Hujan renyai renyai makin membuaikan tidur Naura. Telefon yang dari tadi minta diangkat tidak dihiraukan. Jangan ada yang berani ganggu lenanya hari ini.
Selimut ditarik menutupi sehingga kepala. Makin terganggu hidupnya apabila Pasti by Cherpen band tidak henti henti menjerit. Tangan bergerak mencari iPhone miliknya. Panggilan diangkat tanpa melihat nama pemanggil.
"Hello?"
"Kau tak reti angkat call cepat ke? Baik campak je dalam laut kalau tak tahu cara guna telefon. Menyusahkan."
Naura celik mata. Telefon dijauhkan dari telinga. Fikir sejenak. Mamat sewel mana yang memekak pagi pagi ni? Tiber...
Skrin telefon dipandang.
Unknown number.
"Hello, siapa ni? Berbudi betul bahasa ye. Beradab sikit tak boleh?" ikutkan hati nak sahaja dia sekolahkan si mamat ni.
"Banyak bunyi. Kau boleh datang sekarang tak?! Aku ada meeting nanti ni."
"Pergi mana? Awak tu siapa? Tak sedar sedar lagi ke diri tu salah number encik abang oi?"
Bunyi keluhan kedengaran di sebelah sana.
"Leftenan Komander Ayden Althaf sedang bercakap di sini. Cik kak di sana mamai lagi ke?"
Terbuntang mata Naura mendengar nama itu. Bagaimana lelaki itu boleh ada nombor telefonnya? Dan apa yang lelaki itu sedang merepek sekarang?
"Aku bagi kau 30 minit. Kau datang sekarang sebelum aku terjah rumah kau."
Althaf menamatkan panggilan. Skrin telefon yang gelap dipandang lama.
Huh???
6 unread message and 15 missed call from 'Sea🤍'.
Naura mengerut dahi. Lantas message dari abangnya dibuka.
'Sea🤍'.
- Adik, kenapa tak angkat call abang?
- Tolong ambil file dalam bilik kerja abang. Yang warna biru. Pergi hantar dekat leftenan Komander Ayden Althaf di pangkalan sekarang. Tengah hari nanti dia ada meeting. Apa apa dia akan call adik.
- Adik, abang urgent ni! Tidur ke?
- Haih... Buang tabiat kuat membuta ni, dik oi.
-Abang dah ada dekat PD, tak boleh dengan phone lama lama. Tolong abang eh adik? Nanti minta Althaf belanja aiskrim. Terima kasih!
- I love you, precious.
Naura berdecit kecil. Minta lelaki itu belanja aiskrim? Dalam mimpi. Aura dia lagi sejuk dari aiskrim.
Jemari milik Naura giat menari di atas papan kekunci. Butang send ditekan.
Naura menggeliat kecil. Punya la lelaki itu dan abangnya menggelabah, sebab itu aje? Dia punya gelabah macam bini hilang.
Haih. Malas betul nak jumpa mamat beku tu.
Hoodie hitam oversized disarung pada badan genitnya. Hari sedang hujan. Lebih baik pakai tebal tebal. Sejuk!
File yang menjadi punca lenanya diganggu dicapai lalu dimasukkan kedalam beg galasnya. Kunci kereta diambil. Terganggu betul cutinya hari ini.
*****
Toyota Vios merah miliknya diparkir berhampiran pusat latihan menembak. Kerusi di lapangan menembak menjadi tujuan. Mata meliar mencari gerangan lelaki itu di dalam keramaian tentera yang sedang berlatih.
"Tadi bukan main gelabah, sekarang batang hidung pun tak nampak. Ish, annoying!!"
"Sedap mengata aku?"
Ternaik sedikit bahu Naura sebaik suara itu menyapa halwa telinga. Tangan dibawa mengurut dada. Astagfirullah, nasib baik tak ada sakit jantung.
"Tak reti bagi salam ke? Nasib baik saya ni tak ada sakit jantung. Kalau tak sia sia mati katak dekat sini." Naura menjeling.
Althaf hanya menayang riak kosong. Ada dia kisah?
"Assalamualaikum Cik Eireen Naura. Mana file yang saya minta tadi?" perli Althaf.
