready!
*****
"Tuan." Dua orang prebet itu memberi tabik hormat ketika berselisih dengan atasan mereka.
Althaf mengangguk dengan senyuman. Malah, sepanjang perjalanan di dalam pangkalan tidak henti henti dia tersenyum. Prebet prebet yang menegurnya juga dibalas kembali dengan senyuman manis.
Masing masing saling berpandangan melihat keajaiban itu. Tidak pernah seisi pangkalan itu melihat wajah ceria seorang Leftenan Ayden Althaf.
Selalu wajah itu hanya dihiasi riak singa kelaparan.Khairul yang baru turun dari kereta dan mendengar desas desus tentang kelainan sahabatnya bergegas ke pejabat lelaki tersebut. Pintu bilik diketuk kemudian dia menunggu lelaki itu membenarkan dia masuk ke dalam.
"Masuk."
Terpacul wajah Khairul.
"Oh kau. Ada apa?" Dia senyum kepada Khairul.
Teragak agak lelaki itu berjalan ke arah Althaf. Benarlah khabar angin tersebut. Khairul menelan liur payah sebaik melihat senyuman yang terukir di bibir lelaki itu.
Kerusi kosong di hadapan meja diambil.
"Are you okay?" Serius dia bertanya.
Althaf kelip mata mengiyakan.
"No, you're not. Kau kenapa ni Thaf? Ada masalah ke? Share la dengan aku. Jangan buat aku risau."
"Kau risau kenapa? Aku nampak macam nak mati dah ke?" Althaf ketawa dengan jenakanya. Khairul sudah terkaku. Ha sudah. Tadi senyum sekarang gelak. Umur tak panjang dah ke?
"Kau kesunyian sebab aku ke Thaf? Sebab aku selalu pergi dating tak ajak kau ke?" Khairul serba salah. Manalah tahu lelaki itu kesunyian. Maklumlah single.
"Mengarut. Aku datang nak settlekan kerja sikit. Lepasni aku nak keluar. Latihan dia orang kau tolong handle kan eh?"
"Kau nak pergi mana?"
Khairul menunggu jawapan. Tapi lelaki itu tidak menjawab malah makin lebar dia tersenyum.
*****
Naura sudah siap berkemas. Dia meregangkan sedikit badan. 14 hari bulan. Akhirnya tamatlah pelayaran selama 6 bulan di atas laut. Hari ini dia akan pulang ke rumah. Sebaik kapal itu berhenti dia dan anis beriringan turun ke darat. Naura menarik nafas dalam dan dihembus perlahan. Fresh.
"Aku balik dulu Anis, bubye."
"Jumpa nanti. Bye." Mereka berdua berpisah menuju ke kereta masing masing.
Naura start enjin keretanya. Namun kereta itu tidak berura ura untuk hidup. No. Not now please! Dia cuba lagi dan lagi namun tidak berjaya. Enjin keretanya hanya hidup sesaat itupun dah macam kuda semput. Kemudian mati. Dia tepuk stereng. Sudahlah telefonnya kehabisan bateri.
Sudahnya dia mengambil balik bagasi yang berada di bonet. Nampak gaya kena guna khidmat teksilah. Malas dia nak ambil tahu soal kereta. Letih tidak terhingga dirinya saat ini. Esok sahaja dia fikir.
Baru hendak menapak satu kereta berhenti menghalang laluannya. Audi R8 putih. Macam kenal.
Seminit kemudian tuan punya kereta yang segak dengan uniform dan cermin mata hitam berkilat keluar dan berdiri di samping kereta sambil tangan diletakkan di atas bumbung kereta. Lelaki itu tersenyum ke arahnya.
"Cinta!" Naura melompat kecil. Teruja dia bertemu semula dengan lelaki itu. Rindu!
Althaf berjalan ke arah Naura. Bagasi milik gadis itu diangkat.
"Masuk." Setelah memberi arahan dia bergerak ke bonet belakang.
Tanpa membuang masa Naura membuka pintu sebelah penumpang.
Sebaik pintu dibuka, gadis itu tergamam apabila matanya dihiasai dengan sejambak mawar merah yang mungkin dalam 100 kumtum bersama sekotak Ferrero Roche bersaiz besar di tempat duduknya. Dia angkat wajah memandang Althaf disebelah.Kepala disengetkan sedikit seolah bertanya 'apa semua itu' kepada Althaf.
"For you. Welcome back my soul."
"Awwww." Naura terharu. Sangat terharu! Dia senyum sampai ke telinga. Jantung usah ditanya. Hampir meletup. Siapa ja tak suka dapat bunga gedabak dengan coklat mahal macam ni? Apatah lagi orang single macam dia. Tergugat ye.
Althaf yang melihat reaksi gadis itu tersenyum. Namun cepat cepat dia sembunyi. Muka selamba ditayang.
"Dah cepat masuk. Over acting pulak kau."
Naura masuk ke dalam kereta. Bunga tadi diletakkan di seat belakang. Terlalu besar untuk dipangku.
"Kenapa kau datang. Kau rindu aku eh? Kau mesti excited sebab aku balik hari ni. Kan kan? Sepanjang aku tak ada mesti kau tidur tak lena makan tak kenyang mandi tak basah. Betul tak?" Naura mengusik.
Althaf berdecit. Betullah tu.
"Perasan la kau. Sepanjang kau tak ada aman hidup aku kau tahu. Tak ada budak kecik yang nak annoying dekat aku hari hari. Tak tenang dah la hidup aku sebab kau dah balik." Althaf berdalih.
"Eii..Benci." marah Naura. Kalau ye pun janganlah jujur sangat. Sakit hati dengar tau. Dia pandang tingkap. Merajuk.
"Panjang la lagi muncung tu. Biar boleh tarik dari korea utara sampai korea selatan."
Terbeliak sesaat mata Naura. Dia tumbuk kasar bahu Althaf yang sedang memandu. Menyakitkan hati. Kemudian dia kembali memandang tingkap. Beberapa minit kemudian Althaf tidak lagi mendengar suara Naura. Marah betul.
"Chill. Of course aku happy kau dah balik. I miss hanging out with you my soul."
Sepi.
"Hoi budak kecik. Kau dengar tak?"
Tiada sahutan.
Althaf kalih memandang gadis itu. Wajah Naura masih memandang ke arah tingkap. Dia jenguk lebih dekat.
Lah. Tidur rupanya. Bazir air liur aku.
Althaf bermonolog.
YOU ARE READING
A Tale Of Naura
Romansa[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...