"Kau buat apa tengah malam buta ni?"
Naura pejam mata. Bibir diketap. Jika bukan disebabkan perut yang meroyan minta diisi dia tidak akan berada di dapur pada jam 3 pagi ini. Perlahan lahan dia pusing menghadap Althaf yang sedang bersandar pada dinding sambil menyilangkan kedua dua tangan ke dada.
Lelaki itu mengangkat sebelah kening menunggu jawapan. Naura sengih bersalah. Dia angkat paket meggi tomyam yang dipegang dari tadi. Tak sempat dia nak masak sudah kantoi.
"Err.. Aku ganggu kau tidur ke?"
Tertunduk gadis itu apabila Althaf melangkah mendekati. Meggi ditangan dirampas. Tak padan dengan sakit kalut nak makan benda tak berkhasiat.
Naura melopong. Tidak sempat dia membuka mulut Althaf sudah memegang kedua belah bahunya dan di tolak perlahan untuk duduk di kerusi meja kayu itu. Naura duduk. Dia tongkat dagu memerhati Althaf yang sedang lincah memasak untuknya.
Setelah menunggu, lelaki itu meletakkan sepinggan spaghetti aglio olio dihadapannya. Aglio olio pukul 3 pagi? Asal boleh je lah. Janji kenyang.
Althaf palingkan tubuh. Bersedia untuk beredar dari dapur.
"Teman?" Teragak agak Naura bertanya. Althaf pegun. Belakang tubuh sasa itu masih dalam pandangan gadis tersebut. Lambat lambat lelaki itu mengambil tempat duduk didepannya. Naura senyum kecil.
Aglio olio ditenung. Nak makan ke nak explain dulu? Dia mengeluh. Settle masalah dulu baru makan Naura. Dia gumam sendiri.
"Kau marah aku lagi?"
Diam.
"I'm sorry. Aku tahu aku salah. Aku tak dengar cakap kau. Aku tak patut keluar seorang. Kau jangan risau aku takkan bagi tahu family aku pasal ni. Kalau kau rasa aku bebankan kau, aku betul betul minta maaf. Aku janji lepasni aku dengar cakap kau."
Lebar dia menerang. Dia pandang wajah kosong yang sedang bersandar di kerusi itu. Tolong la cakap sesuatu.
Althaf menarik nafas dalam cuba bertenang. Dia juga sudah tidak sanggup hendak mengabaikan gadis itu.
"Kau sedar family kau amanahkan aku untuk jaga kau kan? Apa aku nak jawab dekat dia orang kalau aku gagal?"
"Yee sorry salah aku. Aku janji dia orang takkan tahu pasal ni."
Jeda.
"Macam mana kau dapat luka tu?"
Terpacul juga soalan yang sering berlegar di mindanya. Sungguh luka gadis itu menjadi tanda tanya. Setahunya Naura keluar untuk bersiar dan ketika dijumpai gadis itu hanya hilang kawalan disebabkan trauma sahaja. Wajah polos itu ditatap."I don't know. Yang aku ingat, aku tengah duduk berehat dekat pondok. Tiba tiba aku dengar orang berjalan dekat belakang. Aku nak pandang tapi lelaki tu pukul kepala aku dengan benda. Lepastu aku dah tak ingat dah sampai la aku sedar balik dalam bilik kau masa tu."
"Kau nampak muka dia?"
Naura geleng. Althaf raup wajah. Siapa yang kenal gadis itu di sini?
Tiba tiba gadis itu seperti teringatkan sesuatu.
"Tattoo! Dia ada tattoo parrot dekat pergelangan tangan."
Althaf diam memikirkan sesuatu.
"Kenapa tak bagi tahu aku?"
"Dah kau merajuk dengan aku. Macam mana nak cakap?"
Althaf berdeham. Dia bangkit dari duduk.
"M-mana ada aku m-merajuk. Dahla makan cepat. Tidur."
Naura terkekeh melihat lelaki itu berlalu pergi. Malu la tu. Dia menghela nafas lega. Akhirnya lelaki itu tidak lagi marah padanya.
*****

ANDA SEDANG MEMBACA
A Tale Of Naura
Romance[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...