BAB 10

9K 348 4
                                    

Naura yang sudah terlelap di tempat duduk sebelahnya dipandang sekilas. Tadi bukan main banyak celoteh yang keluar dari bibir mungil itu. Patutlah tiba tiba senyap, rupanya dah sampai bulan. Bibir Althaf mengukir senyum bahagia. Bagaikan mimpi dia dipertemukan kembali dengan gadis genit ini.

BMW i8 hitam memasuki perkarangan rumah banglo milik Encik Khalil. Enjin dimatikan. Bahu Naura dia tepuk perlahan beberapa kali. Gadis itu sekadar merengek kecil apabila tidurnya diganggu. Mata masih terpejam rapat.

"Hey, wake up."

"Naura, bangun. Dah sampai ni."

"Hmm."  perlahan gadis itu bergumam. Tapi tidak juga dia membuka mata.

"Damn!"

Althaf pantas membuka seatbelt yang dipakai lalu turun dari kereta menuju ke sebelah penumpang sebaik kepalanya teringat sesuatu. Bagaimana dia boleh terlupa gadis itu akan demam selepas menangis?

Pintu sebelah penumpang dibuka. Dia membuka seatbelt milik Naura. Dahi Naura dirasa. Panas.

"Demam?"

Althaf menoleh apabila suara itu menegurnya. Dia angguk.

"Aku dah agak. Sebab tu aku tunggu."

"Aku minta maaf, Eishan"

"It's okay. Pagi esok kebah la tu. Macam tak biasa."

Althaf senyum sebaris seraya menutup kembali pintu kereta sebelah penumpang. Dia tidak mahu Naura terganggu dengan perbualan mereka.

"Macam mana? Dia marah?"

"Nope. Alhamdulillah. Everything okay." mujur gadis itu masih sama seperti dulu. Seorang yang mudah memaafkan, memahami dan tidak mudah berdendam tanpa alasan kukuh.

"Baguslah kalau macam tu. Lega aku dengar. Tak apa lah dah lewat malam. Biar aku dukung dia naik atas. Kau boleh balik. Terima kasih hantar adik aku."

"Terima kasih. Nanti ada masa aku jumpa parents kau."

Angguk.

Althaf hanya memerhati lelaki bertubuh sasa itu mencempung tubuh adiknya.

"Elok elok. Terjaga nanti." bisik Althaf

"Aku masuk dulu. Jumpa nanti."

Dia terus memandu pergi setelah melihat kelibat dua beradik itu menghilang ke dalam rumah.

                           *****

Kepala yang berdenyut dipicit perlahan. Mata dibuka sedikit. Dia bingkas bangun setelah melihat keadaan sekeliling. Bilik?

Jantung berdegup laju. Mimpikah semua itu? Dia mengeluh.

Naura mengangkat wajah apabila pintu dibuka. Eishan Nazeem sedang berjalan ke arahnya bersama sedulang sarapan pagi. Segelas milo panas bersama roti bakar diletakkan di atas meja kecil sebelah katilnya.

"Dah bangun?"

Sepi.

"Makan. Lepastu, siap. Abang hantar pergi kelas hari ini."

"Abang, adik mimpi Althaf semalam." perlahan dia mengadu sambil kepala ditunduk memandang comforter putih itu.

Eishan menahan ketawa.

"Lah, mimpi ke? Abang ingat betul betul. Sebab semalam baru je abang bersembang dengan dia masa dia hantar adik balik. Rasa macam real gila. Tak sangka pulak mimpi kita sama."

Membulat mata Naura. Tidak mungkin abangnya mimpi benda yang sama sepertinya bukan? Jadi, bukan mimpi lah? Melebar Naura sengih. Kaki dihentak hentak kecil atas katil. Comforter ditarik menutup muka. Badan diguling ke kiri dan ke kanan. Gembira!

A Tale Of Naura Where stories live. Discover now