BAB 14

6.1K 252 2
                                    

Akhirnya, hari yang ditunggu tunggu telah pun tiba. Naura Graduation Day. Jubah graduasi yang tersarung ditubuh genitnya dibuka lalu disarungkan kepada Puan Khadeeja manakala topi graduasi pula dia letak keatas kepala encik Khalil. Semua yang berada di situ sibuk bergambar dengan keluarga mereka. Ada juga yang bersama pasangan masing masing.

Anna yang baru tiba berlari anak ke arah keluarga saudaranya. Naura juga turut melakukan perkara yang sama setelah melihat sepupu kesayangannya tiba.

"Rindunya aku dekat kau Anna. Aku ingat kau tak datang."

"Mana boleh tak datang majlis penting kesayangan aku ni? Anyways, congratulations sayang!"

"Thank you cinte" Kemudian mereka berdua kembali berjejak kasih.

Setelah berpelukan, Naura melambai ke arah abangnya. Eishan Nazeem yang melihat isyarat tersebut menuju ke arah mereka. Kamera digital miliknya dikeluarkan lalu dia mengambil beberapa keping gambar adiknya bersama Anna.

Ramai orang telah beransur pulang termasuk ahli keluarganya memandangkan majlis sudah hampir selesai. Namun, Naura masih mundar mandir dihadapan dewan utama itu. Sudah berapa kali dia mengeluh. Mata meliar memandang persekitaran mencari kelibat yang ditunggu. Mata yang semakin memanas dia kedipkan beberapa kali.

Akhirnya dia mengalah. Dia tidak patut tunggu dan berharap akan kehadiran lelaki tersebut. Sudah tentu lelaki itu masih bertugas. Air mata yang mengalir dibiarkan sahaja. Dia duduk di pondok kosong berhampiran tangga. Naura menunduk lalu kedua belah tapak tangan dibawa menutup muka.

Beberapa minit kemudian, dia mendengar suara tapak kaki menuruni anak tangga. Cepat cepat dia berpaling ke arah berlawanan untuk menghapus air mata. Dia tidak mahu sesiapa nampak dirinya saat ini yang sedang dibanjiri dengan air mata kecewa.

Sesaat, spike boot yang berkilat dihadapannya dia pandang lama. Wajah didongak ke atas perlahan lahan untuk melihat siapa yang sedang berdiri di depannya saat ini. Bermula daripada kasut beralih kepada uniform dan terhenti pada mata hitam itu.

"It seems I came here too late." Lelaki beruniform bersama sejambak bunga rose merah dan seketul plushie putih di tangan itu bersuara dengan senyuman nipis.

Naura mengukir senyum serta merta setelah melihat geranan yang dinanti nantikan muncul di depan mata. Wajah yang lembap dibasahi air mata dia abaikan. Dia tidak tahu bagaimana rupanya saat ini tetapi dia sangat bahagia melihat wajah itu berada dihadapannya.

Bunga rose merah dan plushie yang dipegang dihulurkan kepada gadis tersebut.

"Congratulations, my soul." ucap Althaf ikhlas.

Naura sedut hingus. Wajah lelaki itu dipandang.

"I thought you didn't come." luahnya perlahan.

Pipi gadis itu dicubit sekilas.

"Of course I am. This is your special day"

"Thank you. Sayang jugak kau dekat aku kan?" terharu.

"Tak ada la sayang tara mana. Tapi kalau aku tak datang, ada orang tu merajuk pula nanti." Althaf memerli.

Lantas, Naura menjeling. Dalam masa yang sama dia turut tidak boleh berhenti tersenyum.

*****

Naura tidak henti henti mencium bunga rose yang diberi oleh Althaf. Mr chagiya aka plushie itu juga tidak dilepaskan. Sesekali dia curi curi pandang Althaf yang sedang memandu disebelah. Lelaki itu nampak segak dengan uniform dan cermin mata hitam. Althaf ada memberitahunya tadi yang dia baru pulang dari operasi dan langsung bergegas ke universitinya apabila tiba di darat kerana tidak mahu terlepas majlis. Mendengar kesungguhan itu, hati Naura semakin berbunga.

A Tale Of Naura Where stories live. Discover now