SPECIAL CHAPTER

10.7K 318 21
                                    

5 TAHUN KEMUDIAN

Usai solat subuh dan bersarapan, Althaf membuat keputusan untuk membawa anak kembarnya menziarahi pusara isterinya. Althaf yang sudah lengkap dengan baju melayu itu tersenyum sendiri melihat Atthar Nufail sedang berusaha menyiapkan adik perempuannya untuk memakai tudung.

Althaf tertawa senang hati melihat Atthar yang membebel kepada Armel Nayla sambil membetulkan awning tudung adiknya. Manakan tidak, anak kecil itu tidak berhenti merungut dengan penampilan yang diuruskan oleh abangnya sedangkan dia tidak habis habis bergerak ke kiri dan ke kanan.

"Ish Nayla! duduk la diam diam. Abang nak betulkan tudung adik ni." bebel Atthar Nufail.

"Papa, tengok abang. Dia marah Nayla." anak kecil itu mengadu.

Althaf menarik anak gadisnya duduk di pangkuan.

"Abang tak marah sayang. Abang tegur je. Kan papa dah pesan, dengar cakap abang. Kesian dekat abang Nufail susah nak siapkan Nayla sebab Nayla banyak bergerak."

"Abang Nufail pakaikan tudung tak antik. Nanti mama cedih tengok Nayla tak kemas." dia lentok di dada bidang papanya.

"Iye? Kalau macam tu meh papa yang pakaikan." dia membetulkan tudung anak gadisnya itu sehingga kemas.

"Okay dah cantik. Should we go now?" soal Althaf kepada anak kembarnya itu.

"Let's go!" jawab mereka serentak dengan teruja.

Naskah yaasin yang sudah habis dibaca disimpan di dalam poket baju melayunya. Sebakul bunga segar yang berada di sisi dicapai. Lalu, Althaf menaburkan bunga pada pusara isterinya yang dilawati pada pagi ini.

Setelah selesai menabur bunga, Althaf menyiram tanah dengan air yaasin yang berada di dalam jag itu. Althaf duduk bersila di atas tikar. Rumput yang tumbuh di ataa pusara dia cabut biar kemas.

"Assalamualaikum sayang. Pejam celik dah genap lima tahun sayang tiada di sisi habib. I miss you little girl. Too much."

"We miss you too mama." kata Armel Nayla yang duduk di atas pangkuan Althaf. Althaf mengusap kepala gadis kecil itu lembut.

Althaf menarik nafas dalam menahan sebak. Dia sangat merindukan isterinya. Rindu yang paling perit adalah rindukan orang yang sudah tiada di dunia ini.

Dia genggam kedua belah tangan anak kembarnya.

"Alhamdulillah sayang. Anak kita membesar dengan baik dan sihat. Sayang tahu? Sikap dan perwatakan Nufail tak jauh beza langsung dengan sayang. Dia diibaratkan sayang tapi versi lelaki." dia ketawa halus.

"Wajah Nufail seiras sangat dengan sayang. Betul apa orang cakap. Anak lelaki saling tak tumpah dengan wajah ibunya. Nufail seorang abang yang baik sayang. Habib didik dia orang untuk saling melindungi. Nayla pula walaupun dia seiras dengan habib tapi perangai dia sebijik macam sayang. Kuat makan, kuat merajuk. Asyik nak melawa sahaja kerjanya. Macam sayang. Kadang kadang Nufail pun penat tengok perangai adik dia."

"Papa, are you talking bad about me to mama?" Nayla mengecilkan matanya merenung Althaf.

"No sayang. Papa tengah puji Nayla pada mama tau." Anak kecil itu tersenyum manis.

"Habib jaga amanah yang sayang tinggalkan untuk habib. Habib akan didik anak anak kita untuk jadi anak yang baik dan kuat macam sayang. Habib janji, habib tak akan siakan pengorbanan yang telah sayang lakukan untuk anak anak kita.

"Rehatlah sayang dengan tenang. Maafkan habib kerana meninggalkan sayang terlalu lama dahulu. Tunggu keluarga kecil di sana ya sayang? I love you forever Eireen Naura." Batu nisan diusap lembut.

A Tale Of Naura Where stories live. Discover now