"Terima kasih sebab sudi jadi imam aku." ujar Naura selepas Althaf selesai membacakan doa. Dia tunduk mencium belakang tangan suaminya.
Althaf mengusap lembut kepala isterinya yang bertutup telekung. Tangan Naura masih tidak dilepaskan.
Gadis itu sudah tidak tentu arah apabila Althaf masih statik begitu.Althaf memandang tepat anak mata coklat Naura.
"Sayang..." meleret Althaf memanggilnya.
Dada Naura sudah abnormal. Sayang? Dah naik taraf nampak. Dia pikir lelaki itu tidak pandai nak romantik dengannya.
"Look into my eyes." dia kemaskan genggaman tangan isterinya. Seolah ingin berkongsi rasa.
"K-kenapa?" Naura berdoa dalam hati. Tolong jangan minta bukan bukan. Dia belum bersedia lagi.
"Who am I to you?"
"My husband." Naura ketap bibir setelah menjawab. Malu. Dia sudah ada suami sekarang!
"Then, kenapa masih aku-kau?"
Ha sudah. Ini yang dia risaukan. Bukan dia tak nak tukar panggilan, tapi rasa kekok. Lain la sebelum kahwin dulu. Sekadar bergurau manja aje. Tapi ini forever!
"Kau nak aku panggil apa?" gadis itu soal soalan bodoh lagi.
Althaf senyum sesuatu. Wajah didekatkan dengan wajah yang semakin berona merah itu.
"Say abang." ujar Althaf dengan wajah penuh berharap.
"Nope, because I already have abang Eishan."
Hilang senyuman apabila isterinya menjawab begitu. Dah tu?
Althaf mengeluh. Mungkin dia perlu memberi ruang kepada gadis itu. Status mereka berubah secara drastik. Daripada sahabat menjadi pasangan suami isteri. Selama ini mereka bergurau kasar. Pasti pelik jika terus bermanja sakan.
*****
Dia tepuk dahi sendiri. Boleh pula dia terlelap selepas solat subuh bersama Althaf tadi. Kalau suaminya tidak kejut, mungkin dah sampai korea dia bermimpi. Ini mesti sebab dia tak tidur semalam. Macam mana nak lelap kalau Althaf ada disebelah.
Naura melangkah turun ke tingkat bawah. Kepala tak habis memikir bebelan yang akan diterima dari uminya. Mana taknya, sudah pukul 8:00 pagi baru nak nampak batang hidung.
Dari hujung tangga, Naura melihat abangnya yang sedang berbual dengan abahnya. Dia gigit bibir bawah. Pasti uminya sudah berperang di dapur untuk membuat sarapan pagi.
"Cey, pengantin baru dah turun." usik Eishan sebaik dia tiba di meja makan.
Naura tampar bahu lelaki itu. Dah single, menyakitkan hati orang pula. Eishan hanya bantai ketawa. Seronok kenakan si adik.
Tepat dugaannya. Elok sahaja Puan Khadeeja keluar dari dapur bersama nasi goreng yang dibuatnya. Naura jalan mendekati wanita itu.
"Ada apa apa adik boleh tolong?"
"Tak apa. Dah siap dah. Duduk la makan. Suami adik mana? Kenapa tak ajak dia turun sekali?"
Jeda.
Naura pandang Puan Khadeeja atas bawah. Lain macam uminya hari ini. Tiada bebelan. Tiada jelingan maut. Selalu kalau dia terlambat bangun seminit sahaja, macam nak runtuh rumah dibebel wanita itu.
"Umi tanya, suami kamu mana?" Puan Khadeeja kembali menyoal apabila anak bongsunya hanya mendiamkan diri.
Suami?
Oh suami! Naura bermonolog dengan diri sendiri.
"Althaf ada ha dekat atas, tengah pakai baju. Japgi dia turun la tu." Dia melabuhkan punggung pada kerusi kayu meja island itu.

YOU ARE READING
A Tale Of Naura
عاطفية[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...