Althaf menepuk kuat meja kerjanya. Dia raup kasar rambut kebelakang. Tiada mood dia mahu membuat kerja. Hari ini sudah seminggu Althaf lost contact dengan Naura. Puas dia massage tapi satu pun tak direply. Call tak diangkat. Sejak peristiwa di rumah Nek Jah tempoh hari, gadis itu seolah menjauhkan diri darinya. Dia sendiri tidak tahu kenapa.
iPhone dicapai.
Ruangan chat Budak Kecik dibuka.
Pantas jari menaip di atas skrin.-What's wrong with you Naura?
-Kenapa tak angkat call?
-Aku ada salah ke? Please tell me. Say something. Jangan seksa aku macam ni, my soul.
-Kalau kau baca, tolong balas.
-I miss you, little girl.Tiada balasan. Dibuka baca pun tidak. Argh! Althaf merengus kasar.
Pintu bilik diketuk dari luar.
"Masuk."
Khairul yang melangkah masuk direnung tajam.
Berdiri bulu roma Khairul sebaik masuk ke dalam bilik itu. Ini lagi seram dari aura sebelum ini. Dia tengok wajah yang sedang tajam merenungnya. Dia telan liur kesat. Macam kurang oksigen dalam bilik ni. Perlahan lahan dia duduk didepan lelaki itu.
Khairul berdehem. Dia tidak perlu takut. Althaf pasti memerlukan dirinya saat ini. Jadi dia datang berkunjung sebagai teman bukan rakan setugas.
Wajah berserabut itu dia tatap. Nampak sangat tidak tentu hala lelaki itu sekarang.
"Kenapa dia jauhkan diri dari aku Khai? Apa salah aku? Kenapa dia diam je?" sebak Althaf bersuara.
"Kenapa kau macam ni, Thaf? This isn't you."
Diam.
"Mengucap, Althaf. Kau tak boleh macam ni. Bawa beristighfar."
Althaf pejam mata. Dia berzikir di dalam hati.
"Kau dah istikharah?"
Automatik mata terbuka.
"Belum." sepatah dia menjawab.
"Bawa bawa solat istikharah, Thaf. Minta petunjuk daripada Allah. Buat keputusan dengan fikiran yang jernih."
Diam lagi.
"Kau tahu apa yang aku nampak sekarang?"
Althaf geleng.
"You already love her. Mungkin kau belum sedar. Tapi inilah hakikat dia. Dan aku rasa dia pun ada perasaan yang sama pada kau."
"Apa kau merepek ni?"
Khairul mengeluh.
"Layanan kau, gurauan kau, tutur bicara kau pada dia tak sama macam dengan orang lain, Thaf. You're totally different with her. You treat her like a queen. Kau bagi dia harapan. Dengan semua ni kau rasa siapa je tak jatuh cinta? Look at yourself now. Berserabut. Sebab apa? Sebab dia kan? Betul ke kau anggap dia sebagai kawan sahaja selama ni? Tak lebih dari tu?"
Sepi.
"See. Kau sendiri tak tahu apa yang kau rasa. Buka mata luas luas, Thaf. Renung renung diri tu."
Althaf mati kata. Dia cuba memproses apa yang ditutur oleh Khairul saat ini.
Betulkah dia sudah cintakan gadis itu?*****
Naik merah tangan mengetuk pintu bilik adik bongsunya. Sudah seminggu gadis itu terperap di dalam bilik. Makan pun tidak mahu. Jika tak dipaksa tak makanlah dia. Dia risau adiknya jatuh sakit.
"Adik, buka pintu ni. Bagi abang masuk."
"Adik taknak jumpa siapa siapa." sayup sayup suara itu kedengaran dari dalam bilik. Eishan mengeluh. Dia tidak tahu harus bagaimana. Nak harapkan Althaf, keadaan lelaki itu juga lebih kurang adiknya sahaja.
YOU ARE READING
A Tale Of Naura
Romance[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...