BAB 25

5.8K 224 3
                                    

Serpihan kaca dan bangkai tikus tadi sudah dibersihkan oleh Althaf. Khairul juga membantu. Eishan yang baru keluar dari bilik adiknya merebahkan badan di atas sofa.

"Mana dia orang?" Soal Khairul. Dia duduk bertentangan dengan lelaki itu.

"Ada dalam bilik, tengah kemas baju. Dia orang nak ikut balik rumah umi." Eishan menjawab. Dia dan Khairul juga sudah berkawan rapat sekarang.

"Baguslah dia orang ikut kau."Althaf yang berada di sisi Khairul bersuara.

"Kenapa?" Khairul pelik.

Althaf mengeluh.

"Aku tak rasa benda tadi cuma satu kemalangan biasa."

"Maksud kau, ada orang ceroboh masuk?" Eishan seolah mengerti apa yang ingin disampaikan lelaki itu.

Althaf jongket sebelah bahu. Tidak mengiyakan tidak juga menidakkan.

"Masa Naura ikut aku balik kampung, ada orang cuba cederakan dia. Since then, aku perasan ada kereta honda hitam yang selalu ikut dia. Even though she went out with me. Macam tengah memerhati. Aku ingat firasat aku je. And I have tried to detect the number plate. But the car is not registered. Tapi aku rasa mereka orang yang sama."

"Shit. Lepas apa yang dah jadi, kau baru nak bagi tahu aku sekarang? Dan kau dah lama tahu benda ni?"

"I'm sorry. Aku tak berniat nak rahsiakan dari kau. Buat masa sekarang aku rasa lebih baik dia duduk dengan keluarga kau dulu."

Setelah itu mereka hanya selesa mendiamkan diri.

                              *****

Puan Sakinah membawa dulang yang berisi teh panas dan kuih muih yang dibuat sendiri tadi. Dia letakkan di atas meja kopi. Teh panas dituang dan diletakkan dihadapan Encik Ghani yang sedang membawa akhbar.

"Abang, saya nak cakap sikit."

Mendengar suara serius isterinya, Encik Ghani melipat surat khabar yang dibaca dan diletakkan di atas meja. Dia menghirup sedikit teh yang dibuat oleh Puan Sakinah.

"Saya risau la anak kita tu, bang. Dah nak masuk 30 dah. Tapi tak nampak macam nak mendirikan rumah tangga lagi. Saya rasa dia tu calon pun tak ada." Pening Puan Sakinah memikirkan anak tunggalnya itu. Rupa ada, harta ada, kerja pun elok tapi calon seorang pun tak ada.

Encik Ghani mengambil satu kuih lapis. Kemudian digigit.

"Awak ni, biarlah. Dia dah besar. Pandai pandai la dia nak hidup."

"Ish abang ni. Saya tak nak orang mengata anak kita tu tak laku." Puan Sakinah tidak puas hati. 

"Habis tu awak nak saya buat apa kinah oi?"

"Apa kata kita jodohkan dia? Saya ada calon."

Encik Ghani memicit dahi. Apalah agenda isterinya itu.

                              *****

Selesai solat subuh, Naura turun ke dapur. Sudah lama dia tidak membuat sarapan untuk keluarganya.
Apron dipakai. Dia memotong sayur sayuran dan bahan bahan untuk membuat bihun goreng.

Setengah jam kemudian, tersedialah bihun goreng, roti bakar dan milo panas di atas meja island itu.

"Amboi sedapnya bau. Dah lama abah tak makan air tangan anak abah ni." Encik Khalil yang baru turun dari tingkat atas bersama puan Khadeeja memuji anak perempuannya. Kerusi ditarik. Mereka duduk bersebelahan.
Naura pula duduk berhadapan dengan mereka.

Naura mencedokkan bihun goreng untuk kedua orang tuanya.

"Abah makan banyak banyak tau." Naura berseloroh.

A Tale Of Naura Where stories live. Discover now