Naura menyuakan file yang dimaksudkan. Setelah bertukar tangan, Althaf beredar. Melopong Naura dibuatnya. Macam tu je?
"Tak reti berterima kasih gamaknya dia ni. Geram nak cepuk saja muka dia tu."
Naura merengus kasar. Tapak kaki dihentak geram. Tanpa membuang masa dia berlalu pergi dari situ.
Hujan renyai renyai yang sedang menimpa dirinya dia hiraukan saja. Lantaklah. Biar sejuk sikit hati yang tengah panas sekarang ni!
Naura terhenti apabila tiada lagi air yang menitik kepadanya. Tapi hujan masih belum berhenti. Kepala didongakkan. Payung? Lantas dia memalingkan wajah.
"Nak apa lagi?" acuh tak acuh dia bertanya.
Althaf hanya membisu.
"I am talki...."
Terdiam Eireen Naura dibuatnya apabila lelaki itu dengan muka tak bersalahnya memakaikan topi tentera yang dipakainya kepada Naura. Kini topi itu selamat menutupi rambutnya. Payung yang dipegang lelaki itu juga sudah bertukar kepada tangannya. Makin terpinga dia apabila lelaki itu menghulurkan satu beg plastik padanya.
"Pakai ni. Hujan. Nanti sakit menyusahkan orang."
"Oh! Jangan lupa bagi balik topi aku."
Belum sempat Naura berkata apa apa lelaki itu sudah berlari anak di dalam hujan meninggalkannya. Naura hanya memerhati belakang lelaki itu. Jauh jauh lelaki itu mengejarnya hanya untuk topi dan sekaki payung ini?
Pintu kereta ditutup. Payung diletakkan di seat belakang. Plastik yang diberi oleh lelaki itu tadi dipandang. Apa agaknya dalam plastik ni? Macam mana kalau lelaki tu nak sabotaj? Diletaknya katak ke lipas ke cicak ke. Naya hidup.
Teragak agak dia membuka dan menjenguk ke dalam plastik. Terngaga Naura melihat isi plastik itu. Ada sebekas aiskrim brownies kegemarannya.
Dapat dia rasakan wajahnya sedang memerah hebat saat ini. Terasa membahang seluruh badannya. Perasaan apakah ini?! Naura geleng kepala berkali kali mengusir fikiran jahatnya.
Di tempat yang lain, Althaf sedang memerhati bayang gadis kecil yang sudah selamat masuk ke dalam kereta. Senyuman nipis terukir dibibirnya.
"Haa kau kenapa? dah angau?" Khairul menghirup sedikit teh hangat yang dibancuhnya.
"Kau nak apa datang sini? Tak ada kerja?"
"Saja nak jenguk kawan aku ni masih hidup ke tidak. Takut mati kelemasan dalam lautan cinta. Ewah!" Khairul terkekeh.
Althaf memandang sahabatnya itu. Besar kecil besar kecil aje mamat ni. Lantas dia meluku kepala lelaki tersebut.
"Aduh, sakit la bengap!"
Althaf mengendahkan sahaja. Dia duduk di meja kerjanya. File dibuka lalu dia mengerjakan tugasnya yang tertangguh.
Lama Khairul mendiamkan diri. Althaf mengangkat wajah melihat manusia yang masih setia merenungnya. Konsentrasi terganggu!
"Kau nak tanya apa, Khai?"
Khairul Ashraf senyum. Memahami betul sahabat satu ini.
"Kau bila nak bagi tahu dia?"
"Soon."
"Jangan biar lama lama, Thaf. Takut nanti dia makin marah sebab rasa kau menipu dia selama ni."
"Mind your own business. I know what i do."
"Aku pesan aje. Hati perempuan ni lain."
"Aku nak bagi dia selesa dengan aku dulu, Khai."
"Selesa? Kau tak nampak ke dia macam nak humban kau dalam laut tiap kali terserempak? Dia akan lagi selesa kalau dia tahu siapa kau sebenarnya. Trust me." dengan yakin Khairul berkata.
Althaf diam. Mungkin ada benarnya juga apa yang dikata oleh sahabatnya. Dia bersandar pada kerusi. Apa yang perlu dia lakukan? Dia tidak tahu bagaimana untuk berterus terang kepada gadis itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
A Tale Of Naura
Romance[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...