Pergelangan tangan sudah mula rasa pedih kerana dia tidak henti berusaha untuk meleraikan ikatan. Namun, pedih ditangan tidak lagi dapat dia tahan. Naura mengalah akan usahanya untuk melepaskan diri yang ternyata sia sia sahaja. Ikatan itu terlalu kemas untuk dirungkai tanpa sebarang alat.
"Agaknya sampai ke signal ni dekat mereka?" getusnya dalam hati.
Dia berfikir sendiri. Dengan suasana yang hening sebegitu, pelbagai memori mula menepa minda. Apa agaknya yang lelaki itu sedang lakukan? Mampukah Althaf datang menyelamatkannya? Pasti lelaki itu sudah tidak senang duduk. Argh! Sungguh dia rindukan suaminya saat ini! Dia berharap Althaf baik baik sahaja dan tidak bertindak melulu.
Tidak dia nafi, dia sangat terkesan dengan apa yang Haziq lakukan sekarang. Rakan yang disangka akan bersama susah dan senang ternyata ada agenda jahat kepadanya selama ini. Gelak tawa gurau senda mereka seolah lenyap begitu sahaja. Kini, hanya satu persoalan yang bermain di gawang minda. Ikhlaskah Haziq selama ini terhadapnya? Atau dusta semata?
Pintu bilik dibuka. Lelaki itu mendekati Naura. Dia mengesot merapati dinding melihat Haziq datang kepadanya.
"How are you feeling now?" lelaki itu menyoal sambil melangkah.
Naura tidak menjawab. Malah dia menjeling tajam kepada lelaki itu. Tidak betah dia melihat wajah Haziq saat ini. Benci!
"Aloo. Monyoknye muka. Jangan la sedih sedih. Nanti tak cantik." jemari naik memegang pipi mulus Naura. Naura mengelak. Dia terus menjauhi Haziq.
"Kau jangan sentuh aku dengan tangan kotor kau. Aku jijik." marah Naura.
Wajah lelaki itu terus berubah tegang.
"Apa kau cakap? Jijik? Kau seribu kali ganda kotor dari aku. Kau lupa kau tu pembunuh? Siapa lagi jijik sekarang?"
"Aku tak bunuh sesiapa. Kau yang gila bayang!" Naura melawan.
"Kau ni memang kurang ajar! Aku terlalu lembut dengan kau. Aku rasa kau perlu diberi hukuman untuk tutup mulut kotor kau tu."
"Aku tak takut dengan kau! Kau pengecut!"
"Hah! Kita tengok aku masih pengecut atau tidak lepas kau layan aku nanti. Aku patut ratah kau daripada awal. Baru kau tahu cara jinak dengan tuan." tutur lelaki itu dengan wajah yang menggerunkan.
Bulu roma Naura terus menegak. Liur ditelan payah. Seram sejuk dia mendengar ugutan Haziq.
"Ikut aku." Lengan Naura yang masih terikat digenggam.
"Lepaslah!" Naura meronta untuk meloloskan diri. Namun genggaman itu terlalu kemas.
"Kau nak bawak aku pergi mana lagi hah?! Aku cakap lepas! Aku tak nak!" Dia menendang nendang lantai dengan kaki yang terikat. Haziq mengheret dirinya dengan kasar.
Naura mengerang kesakitan. Dia tidak tahu harus berbuat apa saat ini. Berdiri sahaja dia tidak mampu. Bagimana dia mahu melawan lelaki itu?
Tanpa berfikir panjang Naura terus menggigit betis Haziq sekuat hati. Hanya itu yang mampu dia lakukan dalam situasi teraniaya begini.
"ARGHHH!!" lelaki itu menjerit kesakitan. Dia terus melemparkan Naura. Gadis itu tergolek sehingga berlanggar dinding.
PANG!
Pipi mulusnya ditampar hebat oleh Haziq. Sudahlah sakit dilempar dan terkena dinding tadi membuatkan Naura rasa bergegar dunia, ditambah pula dengan penampar jantan lelaki itu.
Tingkat dua dituju. Althaf menapak anak tangga penuh perlahan. Tiba sahaja di tingkat dua, dia nampak cahaya yang keluar dari satu bilik. Kiri kanan dipandang. Tiada yang berkawal.
![](https://img.wattpad.com/cover/341041713-288-k271766.jpg)
YOU ARE READING
A Tale Of Naura
Romance[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...