Penat dia berjalan sekeliling pangkalan itu, akhirnya sosok Eishan Nazeem kelihatan. Dari jauh dia nampak abangnya itu sedang berbual dengan kawan kawan setugasnya. Macam persatuan single sedunia pula.
Langkah di bawa menuju ke arah abangnya. Kini matanya sudah bertembung dengan mata Eishan Nazeem. Senyuman manis diberikan. Naura berdiri di sebelah Eishan Nazeem. Mata mata yang sedang memandangnya bersama bisikan dia hiraukan saja.
Lengan Eishan Nazeem dirangkul. Makin rancak anggota anggota di situ memerhati perempuan yang sedang bersama atasan mereka.
"Naura pergi mana? Puas abang cari."
Naura menayang sengih bersalah. Kepala yang tidak gatal digaru.
"Adik saja jalan jalan kat dalam ni. Besar juga. Then, adik tersesat sekejap tadi."
"Adik sesat?"
Eireen Naura mengangguk.
"Haah. Adik call abang, tapi yang masuk voicemail aje."
"Phone abang low battery. Sorry."
"Takpe. Okay je."
Ralek berbual dengan adiknya, Eishan Nazeem tersedar akan mata mata yang giat memerhatinya kini. Dia berdehem.
"Perkenalkan Eireen Naura, adik aku."
Naura tunduk sedikit tanda hormat. Lalu suasana pun dihiasi dengan ketawa yang jelas dibuat buat oleh anggota anggota di situ. Rupanya mereka sudah salah faham.
"Khairul"
"Syafiq"
"Adam"
"Safuan"
Masing masing memperkenalkan diri. Kecuali lelaki yang jelas berwajah dingin dan merenungnya seperti mahu ditelan hidup hidup saat ini. Siapa lagi kalau bukan mamat lembaga hitam? Lelaki itu sudah tidak mengenakan serba hitam tadi. Dia hanya memakai t-shirt tentera sahaja.
"Cantik adik tuan. Dah berpunya ke?" Soal Syafiq dengan segan silu.
"Belum. Tak ada orang nak sebab muka dia macam kura kura."
Terjegil mata Naura. Eishan samakan dia dengan kura kura? Tak guna punya abang. Jatuh market macam ni.
"Ish apa abang ni. Tak dengar ke dia puji adik cantik. Abang je yang buta." bisik Naura perlahan di telinga Eishan.
"Dia orang yang buta. Macam gini cantik. Astagfirullah." penuh simpati Eishan membalas.
Yang lain pula sudah tersenyum menahan tawa.
"Ha, Thaf. Kau kenapa diam je." tegur Fahim sebaik melihat wajah dingin dari sahabatnya itu.
Thaf? Althaf?
Nama itu. Nama yang sama dengan sahabatnya waktu kecil. Sahabat yang setiap saat dia menanti untuk kepulangannya.
Sepantas kilat Naura memandang wajah lelaki yang dipanggil Thaf oleh Fahim itu tadi. Dadanya terus berdebar. Sepanjang pertemuan dia dengan lelaki itu, baru kali ini dia mendengar nama lelaki tersebut. Tapi hampa. Mungkin hanya nama mereka sahaja yang sama.
Althaf menggempal penumbuk. Nafas yang turun naik cuba dikawal. Sesekali pandangan dialihkan kepada Eishan Nazeem kemudian pada Eireen Naura pula.
"Saya gerak dulu, tuan." kepala tunduk sedikit seraya dia beredar dari situ. Pertanyaan Fahim tidak dijawab.
Semua di situ termasuk Naura tayang riak aneh. Dah kenapa dengan lelaki itu?
"Tak apalah. Korang sambung bertugas. Saya balik dulu." Eishan Nazeem pamit pulang.
YOU ARE READING
A Tale Of Naura
Romantizm[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...