BAB 37

5.6K 230 3
                                    

"Assalamualaikum." suara memberi salam diikuti ketukan di pintu membantutkan gerak geri Puan Khadeeja. Dia menutup pili air. Tangan yang basah dilap pada kain yang tersedia di sisi.

"Waalaikumussalam. Sampai pun anak menantu umi." Pasangan itu menunduk menyalami umi mereka.

"Mari masuk. Sejuk lama lama dekat luar ni." Kasut dibuka. Langkah menjejak ke dalam rumah. Dapat dilihat Encik Khalil leka membaca akhbar di ruang tamu. Abang pula sedang solat isyak di bilik. Baru pulang kerja kata umi.

"Borak la dengan abah. Aku nak ke dapur tolong umi."

Althaf mengerdip mata sekali. Mereka berpisah di hadapan pintu. Seorang ke dapur, seorang ke ruang tamu.

"Ada apa boleh adik tolong?" Dia memeluk uminya. Wajah diletakkan di atas bahu tua itu. Dia mencium bau wangi yang sebati dengan tubuh Puan Khadeeja. Rindu.

Naura perhati bahan bahan yang tersedia. Rasanya dia tahu apa menu malam ni.

"Ish adik ni. Dah jadi isteri orang dah. Tak payah nak bermanja sangat. Ni ha tolong potong sayur ni. Lepastu buat telur dadar. Umi nak kebelakang kejap. Nak petik daun limau purut." bersusun arahan yang diterima.

"Aye aye captain!" Dia tabik spring kepada uminya.

Tangan lincah membuat kerja yang diarah. Berbunga hati dia. Kalau dah ada daun limau purut dengan telur dadar apa lagi kalau bukan tomyam tercinta. Sayur yang sudah siap dia potong itu pula pasti untuk paprik kesukaan suaminya. Umi is the best!

"Aii, sakan membaca bah. Ada berita hangat ke?" dia duduk di sebelah abah. Mata menjenguk sedikit apa yang dibaca oleh abah hingga tekun begitu. TLDM SELAMATKAN KRU BOT TERBAKAR. Apa yang dia nampak cuma tulisan yang gedabak itu sahaja.

"Eh, bila sampai?" baru Encik Khalil sedar akan kehadiran menantunya. Surat khabar dilipat dan diletkkan di atas meja petak kayu jati itu.

"Baru je, bah."

Bunyi tapak kaki sedang menapak membuatkan mereka tukar pandangan.

"Ha, Thaf. Seorang je? Naura mana?" Eishan menyoal.

"Ada dekat dapur dengan umi."

Eishan menghela nafas. Ada yang ingin dia sampaikan pada adik iparnya itu.

"Bang, datang kejap." jerit Puan Khadeeja dari arah dapur. Disebabkan jarak antara mereka agak jauh terpaksalah dia menjerit sikit untuk memanggil suaminya.

Abah yang mendengar panggilan umi itu meminta diri untuk ke dapur. Sekarang yang tinggal hanyalah mereka berdua.

"Ada apa?" dia sudah dapat baca air muka Eishan sedari tadi.

"Nama kau naik untuk ikut ke operasi di Sabah."

Althaf yang tadi duduk tegak, kini bersandar pada sofa.

"Tak boleh ganti dengan orang lain?" bukan dia mahu menolak tapi kalau dia kena pergi bermaksud anak buahnya juga perlu ikut sama. Dia cuma kasihan akan Khairul.

Lelaki itu sedang menyiapkan urusan perkahwinan dia bersama Anna. Cukuplah dia sahaja terpaksa meninggalkan Naura mengurus semuanya sendiri dulu. Tidak mahu Khairul pula ikut tempias sama.

Melihat raut wajah Eishan itu tahulah dia jawapannya memang tak boleh.

"Tak. Dia orang nak team kau juga."

Nak tak nak kena pergi juga. Negara memerlukan dia. Mempertahankan negara adalah tanggungjawab dia selamanya.

Jika dia tidak pergi mungkin keamanan negara akan tergugat. Bagaimana dia boleh mempertahan dan berkorban untuk keluarga jika dia tidak mampu berbuat begitu untuk negara bukan?

A Tale Of Naura Where stories live. Discover now