BAB 49

8K 297 7
                                        

Bau aroma nasi minyak merebak ke seluruh ruangan. Setelah sejam Puan Khadeeja berperang di dapur, akhirnya nasi minyak permintaan puteri bongsunya tersedia. Sudah dua hari Naura tinggal dirumah uminya memandangkan Althaf sibuk di markas kerana urusan kerja. Puan Khadeeja menjenguk ke tingkat atas. Menanti kehadiran anak gadisnya itu. Namun, batang hidung pun belum nampak.

Anak tangga didaki, bilik Naura dituju.

TOK! TOK! TOK!

Tiada respon.

"Adik. Bangun dah tengah hari ni. Tak elok bangun lambat. Kamu tu isteri orang."

Tiada respon.

Tombol pintu dipulas. Puan Khadeeja terus masuk ke dalam bilik anak gadisnya itu. Dia bercekak pinggang. Amboi! bukan main sedap dia lena. Siap berselimut bagai haa. Kalau bab membuta, memang juara la anaknya satu ini.

Puan Khadeeja duduk di birai katil.

"Adik. Bangun. Umi dah siap masak dah tu. Baik kamu bangun sebelum umi siram kamu dengan air."

Gadis itu hanya merengek kecil. Puan Khadeeja tidak puas hati. Dia terus menarik comforter yang sedang menyelimuti tubuh genit itu. Naura meringkuk kesejukkan. Dia berubah gelisah sebaik melihat wajah pucat Naura.

Dahi dirasa. Panas. Naura demam. Puan Khadeeja mengejutkan anak bongsunya itu dengan lembut.

"Bangun mandi nak. Kamu tak sihat ni. Bagi segar sikit badan." 

Dengan mata terpejam Naura menjawab.

"Sikit je ni umi. Nanti kebah la."

"Sikit apanya sampai pucat macam ni? Panas sangat ni. Umi call suami kamu ye?"

"Tak payahla umi, dia kerja tu. Adik rehat kejap ye?" sungguh dia tidak larat. Dari semalam dia ulang alik ke tandas. Tekak terasa loya. Baru sekarang dia dapat lelap. Jadi biarlah dia tidur sekejap.

"Hish kamu ni. Tak apalah. Umi pergi buat bubur."

Puan Khadeeja bangkit dan turun semula ke tingkat bawah. Dia kembali ke dapur untuk membuat bubur. Naura memang sejenis tidak makan ubat. Sebab itu dia tidak menawarkan sama sekali. Jika ditawar pasti akan ditolak mentah mentah. Paksalah macam mana sekalipun memang tak akan dimakan. Jadi, bila gadis itu jatuh sakit hanya mahu makan bubur yang dimasak oleh uminya sahaja dan kebah dengan sendirinya.

"Assalamualaikum." seseorang memberi salam. Puan Khadeeja membuka pintu. Terpacul wajah menantunya didepan pintu.

"Waalaikumussalam. Ha baguslah kamu dah balik. Pergi tengok isteri kamu tu. Dia tak sihat."

"Demam ke umi?"

Angguk.

"Pergilah jaga dia, umi nak masak bubur. Dia belum makan apa apa lagi tu. Kamu jadi bawa dia balik rumah kamu petang ni?"

"Jadi umi. Esok Althaf cuti sehari. Boleh la jagakan dia."

"Eloklah macam tu."

"Althaf naik atas dulu, mi. Nak tengok Naura." dia meminta izin untuk berlalu ke tingkat atas.

Perlahan lahan dia menapak ke katil. Jelas tubuh isterinya meringkuk di dalam selimut akibat kesejukkan. Dahi dirasa. Benar isterinya demam. Dia membetulkan selimut Naura. Rambut mengurai wanita itu dibelai manja. Naura terjaga apabila terasa henyakkan di atas katil tadi.

"Bila habib balik?" soalnya dengan perlahan.

"Tadi sayang. Did I disturb your sleep?" serba salah pula dia Naura terjaga disebabkan olehnya. Naura geleng kecil. Mata kembali pejam. Dia benar benar tiada tenaga.

A Tale Of Naura Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang