BAB 1

15.2K 542 6
                                    

"Good morning adik kesayangan abang."

Suasana hening dipecahkan apabila satu suara menyapa telinganya. Mata yang tadi terasa malas hendak celik melihat dunia terus menjadi segar setelah gegendang telinga mengenali si empunya suara.

Eireen Naura menguntum senyum keriangan apabila melihat sosok tubuh yang dirindui sedang duduk di birai katil dan memandangnya. Tanpa berlengah dia terus bangkit dari baring dan memeluk erat tubuh kekar itu. Dengan masih beruniform putih, maknanya Eishan Nazeem baru pulang daripada bertugas.

"I miss you my sea!" Rengeknya.

Eishan Nazeem tersengih melihat karenah si bongsu. Pelukan dari Naura dibalas. Rindu betul dengan princess satu ini.

"I miss you too my precious." Rambut perang adiknya diusap manja.

Sudah tiga minggu abangnya tidak pulang ke rumah kerana terlibat dengan khusus di laut. Subuh kemarin dia sudah naik ke darat dan menginap di pangkalan memandangkan ada urusan yang masih perlu diselesaikan.

"Bila abang sampai?" soalnya.

"Just now, dear."

Pelukan dileraikan.

"Having class today?" giliran abangnya bertanya.

Naura sekadar mengangguk lemah. Bibirnya dimuncungkan tanda protes. Dia malas mahu ke universiti.

Sepatutnya dia cuti pada hari ini. Tapi dia baru dimaklumkan bahawa pensyarah mereka ingin mengadakan kelas untuk selesaikan tugasan mereka sebelum cuti semester bermula. Apatah lagi, kelasnya akan bermula pada waktu petang.

Dalam banyak banyak hari, kenapa mesti hari ini juga? Ergh!

Siang kemarin baru sahaja selesai majlis bersanding Aulia iaitu kakak kepada Anna, sepupunya. Jadi malam ini Aulia dan suami mahu mengadakan pesta sempena perkahwinan mereka.

Ramai yang dijemput untuk resepsi malam ini. Saudara mara terdekat, kawan kawan kem suaminya dan kawan kawan Aulia yang bekerja di hospital yang sama dengannya. Dia tidak mahu melepaskan majlis itu.

Eishan Nazeem mengusap lembut jemari si adik tanda memujuk.

"It's okay, just go." Hidung Eireen Naura dicuit.

"So after class, I will pickup you at 6:00 pm. We are going to Double Tree Hilton. Don't be late precious."

Eireen Naura hanya menayang senyum seraya mengangguk setelah mendengar kata kata daripada abangnya.

"Anything just call me, okay? Take care." tambahnya lagi.

Naura memberi isyarat OK . Eishan Nazeem senyum sebaris. Dahi licin adiknya dicium sekilas sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.

Gaun putih yang disangkut dalam wardrobe dibelek. Bibirnya mengukir senyuman mengenangkan peristiwa di butik tempoh hari. Gaun itu dipilih khas oleh Aulia sendiri untuk dia pakai pada majlis malam ini. Puas dia menolak tapi Aulia tidak henti-henti memujuknya untuk memakai gaun itu ke majlisnya. Eireen Naura akhirnya hanya memgangguk setuju.

Ikut saja lah asalkan bukan dia yang bayar. Fikirnya sejenak. Kemudian, langkah dibawa menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan bersedia untuk solat sebelum berangkat ke kelas.

                             *****

MARKAS PANGKALAN LUMUT

"Thaf, aku tumpang kau balik boleh?" Ayden Althaf yang baru tiba mengerutkan dahi dan berpaling memandang kereta BMW M series putih disebelah BMW i8 hitam miliknya.

"Kereta aku mogok. Merajuk barang kali kena tinggal lama kat sini." terang Khairul Ashraf sebaik melihat riak buntu itu.

Ayden Althaf senyum sinis.

"Itulah kau, aku suruh service hari itu kau tak nak. Belagak sangat, lepas itu menyusahkan aku."

Khairul yang masih tercegat dan menagih simpati darinya di tepi kereta dikerling sekilas.

"Better kau naik cepat sebelum aku humban kau dalam laut." arah Ayden Althaf.

Khairul menayang sengih dan berlari anak sambil mendepakan tangan ingin memeluk sahabatnya itu. Namun pantas sahaja lelaki itu mengelak. Jelingan maut diberikan kepada Khairul sebelum dia memasuki kereta. Menyampah.

Khairul Ashraf menjuling mata ke atas. Nasiblah dia sudah masak dengan perangai bebal mamat seorang ni. Beg tentera miliknya selamat dimasukkan ke dalam bonet kereta BMW i8 hitam itu.

"Kereta kau macam mana? Dah call mekanik?" Althaf bertanya dengan nada bersahaja tanpa berpaling kepada Khairul disebelah. Mata masih fokus pada pemanduan.

Khairul mengangguk.

"Dah. Siap nanti diorang hantar. By the way, kau datang dengan siapa nanti?"

Kening Ayden Althaf bercantum lalu Khairul disampingnya dipandang sekilas.

"Mana?" soalnya hairan.

Khairul Ashraf sedikit terkejut.

"Apahal?"

"Weh bebal! Kau lupa?!"

Ayden Althaf mendiamkan diri. Sel otak masih giat mencari maklumat yang mungkin dia terlupa.

"Kau jangan main main Thaf, mahu merajuk si Fahim tu kalau kau tak datang."

Fahim!

"Allah! Sumpah aku baru teringat." Dia meraup rambut ke belakang sebaik mindanya teringat sesuatu.

Khairul Ashraf menggeleng kepala.

"Kau lah. Bukan tak tahu aku ni busy macam mana. Siapa suruh tak roger awal-awal?" tuduh Althaf.

Eh ?!

Khairul merenung tajam ke arah lelaki yang berada dengannya saat ini. Dia yang banyak telan air laut aku pula yang dipersalahkan? Ikutkan hati mahu sahaja dia humban mamat ni keluar daripada kereta. Aman sikit hidup....

Hand break kereta ditarik memandangkan lampu isyarat sedang merah.

"How about your girl? Any update?" soal Khairul tiba-tiba. Nada serius.

Tubuh Althaf sedikit mengeras sebelum dia menggeleng perlahan.

Kedengaran Khairul melepaskan keluhan.

"Hopefully, you will find her soon."

Dia tidak membalas. Signal kiri diberikan sebelum BMW i8 miliknya memasuki perkarangan mall.

"What....."

"Let's find Fahim's present."

Belum sempat lelaki itu menghabiskan kata, laju sahaja Ayden Althaf memotong percakapannya. Lalu, cermin mata hitam diambil dan diletakkan atas batang hidungnya.

Khairul hanya menurut. Dia juga belum menyediakan apa-apa untuk lelaki satu itu.

Setelah itu, kedua orang lelaki yang hanya berpakaian t-shirt tentera lengan pendek dan berseluar tentera laut hilang disebalik pintu cermin shopping centre Aeon Seri Manjung itu.

A Tale Of Naura Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang