BAB 12

9.1K 402 17
                                        


SEBULAN KEMUDIAN

Kereta diberhentikan dihadapan pagar besar pangkalan itu. Seorang penjaga berpakaian tentera itu datang menyapa.

"Assalamualaikum cik. Ada urusan apa?"

"Waalaikumussalam. Saya nak jumpa dengan Kapten Eishan Nazeem."

"Okay cik. Ic?"

Naura menghulurkan kad pengenalan kepada penjaga itu. Dia sudah biasa dengan prosedur tersebut. Setelah diberi kebenaran, pedal minyak ditekan memasuki pangkalan tersebut. Kereta diparking lantas dia keluar dari kereta dan mencari kelibat abangnya.

"Turun sekarang!"

Kadet kadet itu membuat push up seperti yang diarahkan. Masing- masing menayang muka redha akibat didenda oleh atasan mereka. Sudah la matahari terpacak di atas kepala.

"Komando rest!"

Khairul yang berada disebelah Althaf hanya mampu memerhati. Nasib korang la siapa suruh kejut singa yang sedang tidur.

Memerah muka Althaf menahan rasa. Mahu tidak mengamuk Leftenan Komander mereka ini selepas melihat pergaduhan antara kadet kadet itu.

"Bodoh ke?! Siapa yang suruh korang bergaduh? Macam ni nak jadi paskal? Teamwork langsung tak ada. Apa masalah otak korang ni? Dah tak ada kerja lain nak dibuat? Tak cukup ke latihan yang aku kerah korang setiap hari? Banyak sangat masa korang terluang?"

Sepi.

"Aku tanya ni kadet! Tak ada mulut ke nak jawab?!"

"Maaf tuan!" serentak mereka menjawab. Kepala masih dalam posisi pacak kebawah dengan kedua belah tangan diletakkan di belakang.

"Senang hidup korang. Buat salah minta maaf. Lepastu ulang. Aku rasa aku terlalu berlembut dengan korang sejak dua menjak ni. Sebab tu korang naik lemak!"

"Kau berdua sini." Althaf memanggil dua orang manusia yang menjadi punca saat ini. Dua orang kadet itu bangkit berdiri tegak.

"Tumbuk."

Kadet itu saling berpandangan. Matilah.

"Kau diam kenapa? Tak dengar apa aku cakap? Tadi bukan main nak tunjuk hebat. Sekarang dh kecut? Korang ingat ni playground untuk korang main main? Buang buang tenaga aku latih manusia bodoh macam korang berdua ni."

"Maaf tuan. Kami janji tak ulang lagi." hampir tembus jalan tar itu ditenung mereka. Sumpah tiada keberanian untuk menatap wajah leftenan mereka saat ini.

"Kau tahu kenapa orang macam kau orang ni tak layak jadi Paskal?"

Diam.

"Sebab Paskal sentiasa yang terbaik bila berkerjasama. Bukan ego. Pentingkan diri macam kau!" jerkah Althaf.

Naura yang sedari tadi memerhati situasi itu tersedar apabila seseorang memegang bahunya. Dia menoleh.

"Apa adik buat dekat sini?"

"Eh abang. Ni ha, umi cakap abang tak balik semalam. Umi suruh hantar ni dekat abang dengan Althaf." Naura menjawab sambil menayang bekal yang dipegang.

Eishan mengangguk lalu memandang Althaf yang sedang mengamuk itu.

"Abang, itu Althaf ke?"

"Haah. Kenapa? Tak percaya?"

Dia angguk. Pertama kali dia melihat lelaki itu mengamuk sebegini. Lelaki itu seperti orang lain. Bukan sahabat baiknya yang sering melawak dan tersenyum kepadanya. Kecut perutnya melihat wajah bengis yang seperti boleh menelan orang hidup hidup.

A Tale Of Naura Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang