UNIKL LUMUT
Naura memandang kertas kerja yang berselerakan di atas mejanya. Masih banyak lagi yang belum siap.
Jam di pergelangan tangan dipandang sekilas. 5:30 pm. Bermakna Eishan Nazeem akan datang menjemputnya sebentar lagi.
iPhone 13 dikeluarkan lalu nama
'Sea🤍' didail.Tutt...Tutt...Tutt....
"Hello."
"Hello, abang! Where are you now?"
"Abang baru nak keluar ni. Kenapa, dik?"
"I want to inform you. Actually, adik tak settle lagi, mungkin lambat sikit. Abang gerak lah dulu. No need to pick up me. I will take a grab later. And tolong pesan dekat Anna tunggu dekat lobby kalau adik lambat." terangnya.
"Adik sure?"
" Sure, abang."
"Alright dear. Kalau macam tu, I will bring your stuff. You'll get ready there later okay? Take care Naura."
"Thank you, abang. Sorry, susahkan."
Panggilan ditamatkan.
"Reen, what are you waiting for? Dah lambat ni. Jom." suara Haziq menegur. Lambat lambat dia mengangguk. Langkah turut mengikuti si pemanggil.
Kebanyakkan orang memanggilnya Naura, hanya orang tertentu sahaja yang memanggilnya dengan panggilan Reen.
Haziq merupakan salah satu ahli kumpulannya. Hubungan mereka agak rapat memandangkan mereka sering mengerjakan tugas bersama. Pernah beberapa kali mereka dianggap pasangan disebabkan selalu bersama ketika projek di luar.
Nafas berat dihela. Cepat kau bergerak cepat la kau balik Naura.
"Tak baik mengeluh. Kita sebagai student kena sentiasa bersemangat!" penuh gaya Haziq tutur.
"Yer. Semangat la ni." Naura tayang senyum hambar. Menunjukkan 'semangat' yang dikata.
"Nah ambik ni. Tadi aku singgah bank dekat 7e. Alang alang aku beli la untuk kau. Aku tau kau mesti suka." satu beg plastik kedai 7e yang berisi pelbagai jenis coklat kesukaan Naura seperti Cadbury, Kinder Bueno dan Ferrero Roche disuakan kepada gadis itu.
Melompat suka Naura sebaik menerima beg plastik daripada Haziq itu. Memang kawan sejatilah!
"Kau memang the best la ziq. Jarang lah mengecewakan. Maceh bro. Macam tahu tahu je aku tengah craving coklat." bukan main lebar dia sengih.
"Sama sama. Dah cepat. Nanti lambat, padan muka kau."
Lalu, mereka berdua jalan bersama menuju ke perpustakaan tadi untuk menyelesaikan tugas yang tertangguh.
*****
Blazer hitam dipadankan dengan tshirt putih yang disarung pada badan menyerlahkan lagi kemaskulinan Ayden Althaf. Botol perfume Sauvage Dior dicapai dan disembur pada pergelangan tangan dan leher. Bau harum menguasai ruangan bilik tidurnya. Althaf memperkemaskan rambutnya sebelum turun ke bawah.
"Handsomenya anak mama ni." usik Puan Sakinah.
Ayden Althaf menayang wajah bangga sebaik mendengar pujian mamanya sebentar tadi.
"Tengok bapak dia la." sampuk Encik Ghani pula.
Puan Sakinah menjeling manja pada suaminya. Perasan tak habis habis. Patutlah anak terunanya juga kuat perasan. Bapak borek anak rintik.
Ayden Althaf tergelak kecil melihat karenah orang tuanya. Memang tak dapat dinafikan dia memang segak dari azali. Ewah.
"Thaf gerak dulu mama, papa. Nanti lambat pula sampai sana." ujar Althaf sambil kepala ditundukkan mencium belakang tangan Puan Sakinah dan Encik Ghani.
"Ha iya lah, hati-hati memandu. Kirim salam dekat Fahim dan isteri." pesan Puan Sakinah.
Althaf angguk.
Ting!
Crazy Khai
-Kau kat mana?WhatsApp dari Khairul dipandang sekilas sebelum dibalas.
