Sedar tak sedar sudah seminggu berlalu. Tibalah hari untuk Naura mula bekerja. Selesai sahaja solat subuh dia bersiap untuk ke pangkalan. Uniform putih pelaut disarungkan pada tubuh. Dia menilik diri di hadapan cermin. Dada berdebar hebat. Tidak sangka dia akan mula bertugas sebentar sahaja lagi.
Sekelip mata dia menoleh ke arah pintu bilik yang dikuak seseorang. Puan Khadeeja menguntum senyum kepadanya di hadapan pintu. Perlahan lahan dia berjalan dan menarik Naura untuk duduk di birai katil.
Dia menggenggam kedua tangan anak perempuan bongsunya erat. Wajah Naura dipandang. Lama.
"Naura, dekat laut nanti jaga diri baik baik ye? Jangan tinggal solat. Jalankan tanggungjawab dengan amanah. Umi akan selalu doakan keselamatan puteri umi dekat sini."
Dia berkerja sebagai pelaut maritim. Second officer Deck Department. Oleh kerana itu uminya ini gusar apabila dia sudah mula bertugas.
Kedua belah pipi Puan Khadeeja dipekup oleh tangan kecil gadis itu. Dia memandang tepat ke dalam mata syurganya.
"Insha'Allah. Umi jangan risaulah. Adik berlayar tak lama pun. Adik tahu jaga diri. Lagipun bukan adik seorang perempuan kat situ. Ramai lagi."
Naura cuba sejukkan hati Puan Khadeeja. Tak la lama mana, ada la dalam 6 bulan? Soal krew yang lain pula, dia tidak tipu. Ada lebih kurang empat orang perempuan termasuk dirinya. Kira ramai la kan sebab lebih dari satu?
Ralek bersembang dengan uminya, datang pula si abang. Naura geleng kepala. Nak kerja macam nak pergi perang.
"Umi, Eishan nak cakap dengan adik kejap boleh?" lembut dia meminta izin. Puan Khadeeja setuju. Apabila sosok wanita separa usia itu beredar dari kamar, tumpuan diberi pada adiknya.
Satu kotak kecil dikeluarkan dan dihulur kepada adiknya. Naura sambut huluran. Dia buka kotak tersebut. Terpegun sesaat. Dua saat.
Ada seutas gelang bewarna silver keemasan. Cantik. Pandora ke eh?Eishan Nazeem mengambil gelang tersebut dan dipakaikan ke pergelangan tangan mulus adiknya. Naura hanya memerhati.
"6 bulan dekat laut bukan sekejap. Gelang ni abang dah letak tracker. Dekat bentuk N ni ada satu button emergency. Bila adik tekan, signal akan sampai pada abang atau Althaf. Anything happen terus tekan button ni. So that, kita orang boleh detect koordinat adik. Jangan pernah tanggalkan. Faham?"
"Faham." Teruja dia mendengar. Nice. Eh kejap.
"Kenapa Althaf sekali?"
"Persediaan. Mana tahu kalau abang kena masuk operasi. Atleast dia ada."
"Oh." Tiada lagi jawapan lain.
*****
Perjalanan untuk ke pangkalan hanya memakan masa 30 minit. Rasa nak berhenti pengaliran darah melihat pagar utama pangkalan itu. Stereng dipusing memasuki kawasan itu. Selamat sahaja keretanya terpakir di dalam kotak kuning dia melangkah keluar. Bagasi diambil.
"Eireen!"
Terasa namanya diseru dari tepi, dia toleh ke sisi. Terpancul wajah ceria dengan tangan dilambai lambai. Anis, rakan setugasnya. Anis merupakan atasannya. First officer. Kira ngam la ada geng nanti. Mereka bertukar khabar setelah Anis tiba padanya.
Seakan tersedar sosok yang lain, pantas Naura mendongak ke arah lelaki tinggi dan beruniform sepertinya yang datang bersama Anis tadi. Dia senyum kepada lelaki itu. Zakuan. Kapten mereka.
Mereka bertiga berjalan beriringan untuk naik ke atas kapal. Anak kapal yang lain juga turut berjalan ke arah yang sama. Pintu biliknya sepanjang berada di atas kapal itu dikuak. Besar jugak. Bagasi diletakkan di sisi katil. Sempat dia mengambil beberapa keping gambar untuk dihantar pada keluarganya.

ANDA SEDANG MEMBACA
A Tale Of Naura
Romansa[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...