Seorang lelaki berbangsa siam berjalan menghampiri ketua mereka yang rancak meneguk air kencing syaitan itu. Bilik yang berbau tengit itu langsung tidak dihiraukan.
"Ada apa kau panggil aku sparrow?"
Lelaki yang digelar sparrow itu dongak kepala memandang anak buahnya yang bernama Danai.
"Benda yang aku suruh kau buat dah settle?" dia sambung meneguk arak ditangan.
"Dah. Bila nak mula?" tak sabar Danai mahu melaksanakan kerja yang diberi itu.
"Belum masanya lagi. Teruskan memerhati."
"Biar dia orang bahagia dulu." sambungnya dengan senyuman sinis di hujung bibir. Mata tidak lepas memandang sekeping gambar di tangan.
*****
Naura mengeringkan rambut yang basah menggunakan tuala kecil. Dia berjalan di dalam bilik tidur mereka itu. Bola mata bergerak gerak mencari sosok suami. Tiada. Tuala tadi disangkut. Dia berjalan turun ke tingkat bawah. Suara yang terhasil dari arah dapur menarik perhatiannya.
Sosok yang dicari berada situ rupanya. Elok dengan apron bagai. Lincah dia begerak. Dia perhati gerak geri itu. Masak pun nampak hensem. Dia senyum kekok apabila Althaf kalih memandangnya.
"Perfect timing little girl. Our dinner is ready. Come." Althaf menarik lengan mulus itu mengikutinya ke meja makan kaca itu. Dia tarik kerusi untuk si isteri.
Terliur Naura melihat lauk yang dimasak. Ada ayam masak merah, sayur, daging masak hitam dan sotong goreng. Rancak perutnya berbunyi.
"Kau yang masak semua ni?" dia tidak percaya. Tak sangka lelaki itu tahu memasak. Nak dibandingkan dengan diri sendiri memang kalah jauh. Bukan dia tak tahu masak. Cuma dia masak ringkas ringkas aje. Skill untuk bertahan hidup semata.
"Haah. Bahan tak cukup untuk buat tomyam. Aku masak apa yang ada je."
"It's okay. Aku tak kisah pun. Kau dah masak ni pun aku dah bersyukur. Patut aku yang buat semua ni untuk kau." dia serba salah. Rasa macam isteri derhaka pula.
"Kau rehat je. Lagi pun aku tengah cuti. Biar aku yang buat. Nanti kalau aku dah start kerja kau ambik alih la."
"Aku pun tengah cuti." Naura taknak kalah.
"Kau cuti lama. Aku dah kena masuk kerja esok lusa."
Naura cebik. Cuti lama, dah kerja pun lama nanti.
Dia suap nasi ke dalam mulut. Terbeliak sesaat.
"Hmm sedapnya. Tak sangka kau pandai masak." dia sua suapan seterusnya.
"Aku tentera. Apa je yang tak reti buat? Kita orang dah dilatih hidup berdikari. Kalau masak pun taktahu, mati kering jela."
Naura angguk setuju. Dia sudah tidak berminat untuk berborak. Masakan suaminya lebih menarik saat ini.
*****
Dia menghadap ke sisi apabila Althaf berbaring di sebelahnya. Mata dipejam. Pura pura tidur. Seram sejuk dia bila tangan kasar itu menyentuh bahunya. Perlahan lahan Althaf memusingkan tubuh Naura menghadapnya.
"Berapa kali nak cakap, tak baik tidur membelakangkan suami." lembut dia menegur.
"Sorry." dia tutur maaf.
Naura mengatur nafas melihat suaminya. Seperti biasa, Althaf memang tidak memakai baju jika hendak tidur. Katanya memang tabiat dari dulu. Disebabkan halal, dia sudah mula membiasakan diri dengan perkara itu. Namun kadang kadang tergugat juga.
YOU ARE READING
A Tale Of Naura
Romance[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...