Big Althaf
-OTWTidak lama kemudian, BMW i8 hitam Ayden Althaf hilang meninggalkan kediaman banglo dua tingkat Encik Ghani.
*****
BEBERAPA HARI KEMUDIAN
"CAK AA!"
Terhinjut bahu Ayden Althaf apabila Khairul Ashraf menyergahnya tiba tiba.
"Shit! Kau memang teringin nak kena humban dalam laut ni kan? Kalau kau dah bosan duduk atas kapal ni bagi tahu. Senang aku nak underground kan kau."
Ashraf ketawa.
Bukan selalu nak boleh 'gurau manja' dengan lelaki ini. Serius aje memanjang. Tapi kalau perangai bodoh mamat tu datang, nak saja dia menyorok celah celah terumbu karang. Penat nak melayan. Tapi jarang jarang la nak merasa personaliti satu itu.
"Garang lah Leftenan kita ni! Sejak bila kau pandai berangan tengah tengah laut ni?"
Tidak pernah dia melihat seorang Leftenan Ayden Althaf melamun ketika operasi.
"Mind your own business, Khai." Ayden Althaf hanya menayang riak beku.
"Kau teringatkan adik Kapten Eishan eh?"
Althaf kerut dahi. Dia melemparkan pandangan tajam pada Khairul. Mula dah biul dia.
"Haaa baik mengaku. Kau suka dia kan?"
BUKKK
"Adoii.... Sakitlah babi!"
Khairul menggosok betisnya yang menjadi mangsa kezaliman Althaf tadi.
"Kau mengarut sekali lagi aku patahkan kaki kau. Try me."
"Eleh! Malu malu dolphin pula nak mengaku. Lagi pun okay apa dia. Cantik aku tengok. Sesuai la dengan kau." usiknya lagi tapi kali ini dengan jarak yang agak jauh dari lelaki itu.
"Mana kau tahu dia cantik? Kau nampak ke muka dia tu malam tu? Tak kan? Satu ballroom tu bertopeng. Kau pun sama. Dari mana cantiknya?" Althaf hairan. Memandai sahaja lelaki itu mengarut.
Khairul sedang mengungkit kejadian yang menimpa Althaf di majlis Fahim pada malam tempoh hari. Semuanya bermula ketika kemuncak majlis.
Sedang semua sibuk berdancing dengan pasangan masing masing, entah bagaimana seorang gadis boleh berlanggar dengannya yang sedang berbual dengan Khairul secara tidak sengaja. Dengan refleks, dia pantas memaut pinggang di gadis konon jelita yang dimaksudkan oleh Khairul itu.
Wajah gadis itu tidak kelihatan memandangkan para tetamu diminta untuk memakai masquerade mask. Konon konon vibes barat gituueww. Khairul sahaja yang sengaja mengejeknya sedangkan dia langsung tidak mengendahkan peristiwa itu. Baginya, itu cuma satu kemalangan kecil.
"Ish! Tak payah jadi lelaki lah kau ni. Macam tu punya helok pun kau tak nampak. Aku sebagai lelaki sejati confident perempuan tu memang cantik walaupun separuh aje muka dia yang aku nampak."
Althaf geleng kepala. Habis dia tak sejati?
Khairul menjulingkan mata ke atas. Stres dengan sahabatnya yang loading.
"Sudah terang lagikan bersuluh lampu lip-lap aku ada dengan kau masa tu. Bukan main macam Romeo and Juliet ye kau main mata." Ashraf memancing lagi. Senyum cuba ditahan melihat wajah menahan marah lelaki itu.
"Kalau aku tak kacau line, entah sampai bila korang nak main mata tak tahu lah kan?" usiknya lagi. Kemudian perlahan lahan dia membuka langkah meninggalkan Althaf sendirian dibelakang yang sedang tajam memandangnya. Seram.
Althaf menghela nafas perlahan. Kata kata Khairul tidak diendahkan walaupun ada sedikit kebenaran terselit di situ. Memang dia tidak nafikan ada sesuatu yang menarik perhatiannya sejak kebelakang ini.
Laut biru yang terbentang luas dihadapannya dipandang sekali lagi sebelum rantai leher yang terukir 'N' kembali direnung lama.
Is that you?
I hope it's you.
YOU ARE READING
A Tale Of Naura
Romance[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...