"Good morning sayang."
Naura angkat kepala melihat Althaf yang segak dengan uniform kerja sedang menuruni anak tangga. Hari ini lelaki itu sudah mula bekerja setelah seminggu cuti berkahwin. Tinggallah dia sendiri di rumah nanti.
'Sayang.' sejak berkahwin tidak lenggang perkataan itu dari mulut Althaf. Bukan main manis dia bila dah bertukar status ni. Dulu nampak macam dia seorang je yang beria bagai nak rak. Sekarang siapa yang lebih manja? Tapi setiap kali panggilan itu disebut juga lah, perut Naura pasti bagai dipenuhi kupu kupu. Suka la katakan.
"Morning. Aku dah siapkan breakfast ni. Makan la dulu sebelum gerak."
Althaf ambil tempat duduk. Sarapan yang disediakan oleh air tangan isteri itu dijamah penuh selera.
"Tengah hari nanti aku tak balik." Althaf memaklumkan pada Naura.
Naura sekadar angguk. Tak perlu la dia masak tengah hari nanti.
"Duduk rumah diam diam. Jangan nak merayap." amaran.
"Baik, suamiku."
Akur sahaja. Kalau keluar bukan ada kawan. Anna tidak balik minggu ni. Jadi baik dia duduk rumah dan menghabiskan masa dalam library yang dibuat khas untuknya itu. Ada faedahnya. Boleh juga dia berangan hero hero dalam novel yang dibaca. Perfect creation. Hehe.
Selesai makan, Althaf bersedia untuk ke markas pangkalan. Dia berhenti di depan pintu untuk memakai boot. Lelaki itu sudah bersedia untuk gerak.
"Thaf." lembut Naura memanggil. Althaf toleh. Mata jatuh pada huluran tangan yang diberi. Dia tersenyum. Salam disambut, Naura tunduk mencium belakang tangan berurat itu. Althaf cium ubun ubun isterinya.
"Take care. Anything bagi tahu. Assalamualaikum."
"Okay. Waalaikumussalam."
Naura tunggu di ambang pintu sehingga BMW suaminya hilang dari penglihatan. Barulah dia menutup pintu.
*****
"Welcome back our Leftenan."
Althaf kerling manusia yang bersandar dengan kaki silang pada pintu biliknya itu. Siapa lagi kalau bukan Khairul bebal.
"Bahagia nampak." perli Khairul. Dia jalan mendekati meja Althaf.
"Mestilah bahagia. Orang ada bini la katakan. Makan bersuap, tidur berpeluk. Bukan macam kau." penuh sinis dia berkata. Sengaja dia nak panaskan hati Khairul. Padan muka.
"Eleh, aku pun tak lambat dah la. Kau tengok la nanti. Dah ada bini aku peluk sakan depan kau. Nak nak pula time tu Naura dah ke laut. Ha menggelupur kau nanti." Khairul bidas kembali. Mana boleh kalah.
"Siapa nak jadi bini kau? Anna?"
"Habis tu, takkan Syafiq pula."
Althaf berdecit.
"Aku dah meminang dia kemarin."
Membulat mata Althaf. Surprise betul.
"Sungguh ke ni?"
"Yup. Kami dah decided untuk kahwin terus. Malas la aku tunang tunang ni. Orang macam kita bukan banyak cuti. Lebih baik cepatkan."
Althaf bangkit dari kerusi dan memeluk sahabatnya itu. Ditepuk tepuk bahu sasa itu.
"Congratulations bro. Dapat juga aku merasa nasi minyak kau."
"Nasi minyak siapa?" sampuk suara lain.
Terpacul wajah ahli pasukannya yang lain. Ni tak lain tak bukan nak jejak kasih la ni. Baru cuti kahwin belum mati lagi. Over react betul dia orang ni.
YOU ARE READING
A Tale Of Naura
Romance[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...