Beberapa sentimeter dari tangga dapur, tiba tiba ada satu susuk hampir berlaga dengan Naura.
Nasib baik kaki cepat brek kecemasan. Kalau tidak, bersatulah dia dengan insan itu. Risau jadi babak drama pukul 7 pula."Sorry." Naura tutur kata maaf. Walaupun dia tidak bersalah sepenuhnya. Kepala diangkat. Hendak memastikan empunya badan. Perkara pertama yang dia rasa adalah tidak percaya. Begitu juga dengan empunya badan. Dia menilik wajah Naura. Seperti cuba mengingat sesuatu.
"Eh, you that's girl right? yang jumpa dompet I masa tu, kan?" terserlah senyum manis gadis itu kepadanya.
Ha betullah tu. Patutlah macam kenal. Naura bermonolog.
"Yes, I am." dia membalas senyuman.
"Tak sangka pula I kita boleh terserempak dekat sini. Kita belum berkenalan lagi kan? Apa nama you?" ramah gadis itu.
"Eireen Naura." dia memperkenalkan diri.
"Raissa Zulaikha." giliran gadis itu pula memperkenalkan diri.
"You nampak lain bila bertudung. Cantik. I hampir tak kenal you tadi."
Tersipu Naura dibuatnya.
"Thanks. You, pun apa kurangnya."
Seronok berbual, lelaki tak diundang datang. Naura melihat Althaf yang sedang berjalan ke arah mereka. Begitu juga dengan Raissa. Makin lebar senyum gadis itu sebaik melihat Althaf. Pelik.
Baru Naura nak membuka mulut Raissa terlebih dahulu memotong.
"Ayden, datang pun you. Dah lama I tunggu tau."
Berkerut dahi Naura. Dia orang kenal ke? Siapa perempuan itu kepada Althaf? Siap ber I-You bagai. Ini yang musykil ni.
"Macam mana you boleh ada sini?" Althaf menyoal. Keliru.
"Oh, dua hari lepas I pergi shopping dengan mummy. Lepastu terserempak dengan aunty. Dia yang jemput I datang." teruja dia bercerita. Althaf pula seperti tidak kisah dengan ceritanya. Tumpuan diberi kepada Naura yang sedang terbelenggu itu.
"Korang kenal ke?" terpacul soalan itu dari mulut Naura.
"Ni kawan lama I, Ayden. Ayden, kenalkan ni..." beria dia nak memperkenalkan Naura kepada lelaki itu, Althaf terlebih dahulu bersuara.
"What are doing here, little girl? Puas aku cari."
Naura senyum nipis. Ish, tak habis habis dengan 'little girl' dia. Tak tahu ke jantung ni seronok bersenam mendengar panggilan itu.
Entah kenapa Naura terasa seperti senyum manis dibibir Raissa hilang sekelip mata. Apatah lagi bila dengar Althaf memanggilnya dengan 'little girl'. Malah, wajah itu masam mencuka. Atau mungkin perasaannya saja.
"Korang kenal ke?" Raissa claim soalan Naura tadi.
"Dia best friend I."
Naura angguk mengiyakan. Walaupun rasa disiat hati mendengar penyataan dari mulut lelaki itu. Sedarlah Naura kau cuma 'kawan' dia sahaja.
*****
Naura duduk di atas tangga kayu itu sambil melihat Althaf dan beberapa orang lelaki sedang melipat meja untuk disimpan. Kenduri sudah habis. Maka sekarang sesi mengemas. Naura terpegun melihat Althaf kehulu kehilir mengangkat kerusi dan meja yang bertambun itu seperti mengangkat kertas sahaja. Kalau dia tak sampai sepuluh buah dah give up.
Habis sesi mengemas, Althaf duduk di samping Naura. Gelas ditangan Naura dirampas. Air sirap milik gadis itu diteguk rakus. Naura hanya mampu melopong melihat air sirap yang baru di minum beberapa teguk itu sudah habis licin.
YOU ARE READING
A Tale Of Naura
Romance[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...