Althaf menapak selangkah kehadapan menyebabkan Naura berundur dua tapak ke belakang. Badannya dibongkokkan sedikit lantas dia mendekatkan wajahnya ke wajah polos gadis itu.
"We meet again."
Perlahan sahaja suara itu namun cukup untuk menghentikan jantung Naura saat ini.
Khairul Ashraf yang berada disampingnya sedari tadi menunjukkan riak terkejut. Mungkin lebih kepada teruja?
Naura telan liur. Dia terkaku. Macam mana boleh terserempak dekat sini? Dia pun nak healing ke? Naura tidak tahu harus memberi reaksi seperti mana. Gembira? Teruja? Ah dia tidak tahu! Tidak pernah terlintas sesaat pun difikirannya yang dia akan bertemu kembali dengan lelaki ini.
"Awak...."
"Are you done?"
Naura sudah terdiam.
"My turn. Kau yang salah. Bukan aku yang tak nampak kau. Tapi kau yang jadi tugu negara tak kena dengan tempat. Kalau rasa diri tu kuman, duduk dekat tempat yang senang orang nampak. Jangan berdiri tengah jalan. Kalau tak inilah nasibnya." Bidas Althaf.
"So, this is not entirely my fault and not my business."
Lalu, dia meninggalkan Naura yang masih terkebil kebil di situ.
Naura sudah melopong. Kaki pendeknya dihentak hentak kuat. Sakit hati.
*****
"Babe, lamanya kau pergi. Green tea kau mana?" Anna menyoal sebaik kelibat yang dicari duduk di sampingnya, tapi dengan tangan kosong dan wajah yang masam mencuka.
"Jatuh. Orang langgar." jawabnya ringkas.
Dahi Anna berkerut. Lah, patut angin monsun datang.
"Siapa yang langgar?"
"Shadow."
Jika tadi Anna menayang wajah penuh tanda tanya kini sudah bertukar menjadi pucat lesi dek kerana culture shock.
"Shadow? Shadow langgar kau?!" soalnya tidak percaya.
Ya. Shadow merupakan gelaran yang Naura berikan kepada lelaki yang telah menyelamatkannya pada malam itu. Sebab itu Anna gelabah seperti ini.
Eireen Naura hanya menghela nafas berat. Dia memeluk kedua dua lutut dan menunduk memandang pasir bersih itu. Datang sini konon nak healing sekali lain pula yang jadi.
"Habis itu, mana dia sekarang?"
Naura jongket bahu.
"Manalah aku tahu. Suka hati si shadow tu lah nak kemana. Malas aku nak heran, sekarang jom balik. Mood healing aku dah hilang."
Baru sahaja dia mahu beredar datang satu suara yang agak asing tapi familiar menyapa halwa telinga.
"Your shadow is back."
Serentak dia dan Anna mengalihkan pandangan kepada dua lelaki yang kini sedang berdiri di hadapan mereka.
Tepat sangkaannya. Mamat shadow.
Mata Naura beralih pada sesuatu yang dipegang oleh lelaki itu.
Tanpa basa basi dua cup green tea yang lebih besar daripada yang dibelinya tadi disuakan kepadanya. Teragak agak dia menyambut.
Green tea bertukar tangan. Dia menoleh memandang Anna yang masih terpinga sepertinya.
"That's your. Aku ganti balik yang tadi. Kalau tak, ada pula orang yang menangis sebab tak dapat minum green tea." ujar Althaf tidak bersalah.
YOU ARE READING
A Tale Of Naura
Romance[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...