BAB 11

8.3K 356 4
                                    

Beg galas diletakkan di sisi meja. Badan dihempaskan atas katil. Penat masih terasa. Empat jam dia menghadap kuliah pensyarahnya hari ini. Mengantuk tidak terhingga. iPhone dicapai. Id My shadow dicari.

Nak call ke tak? Naura berfikir sendiri.

Ralek dia berfikir, telefon yang dipegang tergelincir jatuh dari tangan. Menggelabah Naura apabila tanpa sengaja dia tertekan butang panggil. Baru sahaja dia mahu menamatkan panggilan, satu suara sudah menyapa dari sebelah sana.

"Hello."

Naura gigit bibir bawah. Nafas ditarik dalam. Ehem!

"Hello?"

"Nak apa?"

"Saja. Kau busy?"

"Not really. Why?"

Diam.

"Hoi budak kecik, asal diam? Kau ada nak cakap apa apa dekat aku ke?"

"Tak ada apa. Aku ingat nak ajak kau keluar. Kau free?"

"Tak. Aku mahal."

Tersekat nafas Naura mendengar kata itu. Alahai. Tabahlah hati.

"Malam ni kita keluar dinner. Aku pick up kau. Aku letak dulu, ada kerja. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Naura menjawab perlahan selepas panggilan tamat.

                             *****

Khairul yang sedang bertugas memeriksa kapal peronda itu menoleh saat prebet berpangkat rendah memanggilnya.

"Tuan, Leftenan Komander Ayden nak jumpa dengan tuan jam 9.00 am di pangkalan."

"Okay, terima kasih."

Prebet itu mengangguk lalu memberi tabik pada Khairul sebelum berlalu pergi. Khairul meneruskan tugas yang tergendala tadi. Tangan pantas menulis laporan bekenaan kapal.

Aset aset negara itu dia perhati satu persatu. Althaf mengangkat muka sebaik Khairul tiba.

"Ada apa apa maklumat?"

"Tiada, tuan. Saya dah check semua atas kapal. Semuanya dalam keadaan baik."

Khairul menjawab sambil menyerahkan laporan yang ditulis olehnya tadi.

"Berapa anak kapal yang ada atas tu?"

"Bilangan anak kapal sebanyak 7 orang, tuan. Including 2 kadet yang baru bertugas."

"Make sure everything okay. Walaupun ini tugas biasa. Tapi ini merupakan tanggungjawab kita untuk menjaga keamanan. Aku nak korang semua beri tumpuan. Jadi pastikan keadaan kapal stabil. Tiada sebarang kerosakkan. Aku tak nak benda ni terjadi lagi. Anything lapor pada aku. Faham?" tegas dia berkata.

"Faham, tuan."

"Esok lepas PT pagi, suruh budak budak lapor diri sebelum dia orang bertolak."

Khairul angguk.

                             *****

Naura memakai skirt hitam bersama kemeja putih. Jam tangan dipakai. Rambut lembut beralun diselitkan di belakang telinga. Sesungguhnya dia seorang yang tidak suka rambut diikat. Dia lebih selesa jika dibiarkan mengurai sahaja.

Eishan Nazeem yang baru keluar dari dapur melihat Naura menuruni anak tangga.

"Adik nak pergi mana malam malam ni?"

Tatkala itu, Encik Khalil dan Puan Khadeeja menoleh memandang anak dara mereka sebaik mendengar teguran Eishan Nazeem.
Naura yang sudah berada di ruang tamu hanya menayang sengih. Dia memintal hujung rambut.

A Tale Of Naura Where stories live. Discover now